Langkau ke kandungan utama

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra.

Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay!

Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu).

“Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?”

Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus.

Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga bercawan-cawan caffeine dihirup. Sehingga seisi rehearsal bersambung semula. Kadang kala, Amy perasan, cara Shimada san merenungnya. Aneh! Tapi Amy, pura-pura tidak ambil pusing.

Esoknya, mereka akan duduk-duduk lagi. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra.

Kerapnya berdua. Mereka pun bersembang lagi. Tentang topik yang sama. Seperti biasa, soalan Amy tidak akan berjawab. Shimada san buat muka selamba, apabila Amy atau Lorna membebel-bebel tentang rokok. Dan, Amy perasan kadang kala, nafas Shimada san berbau arak.

Lusanya mereka berborak lagi. Dan, pada suatu malam Shimada san, via khidmat pesanan ringkas berkata “Jika saya bertemu dengan seorang perempuan, seperti kamu, akan saya kahwini perempuan itu dalam apa keadaan sekalipun.”

Amy delete sms itu. Amy bimbang, suaminya yang baik budi itu membaca sms tersebut dan tersalah tafsir. Sungguh! Amy tidak menyangka jawaban begitu.

Shimada san telah kembali ke Tokyo beberapa minggu yang lalu. Amy tidak sempat menemuinya. Mungkin itu untuk terakhir kali.

Amy akan sentiasa mengenang kebaikannya. Kemurahan hatinya. Tapi sama sekali, tidak Amy cuba untuk bermain api.

Betapa dalam hidup ini, kadang waktu kita diuji dengan perkara yang bukan-bukan. Takdir Tuhan mengatasi segala kemahuan kita. Rencana Tuhan adalah yang terbaik untuk kita.

“Shimada san, aku melihat kapal terbang di langit dari balkoni rumahku; dan aku akan sentiasa mengingati kamu” Selalu Amy bergumam sendirian.

Setiap malam apabila dia melihat kapal terbang di langit. Dari balkoni rumahnya.

Titik!

Ulasan

SATIRA + KACAU berkata…
Water Lily: Tulisan dan cerita kau makin bagus dan menarik. Tulis elok-elok, kembang dan lanjutkan jadikan novel. Aku galakkan kau. Bagus.

Satira + Kacau
ckLah @xiiinam berkata…
Mar;
Mereka juga ada hak untuk punya rasa cinta....mencintai dan dicintai.....



cinta itu sangat unik.....
DramaQueen berkata…
alamak.. kak lily... menarik la kak.. rasa tersentuh hati..

tapi..lebih baik titik..dari jauh mengelamun...

take care kak lily..ceria selalu..mcm astro ceria... :)
tasekM berkata…
abang razak, sila ambil perhatian! hehehehehe...



.
hegira berkata…
ya kak.

kadangkadang terkena juga api itu walau tidak mahu bermain dengannya.

kadangkadang.

*tulisan ini sangat bagus kak!*
Lily Abdullah berkata…
Alina,
Harusnya dijauhi api,walau bunga percikannya indah :)

Tasik,
Cerita ini adalah fiksyen semata-mata okay ngeh..ngeh..ngeh:D


Gal,
Wajib noktahkan saja apa yang patut dinoktahkan :)

Kak Lah,
Teringat lagu Suhaimi Mior Hassan "Misteri Cinta".

Sangat aneh hidup ini kadang-kadang!

Sstira,
Terima kasih di atas perhatian dan galakan. Insyaallah..akan saya usahakan.

T/kasih.
Ck berkata…
kekadang kita memang diduga begitu!!!!!!!!!
A t i Q a h berkata…
Hal hati. Bukan boleh dipaksa-paksa. Kan kak.
Lily Abdullah berkata…
Emely,
Ya..dugaan yang bukan-bukan. Tidak dijangkakan.

ps:Lama hilang?mana pergi?

Tiqah.
Ikut hati bisa mati lorrrr..:D

ps:ko tukar avatar lagi ye dik?
Hartini Omar berkata…
sdr waterlily yang dihormati,

-saya pun sebenarnya sering membaca laman anda dalam diam2.. dan terperasan bahawa kita mempunyai banyak persamaan. salah satunya minat pd seni!
-mungkin selepas ini saya takkan malu2 untuk menyapa lagi..

terima kasih banyak dan tahniah untuk tulisan anda yg penuh jiwa!
nadinezuharra berkata…
salam buat akak..hmm,br hari ni nak meninggalkan jejak..bukan ape,sudah lama menjadi silent reader,terleka & asyik dgn cerita akak,sampai terlupa nak tinggalkan sepatah dua kata.. : )

*bagus cerita fiksyen ini..alangkah bagusnya kalau ada sambungannya..
Nizam.Ariff berkata…
Ye ke hanya fiksyen? terasa macam betul je .....
tasekM berkata…
nizam,
kasi satu sep.


hehehehehe....


.
Lily Abdullah berkata…
ab,
Tak payah sedih. Cerita ini fiksyen saja :)

Nadine,
T/kasih kerana singgah. Sambung?...macam drama bersiri pulak nanti.

Nizam,
Kalau pun betul ia betul,hanya secara kebetulan. Tiada kena-mengena dengan yang hidup atau yang mati hahah!

Tasik,
Shadap yu..aku sihir kang.Aku sekutu ngan Tok Dalik tau hahaha!
Lily Abdullah berkata…
Hartini.
Sorry akak tertinggal komen kamu.T.kasih kerana membaca dalam diam.

ps: akak dok nampak komen orang yang nak kena sihir tu aja hahaha!

Serius! :D
DeeN berkata…
Er .. Amy tuh watak sapa kak? Aku rasa macam .. macam .. er .. macam.... takpa la kak, aku tumpang lalu jer. Ekekekekeee!!
Lily Abdullah berkata…
Deen,
Hang pun nak kena sihir jugak? Dah tumpang lalu,dok diam-diam hahahah!:D
ladylikeme berkata…
salam ziarah dan singgah....

menarikla baca entri akak nie....
Kay berkata…
WL,
even fiksyen tapi
sesuatu yang indah lagik
menarik....
have a lovely weekend!
Lily Abdullah berkata…
ladykeme,
Terima kasih. Nanti nak menziarah rumah maya awak pulak :)

Kay,
Saya sedang cuba2 bagaimana fiksyen ni nak dikembangkan dijadikan sebuah cerpen :)

Apa pandangan kay?
mOEha Aziz berkata…
salam kak,

satu karya yg sangat jujur... biarpun fiksyen semata... suka sangat mendengar nizam membacanya..
Kay berkata…
sgt bagus sbb x ramai penulis yang boleh menulis cara fiksyen so teruskan usaha itu. kay sentiasa menyokongnya... WL punya bakat so teruskan menulis.
Lily Abdullah berkata…
Adik Botak,
Terima kasih untuk kamu dan Nizam(yang menjadi matamu)

:)

Kay,
Sedang mencuba.Siap nanti saya emailkan untuk Kay supaya Kay boleh tengok-tengokkan.

Thanks.
farazdaq berkata…
salam Lily:

ade sambungan x citer nih..
AieSha berkata…
wah akak. best! ;)
DeeN berkata…
Kak tolong jangan sihir2, aku lom kawen lagi. Wakakaaa!!

Betul ker nak wat cerpen neh, akak wat ler novel sekali. Saya yakin ramai kawan2 blogger akan menyokong usaha akak neh. Chaiyook!!
addyaholix berkata…
kalau pun cuma fiksyen, tapi saya yakin ada sesuatu yang betul-betul hidup dalam cerita ni.

dan serius tulisan akak yang ini sangat bagus. moga akak terus menulis. dan beri inspirasi buat saya untuk juga belajar menulis.
Saya sokong ulasan Sdr Marsli NO di atas itu.

Memang berjiwa.

Tahniah!
Kay berkata…
insyaallah kay sedia membantu apa yg patut nanti...
kad0k. berkata…
akak panjangkan buat cerpen ka..buat cerekarama ka..sape tau..kembangkan bakat yg tuhan bg tu..:)
en_me berkata…
hi akak itewww.. masiah bergumam sendirian kerrr.. hmmmm
reverie berkata…
Fiksyen?
hmm...
fiksyen?
hmm...

Baguslah begitu. Dunia amat memerlukan kesetiaan. =D
Lily Abdullah berkata…
Rev,
Sungguh! Dunia memerlukan kesetiaan! :)

Me,
Aku bukan setakat bergumam. siap dengan leteran lagi haha!

Kadok,
Aiseh..tinggi sangat cita-cita tu. Nak buat cerpen pun terkial-kial lagi ni. Eh...tulis blog lagi senang hape hahah!

Kay,
T/kasih. Siap nanti saya emailkan. Ntah macam something wrong aja

Purp,
Oh..itu saudara Marli ke? Sungguhlah kakak ini amat berbesar hati dengan perhatiannya.

Dan terima kasih untuk kamu,yang mengajar kakak menulis secara fiktif(tanpa kamu sedar) :)

Addy,
Terima kasih. Ya, benar sekali hujah kamu.

Been,
Aku belum tamat lagi ilmu sihir-menyihir ni. Baik la aku belajar memasak kan dik? haha!

T/kasih semua.
Lily Abdullah berkata…
Farazdaq,
T/kasih untuk kali pertama meninggalkan komen.Saya pernah dua tiga kali ke blog kamu. Membaca diam2. Salam kenal.

Aie,
Ko puji2 akak ni,nak apa. Datang Bangi akak belanja dan ko membayar.

:D
farazdaq berkata…
Lily,

Salam kenal juga..saya sudah berkali-kali singgah di blog kamu..baru kali ini ada keberanian meninggalkan komen :)
tajudin berkata…
cinta itu seperti kapal terbang... jika kita gagal mengejar, ianya akan laju meninggalkan kita dan berlalu pergi begitu sahaja...

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam