SATU
Aku sedang berfikir. Sejak semalam. Sejak aku terima email Kawakita san. Sejak minggu lepas lagi. Bagaimana hendak menjawab emailnya. Aku rasa pengembaraanku ke Osaka City,macam pengembaraan sia-sia. Aku rasa kalah. Aku rasa bersalah. Bersalah pada Kim san. Di sana segala ilmu dan tunjuk ajar dicurahkan, di sini gagal aku praktikkan. Malaysia bukan Jepun. Kuala Lumpur bukan Osaka. Aku bukan Kim san. Aku tidak setabah dia. Persamaan kami, sama-sama kurang upaya. Perbezaan kami, dia bijak petah berbicara dan aku ada sepasang kaki untuk melangkah. Aku mau bikin TEATER. Aku tecari-cari penaja. Susah. Payahnya menjadi orang seni di Malaysia.
DUA
Dua hari lalu, aku terima email lagi. Dari setiausaha penaung ANA Grant. Katanya proposal aku telah disenarai pendek. Dia suruh aku hantar proposal kedua, bersama salinan DVD persembahan lepas. Date line 22 Januari. Kena tulis dalam bahasa yang aku tidak berapa faham itu. Aku mencari-cari Muha. Niat hendak minta tolong dia membetulkan ayat-ayat dalam bahasa yang aku kurang faham itu. Kata suami, Muha sudah berhenti kerja. Petra pulak sakit. Pay? Ahh…Mamat ini sibuk sentiasa.
TIGA
Tadi Kuno san mendail nomborku. Katanya masalah tempat rehearsal hampir selesai. Dia telah beritahu pengarah. Aku tetap ragu. Bukan ragu pada Kuno san. Aku kenal bangsaku. Mereka selalunya cakap dolak-dalik. Depan orang besar cakap lain. Air liurku..kata-kataku tidak pernah laku. Selagi tiada hitam putih,selagi itu aku ragu.
EMPAT
Berita baik – aku mendapat semula tempat rehearsal lama. Itu pun atas jaminan Nala dan Dato’ Faridah Merican. Air liurku…kata bicaraku …proposal aku tidak pernah laku. Faridah tanya lagi, ada apa yang boleh dia tolong. Via sms. Aku kata nanti, aku email. Ahhh....email lagi.
Morita san, simpati dengan aku. Dia berjanji. Akan mencari sukarelawan (koruko) untuk projekku.
LIMA
Tiba-tiba aku jadi cuak dengan rakan-rakan seperjuanganku. Adakah mereka faham. Seni ini adalah wadah perjuangan kita. Seni ini bukan kerja suka-suka. Bukan untuk cari nama. Bukan untuk cari glamer. Sesiapa yang nak bermain-main,nak bersuka-suka,nak cari glamer sila ke Akedemi Fantasia. Sebelum itu, tanya dulu diri kita. Adakah tempat untuk orang seperti kita di sana. Jadi tolong beri kerjasama. Mari kerja sama-sama dengan aku.
MANA AKU NAK CARI WANG!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ulasan
My name is Kevin. I hope you will take some time to read my recommendation.
I want you to go to this site www.secretsaya.com – it's a new web application that is made in Malaysia which allow users to reveal their secrets in a form of an artwork (inclusive of photography, image editing, illustrations and others), voice recitation (inclusive of any interpretation of using voice) and writing (in the forms of random thoughts, poem, haiku fiction or anything else). Users are advised to use a 'secret' username if they don't want to be known in the community - and users are free to reveal as many secrets as they want each day. Each secret they revealed are then shared with the community in which they would be rated and commented. (taken from their site)
Their current market they're targeting now in which I found out when emailing the SecretSaya's team is MySpace users, those who are into Art movements like Bangkit and Rantai. While they might seem like a good target niche, but seriously they are not! Simply because they're the MySpace niche. They aren't web niche like us, bloggers, flickers and such. SecretSaya needs to divert their target audience – it needs broad and wider coverage – and I felt like helping them out since I believe this site can be really useful in the future, we can finally have our very own Malaysian made YouTube, DeviantArt.. to name a few.
So I hope, and I hope you guys out there can help out – help SecretSaya expand, help them be exposed to the right niche. Blog about them. Tag them. Spread the news to your friends. Lets help a Malaysian made web app!
sincerely yours,
Kevin
Thanks for dropping by. And the infomation too. Happy networking.
Amalina,
Anak istimewa hanya dilahirkan dalam keluarga istimewa & terpilih. Allah takkan menguji sesuatu yang di luar batas kemampuan kita.
email kak Maria - maria70@gmail.com
Teringat masa di sekolah menebgah dulu buat larian jogothon la dan macam2 kemudian minta orang sponsor...sebenarnya yang itu saya pun tak berapa suka...
saya lebih suka bila kelas kami jual paper lama atau buat jumble sale dan duit masuk tabung untuk class party..itu lebih interesting...