....…hari yang magis.
Aku sedang bersiap-siap untuk menyediakan diri ke tempat temuduga esok. Bersiap-siap untuk menjawab soalan-soalan bodoh yang kadang kala gagal juga aku menyatakan jawapannya. Misalnya, “Siapakah nama Yang Dipertuan Agong Malaysia?” Atau. “Please introduce yourself in English”.
Aku terpandang perfume lama itu. Dan hati terus berkata bicara.
“Perfume itu sudah berusia berbulan. Ini bermaknanya berbulan juga aku tidak memakainya."
Dan aku melihat baju-baju di dalam almari. Tiada fesyen terkini pun sejak aku menghantar notis dua puluh empat jam kerana naik minyak dengan bekas bos yang memperkecil-kecilkan keupayaanku.
Tapi, mungkinkah esok sejarah itu akan berulang lagi.
Aku rasa perutku mula memulas-mulas untuk kesokan pagi. Rama-rama kecil berterbangan di setiap ruangnya.
Mungkin aku patut mengubah penampilan.
Begini misalnya. Ha! Ha!
Doakan aku. Aku perlu survive walau aku tidak suka ke temuduga itu. Aku perlu suntik diri dengan dadah jenis motivasi dos tahap tinggi. Aku perlu bekerja, supaya semangat juang aku berada di tahap maksima.
Sebetulnya. Aku mahu kembali ke pentas lakon. Uhuk!
Ulasan
Percaya keupayaanmu. pasti kamu berjaya
2. masa ckLah menghadiri temuduga untuk masuk kursus kecikguan,ckLah pakai baju pinjam dan bawa satu fail ,Bila penemuduga tu buka, di dalamnya dipenuhi gambar-gambar dan keratan akhbar tentang kebakaran..kerana ckLah baru sebulan menjadi mangsa kebakaran yang tinggal sehelai sepinggang...akhirnya, kami hanya berbual tentang trajedi kebakaran itu..dan,ckLah lulus...
3. Baca ayat kursi sebelum ketuk pintu....moga berjaya!
moge berjaya tuk temuduga esok yer..
temuduga la yg paling sy nak elakkan..huhu...tp still kena temouh gak tuk masa hadapan yang lebi baik...haihhhh
- Al-Baqarah, 216
good luck!
.
Tu pesen nak interview jadi GRO kata abang ko hahaha!
Aishah
T/kasih.
Lan,
Magis..ye..ye..magis. Majis semajis majisnya. Sepuluh booth akak pergi,semua berkata"anda akan dihubungi sedikit masa lagi" Harap mereka tidak menipu.
Tok,
Uhu..akak yakin.
TT,
Terima ksaih.
Emely,
"Saya rasa jawatan ini tidak sesuai la untuk cik" Pernah kamu dengar stetmen gitu selepas kita selesai menjawab soalan 'bodoh' dengan jayanya. huh!
Ta,
Semoga...semoga.Sepuluh akak isi borang,harap sangkut le mana satu.
amyz,
T/kasih juga :)
Cik Lah,
1. Saya baca ayat Kursi hahah!
2.Pakai baju yang anngun sopan(baju raya tiga tahun lepas dengan sepatu cinderella(sepatu kawin hahaha!)
3. Beruntung cik Lah. Saya pernah kena, pegawai temuduga tu berbisik(berkonflik) sesama depa. Yang sorang kata okay, yang sorang kata saya ni problem. Pastu depa bagi duit RM10 untuk saya tambang balik. Saya kata, encik2..saya bukan minta sedekah. huhuhu..sedey woo.-cerita puluhan tahun yang dulu.
Shimi,
T/kasih kerana sellau memberikan akak semangat :)
t/kasih untuk sms kak ungku nor.
all da best kak;)
so cmne interview 2?
saya baru je jawab tag akak tu hari ni... :)
Salam Aidil Adha :)
Macamana magis tu?
Nampak hasil ke tak?
Apapun,
All the best yer, kak W.Lily
Aku tak pandai berlakon. Gugup beb! hahaha!
Kadok,
Shomeii?yeye kalau akakmu ini anak2 kecil hahaha!
Bb,
Salam Aidiladha.
Deen,
Ah..entah..tidak magis lagi hahaha!
Aie,
Ada rezeki,maka adalah.
May,
Doakan akak.
Sas,
Wassalam..kejap lagi akak tgk. thanks kerana berkongsi.
Kiki,
Entah...belum ada jawabnya. Baik atau buruk relakan saja. Segala yang terjadi adalah majis hahaha!
Purp,
T/kasih untuk segala sokongan selama kita berkenal-kenalan di alam maya.
Lina,
Aku senyum dik..selalu2..sesudah airmata ku kesat. Apa guna meratap lama2.
Aku tinggalkan pentas kerana takutkan kostum2 begitu.(salah satu faktor) Aku tidak tahu cara mengadaptasikan budaya yang bkan ajaran agama. Aku masih mencari caranya.
Chik,
Salam aidiladha. Apa saja yang Allah swt. takdirkan pasti segalanya majis chik.
Bayan,
Kadang-kadang kak lily tidak sekebal itu.
Kadang-kadang!
Salam Aidiladha untuk semua.
Kja termiss entry ni.. Apapun, kja berdoa WL berjaya dlm interview tu.. One thing about blogging ni, walau kita bloggers tak pernah berjumpa, kita rasa dkt dgn each other dan kita nak yg terbaik utk teman tu..