Hidup ini begitu singkat. Ada waktunya kita kehilangan kata untuk menyuarakan sesuatu. Dan kita terpaksa meminjam perkataan orang lain untuk meluahkannya. Demikian juga sang permaisuri. Hari ini dia kehilangan kata-kata. Mungkin setelah tiga puluh lapan tahun dia bernafas atau telah tiga tahun hidup bersama lelakinya. Dia kehilangan banyak perbendaharaan kata yang manis dan enak. Lelakinya juga begitu. Tahun lalu, lelakinya hanya mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran pada saat-saat akhir. Tanpa apa-apa hadiah dan sang permaisuri tidak kisah lagi. Bergelar isteri sudah mencukupi baginya.
Yang ada hanya kemaafan dan keampunan untuk dipinta dan diberi.
Jika ku tak bangun esok pagi,
Sayangku kau jagalah diri,
Sentiasa ingatkan hati,
Dirimu amat ku cintai.
Andainya dihimpit kesusahan,
Sujud dan mohon pada tuhan,
Agar diberikan bimbingan,
Meniti hidup bersendirian.
Bila terasa sejuk,
Pejamkan mata,
Bayangkan dalam dakapanku,
Bila terasa rindu,
Pejamkan mata,
Kita bersua dalam lena.
Kalau ada yang sudi mengganti,
Sayang lepaskanlah ku pergi,
Kerana insan yang seistimewamu,
berhak untuk dicinta dalam hidup.
Sayang tiada apa yang kekal di dalam dunia ini,
namun yang pasti,
Walaupun ku tiada nanti,
cintaku akan kekal abadi.
Ku berharap kau tak akan lupa,
mengirimkan bekalan doa,
kita jumpa lagi di sana nanti,
jika ku tak bangun esok pagi
Ulasan
Seronok baca entry ini.
Dan suka sangat saya mendengar lagu ini. Indah liriknya.
Tak dapek den nak kato apo
terkelu lidah seribu bahaso
sememangnya dunia ini sementaro
semugo hari kemudian berjumpa juo.
hari jadi akak ye?
semoga panjang umur & murah rezeki..:)
err nak tanya.. akak SMGC ke dulu?
kalau betul, mmg dekat sgt2 la kita ni.. hehe..
(er, betul ke tanggapan saya nih?)
Sedap betul puisi akak. Cemburu dgn org yg ditujukan puisi tu, :D.
Amal
Hari lahir akak yang ke-38. Dah dewasa amat(baca: tua)
ps: Yang tu bukan puisi. Lirik lagu. OST cicakman.
Dik Sas,
Betul sudah 38 sang permaisuri ini huhuhu...
Flyod,
Terima kasih. Salam kenal.
Chen,
Jiwang ek? Sesekali huhuhu..
'Od,
Terima kasih. Ya SMGC 1988-89.
masa tu bebudak form 6 pakai kain kaler coklat. Tapi kak Lily sentiasa langgar peraturan,pakai juga kain biru.Sebab warna coklat nampak sangat tua hehehe.
Shah,
Aik cakap negeri pulak. Mau lawan itu budak Rembau ka?
pak Shiekh,
Terima kasih kerana selalu membaca entri2 saya.
Terima kasih. Semoga saya panjang umur & bisa bangun lagi untuk menulis entri.
Syukur, alhamdulillah, Tuhan masih mengizinkan kak WL terus menghirup udara dunia.
Semoga hidup terus diberkati dan dirahmati Allah.
:)
Semoga sentiasa dibawah lembayung rahmat dan rahimNya. =)
Allah selamatkan kamuuu...
Allah selamatkan... liliair...
Allah selamatkan kamuuuu...
selamat hari lahir..]
semuga hidup lebih dirahmati dan diberkati Allah, dan di bawah lindungannya yang Maha Esa selalu... amiin...
pesan kat boss, aku kata "sori"..
terpaksalah aku gi amek emsi...
lusa nanti la kita jumpa lagi...
hehe...
semoga panjang umur..
dimurahkan rezeki..
semoga sentiasa dibawah rahmatNya...
InsyaAllah (^_^)
saya percaya orang baik akan berada di samping orang yang baik juga. maka suami & isteri yang baik merupakan anugerah terlalu istimewa dikurniakan olehNya. semoga kak lily akan bahagia selalu disamping si dia.
Sonomama!
kita sebaya la pompuaannn!!!
dah..dah..jangan panggil i 'kak ungku' lagi tau, hehehe
Happy Belated Sebeday my dear..
Lily dah lama tau, tapi oleh kerena kak Ungku tu nama glamer maka pompuan ni panggil juga. :D
ps: Dato' hemsem laaa.:D(jangan meragam)
Faisal,
ya memang indah dan puitis,maka permaisuri pun pinjam seketika.:)
Naga yang digilai gadis2 genit,
Alahamdulillah - water masih bernafas. Banyak perkara lagi yang ingin dilakukan,tapi masa dan keadaan kesihatan fizikal sentiasa cemburu padanya.
Saharil,
Ya..semoga begitulah hendaknya. Terima kasih untuk kata2 yang indah itu.
Oda san,
Terima kasih di atas doa itu.
Amal,
Ketinggalan zaman lebih baik dari ketinggalan amal. :D
Amboi Chik,
Ko tukar lirik pulak. Tak romantik dah jadinya. Terima kasih untuk lagu yang dikongsi bersama Hj. Bakhil itu.:D
Tiqah, Terima kasih di atas doa itu.
Purp,
Yaa..selagi bernafas dan bisa bangun kak WL akan terus mengetuk papan kekunci.
Terima kasih kepada pembaca senyap.
pagi2 syahdu ni pertama kali dengar lagu ni. terus masuk dalam hati.
Salam kenal. Terima kasih kerana singgah kemari. Selalu juga ke rumah awak. Jadi pembaca diam. :)
kejutkan aku sekali lagi;
mungkim jam locengku abis bateri,
atau henpon terpadam empat kali..
kau kena kejutkan aku setiap pagi,
aku tak nak bos aku maki di awal pagi..hahaha!peace!