Bukan dia Suatu hari ketika pulang dari sekolah. Gadis kecil itu kehujanan. Melalui lorong sempit celahan kebun getah. Dia letih dan kebasahan. Perut kelaparan dan tubuh kurus kerdil menggigil kedinginan. Seawal pagi belum menjamah makan. Tapi Dia suka berjalan di dalam hujan. Kerana tiada siapa perasan dia sedang menangis kelaparan. Puluhan tahun kemudian. Suatu hari ketika pulang dari pekan. Si gadis remaja baru mengenal cinta. Menemui seorang teman istimewa dalam hidupnya. Bagai bulan jatuh ke ribaannya. Malang sang kekasih dilihat memimpin wanita sarat. Tangan kanannya mendukung anak comel seusia dua tahun. Dan kebetulan hari itu hujan. Dia pun terus meredah. Tanpa peduli basah. Dia suka berjalan di dalam hujan. Kerana tiada siapa tahu dia sedang menangis kesedihan. Mangsa kemunafikan seorang lelaki. Atau mangsa kebodohan sendiri. Hari itu. Juga hujan. Dia di hospital. Menunggu lelaki tersayang dijemput Tuhan. Rasanya seakan mengiringi jenazah ke kuburan. Dia berdiri keseorangan ...
“I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.” ― Rumi