Langkau ke kandungan utama

Carutan serba ringkas saya.




Saya memang suka bercerita. Maksud saya dalam blog sahajalah. Kalau di luar saya agak pendiam. Lebih-lebih lagi kalau Abdul Razak ada. Dia suka memotong ayat-ayat saya. Kadang kala memang saya radang.

Oh ya! Tadi saya menghadiri satu seisi temuduga. Saja! Test market konon! Walau saya sudah maklum jawabannya. Kecewa? Bila berpuluh kali saya diberitahu kebanyakan jawatan yang dipohon tidak sesuai untuk saya, apa patut saya merasa kecewa.

Kesimpulan saya tentang majikan-majikan yang mendaftar untuk mencari pekerja secara online – Kamu semua (termasuk yang swasta, agensi pekerjaan dan SPA) memang bangang! Bodoh tahap dewa! Kalau kamu tidak mahu menggaji pekerja kurang upaya, mengapa panggil kami datang temuduga. Bukankah sudah tercatat dalam talian/resume, kami adalah kurang upaya, siap dengan jenis kecacatan dan nombor pendaftaran sekali. Apa kamu buta?

Kamu hari itu, menganjurkan ekspo pekerjaan untuk orang kurang upaya konon! Gah! Dengan makan-makan tempah catering lagi. Konon-konon prihatin sungguh kamu terhadap nasib kami. Maka, eloklah kamu rujuk makna prihatin dalam kamus dewan. Maklum, kamu bukankah para pegawai berpangkat lulusan universiti belaka. Saya cuma risau kamu terlupa makna prihatin dalam bahasa ibunda.

Kamu tahu, salah seorang teman saya berkerusi roda datang dari Perak menyewa teksi RM500 semata-mata mahu menghadiri ekspo tersebut. Harapannya sungguh menggunung. Dia mahu berkerja. Apa hal, tiba-tiba dia hanya disuruh mengisi borang itu, borang syarikat A, borang kilang B, borang super hypermarket C. Kemudian diberitahu jika ada kesepadanan, akan dipanggil untuk seisi temuduga. Bagi yang berkelulusan setaraf dengan kamu (macam saya), kamu suruh saya isi secara online. Saya rasa macam mahu mencarut. Kalau sekadar hendak mengisi borang secara online, tidak perlulah kamu buat ekspo-ekspo dan membazir duit pembayar cukai. Kami bukan buta IT; CC pun bersepah-sepah merata ceruk kampung.

Saya sudah lama hendak menulis ini. Tapi saya takut. Malam ini tiba-tiba saya jadi berani. Hendak saman saya? Silakan. Saya sudah bosan menjadi pengecut.

Maka sesudah seisi temuduga bodoh tadi, dengan riang ria saya mendail nombor adik botak saya. Saya rindu sebab hampir beberapa lama tidak ketemu. Seperti selalu-selalu, kami berbual-bual sambil mengutuk kamu yang sangat prihatin.

Saya siarkan foto-foto kami di sini. Lihat betapa gembiranya kami. Walau elaun kami telah dipotong.

Sekian. Carutan serba ringkas saya. Mencarut banyak-banyak pun tiada guna. Kamu bukan pandai baca blog. Kamu bukan pandai menjadi manusia!

Ulasan

DramaQueen berkata…
salam, kak lily..
sabar kak..sabar..
memang mereka tu dasar binatang kak.. cakap manis jer..
sy faham perasaan akak.

sy doakan akak dimurahkan rezeki. dan sy gak doa moga dorang2 yg buta kat luar sana tu..cepat2 celik dan layan sama rata dgn OKU.

take care kak..

tulis selalu taw!
addyaholix berkata…
ini blog akak, jadi akak berhak tulis apa yang akak nak!

terus menulis!
Nizam.Ariff berkata…
Ya! Aku sokong akak tanpa berbelah bagi lagi.... kita carut diaorang kak...B***!...Si**...!
A t i Q a h berkata…
Tak dapat bayangkan muka Kak Lily yang sentiasa tersenyum tu naik marah.
AieSha berkata…
diorang memang bodoh. 'permata' depan mata, tapi tak nampak.

akak jgn risau. selain diorang, ada lagi orang lain yang nampak. termasuk saya.

insyaallah, akan ada orang yang mengutip 'permata' itu.

sabar ya.
tasekM berkata…
aku mengharap begini. ada publisher yg sanggup terbitkan tulisan2 kamu. kamu seorang penulis yang hebat.


.
K.H berkata…
Ini carutan yang mengesankan.
Cikgooden berkata…
sungguh...lambat bangat pasti ada penerbit cari hang...nak terbit tulisan hang...sabaq ja..masa akan sampai....teruskan menulis, kak.
ckLah @xiiinam berkata…
errrr...
ckLah hilang kata-kata nak komen...






......terkesima.......
Pa'chik berkata…
lum ganas lagi nihhhh... :P
Tanpa Nama berkata…
kadang2 tak faham, kenapa mereka menyukarkan hidup yang dah memang sukar, kadang2 rasa mereka sekadar berlakon dan bertopeng, menipu keprihatinan. Benci..!
DeeN berkata…
Kak, kalo la aku ada power, aku akan bawak kak pegi depan diorang tuh, sepak terajang, pastu drill pala hotak diorang sampai berlubang nampak sebelah sana. Pehtu cari, apa yg ada dalam otak diorang. Ganas tak aku neh kak? Hehehe
kad0k. berkata…
kesian kwn akak..dtg jauh2..berabis duit..tp tu jawapan dia..hampeh sungguh
azie berkata…
ah sengal lah kalau orang yang jenis menilai orang dari aspek fizikal saja. macamlah pekerja mereka yang mereka amik dlm keadaan sempurna tu takkan ada risiko untuk jadi kurang upaya kelak. kan?
Anonymous berkata…
Adakala...kita perlu mencarut hanya utk mengisi perut.

Adakala...kita perlu memaki hanya untuk menjadi berani.

Adakala..kita perlu menyumpah seranah supaya kita tidak ditolak rebah.

tetapi semua pencarut, pemaki dan penyumpah seranah perlu banyak bersabar. Kerana Tuhan sentiasa ada bersama-sama orang yang sabar.

Selamat Ulangtahun Khadijah.
Nafastari berkata…
Waterlily, saya sangat bersimpati dengan anda dan kawan-kawan. Saya tidak kisah kalau kamu mencarut dan mengutuk mereka, malah saya menyokong dengan bersungguh-sungguh. Jangan berhenti menulis.
tajudin berkata…
waterlily,

tulislah apa saja dalam blog. tulis apa saja dari dalam hati, gambarkan apa yng ada dalam diri.

banyak orang luar yang tak tau, tapi buat-buat tau. elok juga depa kena carut sekalai sekala sikit-sikit. harap nampak macam bagus je...
ckLah @xiiinam berkata…
meh datang temuLAWAK kat blog ckLah.....he..he..
Rahimin Idris berkata…
tah. macam pundek. pundek pun tak macam depa. depa cari nama glemer je lebih.

kalau ada yang dah dapat pergi jauh, berebut2 la depa datang hulur bantuan, siap panggil TV lagi. tumpang glemer lagi. macam celaka.
Manusia itu adalah bangsa kita juga. Yang [kononnya] memperjuangkan nasib bangsa. Huh!
mOEha Aziz berkata…
carut aje kak... diaorng ni deserved tat. caya la my akak muahhh.........
Unknown berkata…
Berani kerana benar.. terus maju!
en_me berkata…
tak baik mencarut kak .. Tapi me tak nampak pun akak guna bahasa mencarut kat sini.. (mungkin me buta agaknyerr).. uhuhu
Rajuna berkata…
birokrasi seperti tahi.
a.b geldofg berkata…
di malaya satu pkara ajaib...klau dpt pkerjaan tnpa bntu org dlm....


salam kenal juga
Artozy berkata…
aku juga mencarut bagi pihak kamu!
boe~ berkata…
dah lumrah. bkn oku je yg menerima nasib begini. tapi mungkin semua org yg duduk dibawah. berapa ramai pekerja2 yg teraniaya dgn majikan.. pegawai2 ni cuma pandai guna power ranger je. tapi x brapa nak fikir. tak pe lah lily.. Allah ada. Semoga hati kita tenang selalu abila kita berserah kepadaNya. sesungguhnya Allah Maha Adil
Sastri berkata…
salam kak...

kalau sekali dua kena, mungkin boleh dimaafkan kan? dorang ni memang tak patut...
Irfan Jani berkata…
Urgh. Siapakah mereka itu. Ini yang aku nak siasat ni. Aku cukup terasa kalau OKU dibodohkan.

p/s: Tak ada pun carutan di sini? Err..saya tak cabar ya. Cuma bertanya. Huhu.
Nizam.Ariff berkata…
Kita carut lagii....%^$#&*@#$^*!!!
Puas hati aku!

DeeN:
"drill pala hotak diorang sampai berlubang nampak sebelah sana. Pehtu cari, apa yg ada dalam otak diorang"
Bro, tak yah cari...tak ada menda dalam tu..hahaha
Lily Abdullah berkata…
Terima kasih kerana tolong mecarut untuk bagi pihak saya.(ahhhh..saya rasa berdosa pulak)

Semoga segalanya baik-baik dan selamat berhujung minggu.

:)
erisya nor berkata…
salaams Lily....

moga dah cool skit lepas mencarut ni....hmmm..ingat kan dah berubah rupanya mereka masih lagi memanggil org temuduga sesukahati jer..kemudian dengan selamba bgtahu tak sesuai....teman erisya baru beri salam dah diberitahu kelulusannya tak sesuai...buat penat jer datang tapi teman Liliy lebih malang....buang duit dan masa :(

jujur kat ofis pun erisya complain...sebetulnya sesetengah jawatan lebih sesuai dilakukan oleh oku....lebih komited.
Lily Abdullah berkata…
Wassalam dan salam kenal Erisya,

Betul agaknya,apa yang dikatakan oleh tutor saya. Lima puluh tahun merdeka,tapi mentaliti masih dalam kelas negara dunia ketiga. Mundur!
rudy bluehikari berkata…
Beginilah tidak adilnya dunia...tp melihat tawa kalian, hati saya berbunga gembira. Bahagia...
Ab Razak Hj Ahmad berkata…
Saya ada menulis berkenaan kesusahan OKU dalam menggunakan public transport dan juga ketidakperihatinan masyarakat pada OKU.

http://coretan-abikhsan.blogspot.com/

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam