Langkau ke kandungan utama

Alangkah





.......
Alangkah bagus jika seperti kamu
Makan-makan
Tidur
Tidur-tidur
dan makan lagi
Kerna kamu comel aku glemerkan kamu
Alangkah indah
berada di puncak.
Penat melayan kamu
Aku suka
Hanya kamu yang aku punya
Serius!
Aku penat :)
......

Ulasan

Adexx Boxx berkata…
COMELLLLLLNYERRRRR...saya paling suka KUCING....hidup ceria dengan mereka....makan tidor tapi buat kita ceria...cuma kalau berak merata boleh kiamat DUNIA..hahahahaha

-PKP-
Tanpa Nama berkata…
dulu akak saya ada bela kucing besau cam anak harimau. takoot!
Anonymous berkata…
Suka kucing

cuma tak suka bela.

alangkah.
Saya suka kucing, tapi saya tak suka bulunya.
bungaditepijalan berkata…
cutenye.
saya ske kucing.
berckp ngn kucing.
pape je lah psl kucing.
:D
Ck berkata…
sebab dapat tuan yg baik, bertuah lah idup.
DUNIA KUCING KAMI berkata…
Dear WL:
Inikah COCO - wah hensemnya dia. Lebih kurang muka Debab anak kucing akak. Debab tu jantan, kalau tidak bolehlah kita berbesan ;-) Happy kan main-main dengan kucing?
tasekM berkata…
hensem sungguh haih~






jom besan~ he he.....
jOnOs berkata…
Makan-makan
Tidur
Tidur-tidur
Dan makan lagi...

Dia tak berak ke?

Sama sepeti kita, dia punyai tahi.

Dan.

Seperti pendirian aku...

"Kadangkala tahi mengajar kita mendisiplinkan diri & mengingatkan kita kepada kebersihan."

Eheh...
norsaritanaini berkata…
kak lily suka kucing yer..sy pun suka kucing, tp kucing yang aktif..suka lompat sana sini...suka men kejar2...
kad0k. berkata…
comel kak..sherry dah beranak..4 ekor..nnti saya upload gambo anak2 dia ehh..:)

penat2 kena rest..:p
Rajuna berkata…
mulut kucing bising
aku ingat nak cipta penapis mulut kucing.kedap udara.
violet berkata…
comeynyer kucing kak Mar...sy suke!!! :D

sy br 2 ari bela sekor anak kucing. amik kt pasar mlm. namanya Comey. :D
dah lama tak memberi komen dalam blog akak...coco sangat comel la kak..bestnya kalau saya pun ada kucing macam coco (^_^)

p/s: saya pun jelous dengan coco...makan tidur..makan tidur lagi..
arsaili berkata…
salam...cutenya kucing..
BuRuuj berkata…
tidur kucing...main kucing....makan kucing.....

hah?????
Tanpa Nama berkata…
saya kenal seseorang ini yang suka amat pada kucing. :)
Amiene Rev berkata…
Mata kucing sungguh mempersonakan.
Erinsza berkata…
salam kenalan dari saya, comeinye kucing awak.
Lily Abdullah berkata…
Erin,
Ye..ye..comel. Tuannya tidak comel.

Amiene,
Cantik berseri sinar.

Buruuj,
Dia makan,dia tidur hehehe..

Lina,
Kenalkan dia pada kak Lily.

Arsaili,
Asalnya dia cuma kucing kurap,kucing jalanan.

Oda,
Belalah seekor :)

Vee,
Upload la gambarnya.
Lily Abdullah berkata…
Juna,
Kucing aku pun bising juga. Ingat mau gam mulutnya kadang2.

Kadok,
Dah bercuculah kamu dan kekasih kamu ye?:P

Nor,
Uish! suka banget deh!

JOnos,
Kucing gua educated. Dia pergi toilet..tukang 'flush' gua.

Tasik,
Kucing ko dah cerai ke dengan musang pulut tu? hahah!

Kak Sri,
Jomm..boleh..ada ka orang kawinkan kucing?

Elmely,
Badan dia memang bertuah..badan akak yang penat.
Lily Abdullah berkata…
Bunga,
Sayanggg sangat ngan kucing. Macam anak sendiri rasanya.

Purp,
Woo..penat akak menguruskan bulunya yang gugur. Hari2 lantai kena mop.

Po,
Kena betul-betul suka,baru boleh bela dia.:)

Kema,
Kau bela harimau ke dik?:p

Adex,
Woo..sama ler kita. Boleh berbesan juga nih. hahaha!

T/kasih.
jOnOs berkata…
Huh, semoga kucing tu pandai vakum karpet dan buang sesawang juga.

:@

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...