Langkau ke kandungan utama

Entri tidak bertajuk(ada cerita tapi bukan baru)

Kebosanan………bukan sebab hujan. Harap maklum.

Pagi ini hujan. Rintik-rintik. Saya mula dilanda kerisauan. Walau tidak sampai ke tahap maksima, walau saya cuba memujuk hati. Hati tetap hati. Kadangkala ia enggan berdengar bisikan minda mahupun iman. Saya yang kurang fakir dan tidak juga kaya pun fikir-fikir(baca: berangan-angan). Jika berkereta tentu sahaja tidak kebasahan. Ya,tidak kedinginan. Tidak dimarahi kerana kelewatan.

Suatu hari suami berkata “Kalau mampu pakai kereta kan bagus”. Kata saya, “Kita mampu ke bang?” Dia diam. Barangkali dia yang tidak fakir dan tidak juga kaya pun berfikir-fikir juga.

Kawan-kawan dan saudara-mara bertanya “Korang bila lagi nak beli kereta?” Seperti kebiasaan, saya jawab dengan senyum. Ya, dengan senyuman. Yang kelat-kelat itu. Sebenarnya, saya ingin sekali menjawab begini. “Kalau beli kereta pakai oksigen, dah lama aku beli. Jika ada kereta yang tuang air,boleh meluncur berkilo-kilo meter,tentu saja aku mampu. Dan jika kerajaan Malaysia menwar-warwarkan istilah tol sudah dimansuhkan dalam kamus dewan mungkin aku mampu memakainya.”

Pagi ini, saya bermotosikal dengan suami ke tempat kerja. Kami singgah di stesyen petrol. Saya tidak menyukai sistem layan diri. Siapa tahu bagaimana terketar-ketar,tangan suami ketika hendak mengisi petrol ke tangki. Salah-salah petrol melimpah ke luar. Melebihi had. (baca: bayar pun lebih). Tangan nampak normal. Tapi sangat sukar mengawal pergerakan. Siapa tahu…..tivi dan surat khabar bukan lagi sumber infomasi. Lebih kepada propaganda dan berita sensasi. Bukan mereka mau bercerita pasal Cerebral Palsy.
Bukan mereka suka bercerita tentang ramp. Kata Kerpie, propaganda must come first, and then the others la kak.”ketika mengulas komentar saya dalam blognya.Yang mereka cerita, hanya koridor-koridor dan wilayah-wilayah saja. Terkini – CCTV. Ya. CCTV selesaikan masalah negara ha..ha..ha.

Ulasan

cakapaje berkata…
Salam WL,

Sabar ye WL dan suami (siapa nama dia? Rasanya tak pernah terbaca nama suami bertuah itu).

Tapi memang betul WL, CCTV boleh selesaikan SEGALA masalah negara seperti pengemis di tepi jalan yang ada dari mereka tidak mempunyai cara lain dari itu, atau dapat membedung pencuri dan perompak yang melakukan jenayah khianat keatas rakyat dan negara, kemudian menyuruh rakyat mengubah gaya hidup. Betul le WL, CCTV tu boleh membantu kita...seandainya kita menjadi pembekalnya! :)
NoraHash berkata…
:) TERSENYUM2 KELAT....SAYA PUN PERNAH TERFIKIR JUGA MENGAPA AIR TAK BOLEH DI JADIKAN BAHAN PEMBAKAR UNTUK KERETA KAN DIA MENGANDUNGI O2.KALAU CERITA KAT SUAMI SURE KENA KUTUK SURUH REFER BALIK DALAM INTERNET...
Kadar keTOLol akan terus naik. Minyak akan terus naik memancut-mancut - harganya. Sistem pengangkutan awam masih macam sialan.

Kasihan marhaen....
Sastri berkata…
khabarnya harga minyak akan naik 2 kali setahun... alangkah baik kalau air dapat menggantikan minyak kan?
pak shah berkata…
Salam pengenalan WL. ini pertama kali saya melawat blog adik.
Rajin-rajin melawat blog Pakshah.
Tanpa Nama berkata…
Hi Waterlily..
Saya ada satu soalan.Anak kawan baik saya telah disahkan cerebral palsy baru-baru ini.Jadi saya ingin bertanya apakah persatuan yang patut dirujuk untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut,latihan untuk anak itu dan juga pusat sokongan bagi ibu bapa.Anak itu berumur 4 bulan dan berada di Kuala Lumpur.Terima kasih.
Anonymous berkata…
Kadang-kadang, kala melihat pasangan membawa bayi di atas motorsikal. Terjuntai-juntai kaki.

Kadang-kadang tertanya-tanya...

Apakah mahal sangat sebuah kancil terpakai buat sekadar membawa anak-anak dengan lebih selamat lagi?

Maaf..
Lily Abdullah berkata…
D'arKampo,
Mahal dan murah sama ketegori cantik dan hodoh atau sedap dan enaknya sesuatu masakan.

Ada orang kata kancil murah kerana 'income'nya lebih sikit.
Ada orang anggap pasangannya yang tercantik kerana dia telah jatuh hati.
Ada orang anggap maggie enak kerana dia dalam kelaparan.

Bagi yang fakir motor kapcai juga dikira mahal,bagi yang kurang fakir dan tidak juga kaya,kancil pun mahal juga. Bagi hartawan BMW dan peribadi murah-murah saja macam beli bayam di pasar lelong.

Pesepsi tentang murah mahal bergantung kepada berapa 'income'(keselematan kadang kala ditolak tepi)

Salam kenal.Terima kasih.

anonymous,
Hubungi Persatuan kanak-kanak Spastik Selangor & Wilayah Pesekutuan PJ.
Tel: 0379582393
contact person: Dato'Dr. Mohinder Singh.

Pak Shah,
Salam kenal. Inilah kali pertama ada yang memangil saya adik. Sudah menziarah. Menarik.

BP,Naha & Sas,
Hanya yang merasa akan merana - tidak mengapa, kita sudah terbiasa dengan kehidupan marhaen(sekarang senang sikit kut)

Shah,
Mari kita bisnes cicitv. ajak Pak'cik(yg selalu komen dalam blog BP tu). Dia pun berminat dengan cicitv.:D
Kerp (Ph.D) berkata…
salam kak mariannie,

percaya la akak, bila time dah nak pilihanraya, diorang akan tunjuk kesungguhan dengan cerita2 yang kononnya mesra OKU. saya mengaku ada org besar2 ni cerita tentang OKU, tapi setakat depan kamera je. perlaksanaannya mana? undang2 kecil dah sedia ada tapi bila pihak tertentu main sondol undang2 tersebut, pihak berkuasa cuma sekadar tutup sebelah mata. boleh camtu? pooodahhhhhhhh...
Lily Abdullah berkata…
kerpie bro,

Tepat sekali telahanmu itu dek. Jangan dengar sangat janji manis sang politikus. Mereka berjanji itu ini hanya hampir pilihanraya. Abis pilihanraya,selesailah tugas mereka.

Kita sendiri perlu keluar memperjuangkan hak kita - dibantu oleh mereka yang tidak berkepentingan politik. Pernah dengar cerita pasal Mr. Anthony? Jasa lelaki ini hebat inilah yang membolehkan wheelchair user naik LRT.
Salina berkata…
akak nak pinjam gambar? pinjam je la kak. tapi jgn lupa quote, "oleh salina yg manis" Wakakaakak

InsyaAllah jumpa lagi kita. :)
Kerp (Ph.D) berkata…
kak marinanie,

memang bagus usaha mr anthony kita tu TAPi, masih banyak yg perlu diperbaiki. contohnya, ada banyk lagi LRT stesen yang tak mesra-OKU. bayangkan la camna org berkerusi roda nak panjat tangga setinggi 1 tingkat.
sinaganaga berkata…
Aku non-partisan. Jangan kau kata aku bukan warganegara Malaya pula weh! Ha ha.

Tapi, kalau ada kebebasan untuk memilih tanah tumpah - aku belah pergi negara lainlah. Ha ha.

Dan, kalau ada kebebasan untuk memilih nama - aku nak pilih nama: Tuan inspector Rizal. Biar orang kena panggil nama manja aku - "Tuan". Ha ha.

Adehh deh deh... penatlah aku...

Dah kul 8:00 malam baru le nak panggil meeting. Brengsek!
de_kerinchi berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
de_kerinchi berkata…
salam kak water lily..,

maaf salah posting....dok banyak bukak tab...hhihi..delete jerlah entry atas tu.. ;-)

bermotorsikal di ibukota lebih selesa dan aman dari kesesakan jalan raya dan duit ringgit......cuma berhati-hati di jalanraya....

Harap-harap ada parti yang berkempen memperjuangkan manifesto "tiada tol di jalanraya"...heheheh

teringat zaman semangat 46, dok pakat manifesto...hapus cukai jalan dan cukai tv...cukai tv dah takda...cukai jalan pun dah ada yang berkurang..walaupun kecil ada makna nya..alhamdullillah
Lily Abdullah berkata…
Salina yang manis,
Terima kasih kerana menziarah. Ya. Tak lupa ha..ha..ha.harap tak buat-buat lupa :)

Kerpie,
Paling sakit hati tiap2 hari kena berdiri atas LRT..akak rasa mereka-mereka itu semua "cacat pengelihatan dalaman" ha..ha..ha.

Bang Naga,
Aku juga non partisan. Eh..masih Malaya ka? Aku ingat sudah Malaysia. Aku masih mengharapkan hujan emas turun di sini. Dan aku juga mahu gelaran manja "Tuan Inspektor Haliza"(gelak2 khas).

Baik Tuan! (Tabik 3 kali) ha..ha..ha.

Da Kerinci,
Bermotosikal memang seronok. Tak perlu fkir tol. Tak payah bersesak-sesak jem. Tapi motorsikal suami kakakmu ini beroda empat. Tidak boleh mencelah sesuka hati. Takut tersentuh kereta besar dan kereta orang besar :).

PS: posting yg salah telah di delete. Naik LRT selalu teringat de kerinci & Abdullah Hukum yang ranap terhukum dek kerakusan bernama pembangunan. Sadis.

Terima kasih semua.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...