Langkau ke kandungan utama

Semester baru...

Updates:
Hujan. Kereta lalu-lalang meluncur laju di hadapan bangunan ini. Aku keletihan. Dan kelaparan juga.Bercampur sedikit kebosanan. Penantian amat memeritkan dan kedingan hujan menjadikan aku tidak sabar. Tapi penantian tetap penantian. Ia menuntut kesabaran semaksima mungkin.
Jika punya banyak wang, boleh aku menjerit memanggil teksi. Sebetar tadi, dalam kelas kedua - tutorku membebel-bebel. Katanya, ibubapa sekarang terlalu berkira dan kedekut berbelanja untuk pendidikan anak-anak. Sebahagian dari dariku mengiakan kata-katanya, tetapi sebahagian lagi bersuara tidak. Dia. Boleh bersuara apa saja. Sesuka hatinya. Gajinya empat angka. Adikku di kampung, yang beranak empat dan suaminya hanya seorang pemandu lori cuma boleh berdiam dan merungut-rungut sesekali pada aku. Pada emak. Dan pada suaminya juga.
Aku pun diam juga.Bersuara pun tiada guna. Tiada ke mana-mana. Di sini-sini saja. Sambil menunggu suamiku menyudahkan tugasnya. Ya, di sini-sini saja. Takkan ke parlimen pun...
Soalan tugasan bertambah gila-gila susahnya. Semua bahan rujukan,dalam bahasa yang aku kurang faham itu. Ahhh...biasa saja. Bukan senang mau jadi orang berilmu.
5.18pm.
Hadapan bangunan PPT Serdang Raya OUM.
Kelas hujung minggu pun bemula. Sebentar saja lagi.Jam 10.30 pagi. Sampai 4.45 ptg. Aku bawa tiga modul yang tebal-tebal itu. Itu saja. Nanti aku update apa yang bakal terjadi. Atau aku tidak sempat jua..maklum macam-macam bisa terjadi dalam kehidupan kita yang serba pendek ini. Makanan serba segera dan kematian pun sama saja. Serba segera. Walau berbeza cara. Sharlinie..tiba-tiba aku teringatkan kanak-kanak malang itu dan keluarganya. Aku doa pada Allah. Mudah-mudahan nasibnya tidak semalang Nurin. Tba-tiba aku rindu pada anak-anak buahku...yang pernah kain lampin mereka aku cucikan. Adakah mereka merindui aku juga...atau merindui yang lain-lain. Mereka semakin dewasa...dan aku semakin bertambah dewasa(baca: tua)

Ulasan

cakapaje berkata…
Salam WL,

Selamat memula semester baru :)
Salam WL,

Untuk senang, amat banyak kepayahan yang perlu dilalui. Semoga terus tekun, sabar dan pasrah sebelum menuai hasilnya. :)

Serdang Raya? Tempat permainan saya suatu masa dulu. :D
NoraHash berkata…
Lily ,perasan tak kebelakangan ni kerap keluar kisah nasib graduan2 OKU yang di diskriminasi dalam TV..saya rasa bukan masaalah layak atau tidak sekarang ni lebih kepada kroni...saya rasa kerajaan kena haramkan orang yang mempunyai pertalian saudara menjawat di jabatan yang sama bagi mengelakkan hal ini yang memang selalu berlaku.Kadang2 tu kesian budak2 datang dari jauh beratur untuk di interview sedangkan nama anak mereka dah ada dalam list layak mendapat jawatan kosong tu.
Lily Abdullah berkata…
Shah : Terima kasih . Doakan saya. Umur 40 baru boleh pegang diploma insyallah jika tidak tersangkut di mana-mana. :D

Purp,
Ya..untuk senang memang payah dan untuk payah memang senang.

Naha,
Mmg kroni2 ada. Jalan lurus sentiasa tertutup. Ada satu mamat. Kawan saya juga. Pemalas mmg cukup. Dah terkenal dia dengan imejnya. Muka dia lawa. Tup2 dapat kerja kat ofis gomen XXX. Tanpa temuduga. Tanpa apa2 borang. Sah...ada "link" dalam. Suami kata -tgk XX dah dapat kerja senang aje. Saya cuba berbaik sangka " Ala..dah rezeki dia bang".Kwan2 mmg ada yg tak puas hati. Kata mereka" Hairan kami macam mana XX yang pemalas begitu boleh dapat kerja."
"INTERVIEW HANYA TOPENG-TOPENGAN,SOLEK-SOLEKAN UNTUK MEMBUTAKAN MATA RAKYAT". (luahan hati saya yang tidak puas hati)

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...