Langkau ke kandungan utama

Lagu waktu hujan

Kuala Lumpur - Hujan

Dari jauh cari rezeki
halal di mamah teknologi
dari jauh datang tuntut ilmu
jaga langkah mu sini banyak penipu

Bila lalai di awangan
melayang tanpa graviti
masapun berlalu disitu

Kuala lumpur - Kuala lumpur
indah tak terkata
kuala lumpur - kuala lumpur
engkau kian tercemar - biar pun kau begitu, hanya kau lah destinasi ku

sangat sesak tranportasi
LRT ataupun TEKSI
murah murah mata rambang
penjenayah banyak peluang

Bila lalai di awangan
melayang tanpa graviti
masapun berlalu disitu

Kuala lumpur - Kuala lumpur
indah tak terkata
Kuala lumpur - kuala lumpur
engkau kian tercemar - biar pun kau begitu, hanya kau lah destinasi ku

Ulasan

arsaili berkata…
salam tahun baru yer..semoga 2008 lebih bermakna
waterlily berkata…
Salam 2008 Arsaili..yup...yup..yeah..(bersemnagat sekali ) .Semoga gemilang untuk wak juga
de_kerinchi berkata…
Salam waterlily,

Tambah sikit...


Kuala Lumpur - Kuala Lumpur,
Hujan mu mengerunkan...
Banjir kilat tak tersangka...
apa nak buat...apa nak buat...

Sekian..Terima Kaashhhhhh...
faizul berkata…
kak mar.. i'm a fan hujan too!!
especially bila aku tiada & pagi yang gelap
Salam

Saya kalau nak buat kumpulan rock, nak bagi nama Ribut.

:D
waterlily berkata…
De Kerinci,
sayangnya lirik itu tertinggal:)

Faizul,
Hujan..seronok & syahdu dengar waktu hujan.

Purp,
Ribut? Kenapa ribut2:D. Ajak saya join sama..(tukang bancuh air pun takpe.) Apa kata kita namakam GULA,TEPUNG,MINYAK MASAK @ PETROL & TOL:D

Catatan popular daripada blog ini

Sekaki Payung Kertas

Foto pinjam

Kala langit muram dan meruntuhkan molekul-molekul H2O; di waktu dingin basah begini, ingatan pun menguakkan pintu ke zaman lalu.

Sekaki payung kertas dalam kenangan. Abah(allahyarham) sering-sering menggunakannya ketika berbasikal di waktu hujan.
Orang kampung juga menggunakannya ketika kehujanan. Atau mengiringi jenazah ke teratak sementara menunggu hari perhitungan.

Biarpun puluhan tahun berlalu, aromanya masih terbau-bau. Waktu itu ia cuma berwarna asli. Coklat kehitaman.

Wangi!!

Saya sering-sering menghidunya. Ketagihan. Umpama penghidu gam. Rasa mau dipatah-patahkan bilah-bilah rantingnya dan diratah-ratah.

Memang gila!

Kini.

Payung kertas berganti nylon. Walau bercorak cantik warna-warna, hilang seri tanpa aroma.
Katanya nylon tahan lebih lama!

Cenderahati yang saya suka

Cenderahati
Coco dengan muka seposen
Buah hati
Biasalah. Sebagai individu yang biasa pergi bekerja, kerinduaan tehadap tempat berkerja pasti ada. Rasa macam kehilangan. Mungkin macam ahli politik pencen, yang kehilangan sokongan dan kata-katanya tidak lagi laku. Langkah terakhir, keluar parti. Ha! Ha! Ha!.

Saya rindukan anak-anak itu. Walaupun telah bertalak tiga dan berkerat rotan dengan bekas boss.

Hari murung dan mendung. Saya asyik berkelubung di dalam selimut. Demam dan hati saya selubung dengan sedih.

Lega tetapi sedih. Semua bercampur-baur.

Alahai.

Lalu tadinya, lelaki saya telah pulang dengan sepucuk surat. Bukan surat cinta ya!. Juga juga bukan surat panggilan temuduga. Bukan juga surat berantai tau.

Ada dua uncang teh Sabah di dalamnya. Mulanya, saya ingat si pengirimnya seorang gadis comel ini hanya mau bergurau-gurau di laman siber.

“Sedap ni” Lelaki saya.

“Oit.oit, bang!!. Jangan minum. Saya mau simpan. Cenderahati tu tau!”

“Cheh!” Dia segara meletakkan kembali uncang teh dan mengam…