Langkau ke kandungan utama

Kenapa lima belas;kenapa kamu tanya soalan ini?:P

Ada ribuan cerita dan saya hanya diminta berkongsi lima belas cuma oleh abang saya, Dato’ Shah Rir Khan. See! See! Abang saya dato’ tuuu...

Satu.
Saya anak sulung. Itu tentunya mencipta pengertian bahawasanya saya tiada abang atau kakak. Saya cuma punya adik perempuan yang selalu berlagak macam kakak kepada saya. Dalam dunia maya pun, saya susah mencari yang layak dipanggil abang disebabkan faktor usia.

Dua
Saya bertemu jodoh ketika usia sudah terlajak bertingkat puluhan. Sebelum itu,ramai ‘uncle-uncle’ yang masuk meminang saya dan allahyarham ayahanda saya menolaknya secara berhemah. Jika diikutkan baran adik saya; yang suka berlagak kakak kepada saya itu, sayugia inilah seranahnya. “Mentang-mentanglah kak aku andartu dan begitu(dia maksudkan kurang upaya), suka-suka hati korang ja nak menjodohkan dia. Dia tak mati la walau tak kawin pun; dia tak ambik laki korang insyallah.” Untuk makluman, sila terjemahkan ayat tersebut dengan nada tinggi dalam loghat utara pekat. :D
Jadi, adik-adik yang terlajak usia, jangan bersedih. Jodoh pasti ada.

Tiga
Saya begitu obsess dengan negara matahari terbit kecuali makanannya. Dari seni melipat kertas,kimono,filem dan lagunya. Walau saya tidak faham sepatah haram bahasa dituturkan. Perkenalan saya dengan Kim san dan Ayako Kawakita pada tahun 2005 menjadikan keterujaan saya itu bertingkat tambah. Impian saya ialah melihat sakura, yuki dan ume secara ‘live’

Empat
Saya sukakan persembahan pentas. Saya sukakan segalanya tentang seni persembahan.

Lima
Saya pencinta haiwan. Saya sayangkan kucing. Dari zaman anak-anak hingga umur ibu kepada anak-anak, rasanya tidak lengkap hidup saya tanpa kehadiran seekor kucing.

Enam
Buku? Oh...saya sentiasa tertidur dengan buku di tangan.

Tujuh
Saya sukakan bulan,bintang malam dan hujan. Segalanya seakan bersatu dan memberikan saya inspirasi untuk mencoret sesuatu.

Lapan
Sewaktu remaja, saya adalah penggemar muzik rock kapak. Saya pernah bercita-cita untuk melamar Man Kidal ahaks! Wa cakap lu hahahah!

Sembilan
Sebelum kenal internet, saya ketagih menonton tv. Saya tergila-gilakan Jorge Erique Abello. Maksud saya, lakonannya dalam Yo Soy Betty La Fea.

Sepuluh(sambil mengesat peluh isk!isk!)
Ehem...saya suka makanan pedas,kentang dan kopok lekor.

Sebelas

Saya sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. Ini kata Dato’ Dr. Fazilah Kamsah. Betul ke? Entah!

Dua belas
Saya pengumpul mug/cawan hiasan. Selepas membaca entri ini,sudi-sudikan mengeposkan satu untuk saya. Bayangkan, lima belas pembaca;bermakna saya akan menambah koleksi saya sebanyak lima belas biji. Kenapa lima belas? Sebab angka tujuh telah di’cop’ oleh jejaka kacak yang pinter lagi pemalu itu. Lagi pula, saya kan kakak. Mesti lebih sedikit dari adik ahaks!

Tiga belas
Setiap kali mahu menulis tugasan,mesti idea untuk menaip entri datang melimpah-ruah. Kenapa ya? Saya syak,saya sudah ketagihan berblog. Bukan rahsia lagi.

Empat belas
Saya suka filem seram.

Lima belas

Kenapa kamu tanya soalan ini? Kenapa saya suka menjawab tag, tetapi saya tidak mahu meng’tag’ orang lain.? Tapi hari ini, tiba-tiba saya terasa ingin menge’tag’ dengan mangsa-mangsa seramai lima belas orang juga. Siap kalian!
Shimi, Tasik, Adik kachak, Pa’cik, Kadok, Sastri, Tata, Tiga Kancil Clan, Cikguooden, Cik Lah, Kak Ja, dan mangsa seterusnya ialah Violet, Ibu kumbang dan Elmely(cakap kosong).

Tiada paksaan. Pa’cik,aku tau hang takkan jawab. :P

Nota kaki:
Saya akan berpergian esok pagi; menghadiri upacara akad nikah dia..errr...salah, adik dia yang kacak itu. Kemudian pulang ke kampug laman saya. Blog ini tidak akan di’update’ sehinngga November.



Ulasan

Pa'chik berkata…
hakhak... malas aku nak mikir lima belas nih.... hahaha...

hang ketagih ke? lum cukup lagi... hahaha...
ckLah @xiiinam berkata…
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
1. Terasa saya semakin mengenali waterlily...

2. Jorge Erique Abello....hmm..memang encem!

3. November? Sebulan lagi?

4. Kena 15 juga ke? Cuti deepavali ini ckLah akan gunakan untuk cari jawapan!
Cikgooden berkata…
15?..kenapa tak 1500 terus?..

aku malas sebenarnya nak jawab tag. tapi sebab aku suka jawapan tag hang...nanti aku fikirkan kaedah dah taktik jawapan aku pada tag hang...

uhh..november rain...lamanya tak up-date. pasti aku dalam kerinduan menatap n3 hang.

p/s: aku rasa inilah komen aku yang paling panjang, aku rasa la...ha ha ha
SHIMI berkata…
Kena tag lah pulok
Nanti ye Kak Lily saya jumpa bomoh dulu.
Selamat bercuti dan selamat dalam perjalanan
tasekM berkata…
apa lama sgt ni kak.... he he he..



pssttt... aku telah banyak terhutang tag. tapi aku akan cuba buat yg ini... :)
violet berkata…
erk, cm tak percaya nama sy masuk dlm list tag kak Mar...huhu.

*selmt mkn2 angin ye kak Mar. take care.
Tanpa Nama berkata…
Wah, kau suka negara matahari terbit? Melancong mungkin OK. Yang lain? Marilah ke sini mencuba. Hehe.
Aku sanggup bermandi duri di tanah sendiri. Hihihi.
Amiene Rev berkata…
Lapan:
Setiap kali saya melihat seluar rock ketat yang diperbuat daripada kulit, saya akan teringatkan tempat duduk di dalam bas.
Brader Black berkata…
Aku kene tag?

Ah, tiba2 sakit aku datang balik.

Selamat bercuti kak.
November nanti aku akan ke utara juga.
kak ja berkata…
Salam WL,
InsyaAllah akan diusahakan..
A t i Q a h berkata…
Tiga Kancil Clan? Hmmm... Saya angkat kaki lah kak. Hehe.
Rajuna berkata…
Membesar dalam suasana rock, menyebabkan aku terlebih 'rock' bila usia merangkak dewasa.

ok la tu.
Tanpa Nama berkata…
selamat mengenali mu kakak. bertuah sungguh saya.

ps. sy juga suka seorang yang suka kucing. ;)
kad0k. berkata…
selamat bercuti kak..sy akan cuba menjawab...:p
sinaganaga berkata…
15? Ha ha, banyaknya.
Ungku Nor berkata…
wahahaha..gua selamat okeh..;p
azie berkata…
tiga kancil klan?

err...err..rasa2 macam...bukan kita kan?ahahaha
Sastri berkata…
salam kak... errr... saya pun kena tag ek...
He..he.. makin seronok membaca blog WL.
Amiene Rev berkata…
Selamat berpergian...
artsoul berkata…
hai kak lily...lama tk ziarah blog ni...bz laa..
Lily Abdullah berkata…
Art,
Kak lily pun tidak sempat berziarah kadang2

Amiene
Terima kasih.Sudah kemabli.

Aishah,
Terima kasih kerana menyukainya. Kadang2 saya kepingin tahu sebab awak menyukainya :)

Sas,
Dah jawab ke?Akak lum ziarah Sas lagi ni.

Azie,
Hahahaha......entah :D

Kak Ungku,
Lu selamt beb!..Lompat lima belas kali hahahah!

Bang Naga,
Err..ya..berpuluh aku nak menjawab tag nih.
Lily Abdullah berkata…
Kadok,
Jawap jika ada masa.tiada paksaan hahahah!

Lina,
Sayang kempunan lagi mau bertemu kamu di Maskara.

Juna,
Aku cuma penggemar muziknya. Fesyennya aku tak suka(sekarang dan dulu pun aku tiru apa yang patut aja hehe)

Tiqah,
Wakilkan aja kepada yang dua lagi tu hahaha..

K/Ja,
Terima kasih jika telah menjawab. Tak sempat nak pi ziarah akak lagi ni..

Kachak,
Kalau ko tak jawab takpe..jgn chert okay!

Amiene,
Ingat lagi seluar jeans berkaki sendat..nak pakai kena sarung plastik di kaki dulu. Akak sedang membayangkan seluar itu sekarang. Uhhhhhhhhhhh..hodoh amat hahaha!
Lily Abdullah berkata…
Irfan,
Saya cuma menyukai sebahagianya; lebih kepada sifat kesenian yang dipusakainya. Tidak kepada penghuninya yang berwajah masam cuka, individualistik dan sering berbahasa kurang ajar memanggil orang lain bodoh sesuka hati.

Vee,
Udah beres ke? Maaf tidak sempat beziarah lagi.

Tasik,
Ko tak pass tugasan nih hahaha!

Shimi,
Terima kasih kerana jawaban itu membuatkan akak lebih mengenali kamu.

cikgu2 berdua,
Dah buat ke belum nih? :D

Cik,
Aku tau hang elegik tag kan?

T/kasih

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam