Langkau ke kandungan utama

Jam kesayangan saya hilang....cerita sebuah jam lama yang ditemui secara spontan.

Jam tangan itu. Saya tidak pasti sudah berapa usianya. Mungkin sepuluh tahun kata suami. Buatan luar negara. Seseorang hadiahkan padanya seketika dulu. Rupanya mirip jam tangan perempuan sebab itu,kata suami dia tidak pernah peduli. Lalu jam disimpan dalam sebuah bakul kecil,tersorok di hujung dalam kabinet dapur kami. Suami telah lupa bahawa dia pernah memiliki jam tersebut. Dan juga terlupa siapa yang memberikan padanya. Jika orang itu membaca entri ini,diharap jangan berkecil hati. Ketika jam itu saya temui dua minggu lalu,ia masih dalam keadaan baik. Cuma talinya buruk dan beterinya rosak teruk. "Cantik"getus hati saya terpikat. Dalam diam saya menyimpan niat untuk menyuruh suami bawa ke kedai jam. Bolehlah saya bergaya dengannya. Di hari saya menemui jam tersebut, saya bergurau dengan suami" Sepuluh tahun lagi,awak mungkin terlupa yang awak pernah bernikah dengan saya". Dan dia tersenyum.


Kami bawa jam tersebut ke kedai. Tauke kedai jam kata" Ini mahal loo..jam ni luar mari...beteli(beteri) kena impot..satu minggu baru siap kak...bla..bla..bla....".Dan akhirnya suami bayar ringgit Malaysia lapan puluh. Tiada diskaun.


Seminggu kemudian,bergaya sakanlah saya dengan jam tersebut. Memang cantik. Tapi hari ini,sewaktu hendak keluar bekerja jam itu hilang. Seingat saya,saya letakkanya di atas meja makan merangkap meja tulis juga.Puas saya mencari dibantu oleh suami. Sampai saat ini.....dan saya syak kehilangan jam tersebut tiada kaitan dengan toyol,pencuri atau penghidu gam. Pastinya ada kaitan dengan COCO kesayangan saya. Hobinya mengigit dan menyembunyikan barang-barang kecil kepunyaan saya seperti pengepit baju,pen,pensil dan lain-lain

Nota kaki: foto jam itu tidak sempat snap dan jika ditemui semula akan disnap.

Ulasan

arsaili berkata…
salam..lerrr..harap nanti akan jumpa semula..mana2 la dia angkut jam tuh..ehehe
Amalina berkata…
Salam,saya pun teringin nak bela kucing. Kat sini tgk kucing di kedai pet, rasa mcm nak kumpul duit beli. Comel, geram betul. Tambah kalau yg nakal2 macam kucing kak Maria ni. Ni ada blog gambar2 seekor kucing yg dibela, dlm bahasa Jepun tapi gambar2nya cute, http://scomu.jp/makocat. Tak salah saya kucing ni dipungut, tapi elok dibela sampai gemuk. Bahagia kucing tu.
Sayang tak sempat tangkap gambar, kalau tidak, dapat saya tengok jam itu. Kucing makan jam?

Kadang-kadang ada betulnya juga KERAjaan suruh pasang CCTV di tempat-tempat yang strategik.. :)
cakapaje berkata…
Salam WL,

Hmm...memang agak sedih bila kehilangan benda yang tersayang. Namun bila difikirkan semula, ianya telah ditentukan, jadi sabar ye dan cari jam baru :)
Lily Abdullah berkata…
Arsaili,
Dah jumpa :) Nak update dalam blog tak sempat lagi.

Hazimin,
Terima kasih. Salam kenal.

Lina,
Kucing COCO ni pun kak Maria pungut juga. Mula-mula jumpa,dia berkurap dan berkudis - bawa pergi vet. Jadi Vet memang kaya ooo. Kucing marhaen(baca: kurap)jarang orang mau bela. Yang comel ratus ribu tu ramai yang nak:)

Purp,
Rumah saya ada tv buruk aje. CCTV belum mampu. KERAjaan nak bagitau kita - CCTV akan selesaikan masalah negara.:)

Shah,
Dah jumpa...selamatttt duit saya. Akan saya cerita di entri seterusnya
Amalina berkata…
Itulah, saya ni pun 'takut' dgn kucing kurap. Takut berjangkit penyakit. Inila contoh org yg ignorant, adeh.

'Bagus betul kalau cctv tu boleh terus tangkap orang jahat.'
Lily Abdullah berkata…
Lina,
Ramai yang dah tertangkap...V.K. Linggam, Chua Soy Lek ..dah entah sesapa lagi.
CCTV selesaikan masalah negara :)
Yang sedih cuma penjenayah/penculk/pencabul kanak2. Sharlinie -mudah-mudahan nasibnya tidak semalang Nurin.

ps: meh kita buat bisnes CCTV pulak ha..ha..ha

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...