Satu
Man, adik kami sudah beberapa hari menumpang sementara di kuartes kami yang berbilik tidur dua itu. Satu telah aku jadikan stor simpanan dan terpaksalah dia tidur makan di ruang tamu; merangkap pejabat dan kamar studiku. Dia tiba Ahad lalu dari Kuantan dihantar ibu ayahnya ke rumah aku dan suami. Katanya ada temuduga kerja 29 haribulan nanti. Pesan maknya padaku, “Tegur-tegurlah apa yang patut dan suruhlah dia buat apa-apa yang termampu.” Man seorang spinal bifida. Jalannya merangkak tanpa kerusi roda. Sungguh. Tidak tergamak hatiku untuk menyuruhnya membuat apa-apa,hatta mengangkat bekas atau pinggan makanannya sekalipun. Aku penat dan keletihan balik kerja. Rumah kami itu tidak mesra untuk OKU sepertinya. Dari dalam hingga ke luar rumah. Dari bawah hingga ke atas. Tanpa lif dan tandasnya pula tandas cakung. Sayu hatiku melihat dia merangkak naik turun dari bawah ke tingkat tiga. Makan bertiga,bermakna pun biaya bertambah. Dia kasihan melihat aku penat memasak” Kak, tak yah masak untuk Man la kalau penat, Man makan je apa-apa.” Aku faham,sebenarnya dia pun segan dengan aku dan suami. Makan percuma. Aku kata” Man akan makan apa-apa yang abang dan akak makan okay. Kak tak nak Man fikir apa-apa”. “Kalau kak makan racun,Man tak nak lah. Man dah la belum kawin ni”. Dia happy go lucky dan kuat bergurau. Payah sekali,nak tunjukkan perasaan sedih pilunya. Ya. Dia seperti yang aku kenal tiga tahun dulu. Macam dulu-dulu juga. Macam selalu-selalu. Dulu,jika dia lihat aku bersedih, dia akan buat lawak sampai aku ketawa…paling tidak pun aku akan senyum kembali.
Semalam, aku tanya pasal lututnya. Sudah berapa hari dia asyik naik turun tangga. “ Dah melecet, luka, bernanah ni”kataku.”Dah biasa kak. Ada ubat” katanya sambil tunjuk stok ubatnya yang berkotak-kotak. Macam aku juga. Berkotak-kotak ubat-ubatan,buat kami terus dapat hidup macam orang lain. Jika tidak, berbaring-baring atas katil sajalah kami. Aku risau. Dua perkara. Satu. Keadaannya. Lagi satu, mulut tempayan para jiran. Bukan semua. Sebahagian. Suamiku berkerja syif sampai jam sepuluh. Dan kadang-kadang aku cuma berdua dengannya. Masa suami tiada, aku kankangkan kedua pintu rumah,luas-luas; selebar mungkin. Takut timbul fitnah. Kata suami,lantaklah orang nak cakap apa; yang penting kita tak buat salah apa-apa bila aku mengadu padanya. Aku tahu, tapi aku tetap risau. Man bukan mahramku. Walau kami anggap diri kami telah bersaudara, tapi yang hukum tetaplah hukum.
Semalam juga, Man beritahu aku “Kak,Man tak sedap hatilah tinggal kat rumah kak ni” . “Kenapa?” Aku sudah agak,tapi masih juga gatal nak bertanya. “Orang tengok semcam je”. Dia mengadu pada aku. Pada suami. “ Biarlah Man,berapa hari je lagi interview tu . Biarlah orang nak cakap apa pun. Lagi pun ada ke tempat lain yang Man boleh pergi.” Dia diam. Kemudian dia kata “ Ada. Mak sedara kat Shah Alam. Anak dia ramai. Man segan juga. “.” Jauh tu” kata suami. “Nanti Man kena datang sini balik, duit juga kan?” Dia angguk.
Dua
Petang tadi sebaik sahaja pulang kerja, pakweku yang waras tetapi kadangkala agak gilla-gila itu tiba-tiba melencungkan motorsikalnya ke Mid Velley. Ada pameran kucing. Inilah kucingnya.
Simon yang paling hensem. Diberitakan beratnya 8 kg. Baby ke kucing ni?
Coco aku pun hensem juga laaaaaaaa!
GG yang semakin jelita. Ada dalam simpanan Eni(adik iparku)
Ini bukan kucing atau lelaki kucing atau cat woman. Harap maklum.
Dan apabila aku pulang Man telah tinggalkan nota:
Assalamualaikum
Kak & abang,
Man pergi rumah mak sedara Man untuk dua tiga hari. Man bawa kunci rumah kak.Beg Man tinggal kat sini. Terima kasih kak & abang.
Yang benar,
Man (dia sign nama dia)
Sedihnya aku. Keceriaan melihat pameran kucing tadi lenyap sama sekali.
Nota sekadar renungan:
1. Sudah dua tiga malam siaran berita di tivi “propa” asyik bercerita tentang keperihatinan mereka( kuncu-kuncu mereka) terhadap isu-isu OKU. Prihatin sungguh.
2. Man,adikku itu sekolahnya cuma sampai darjah empat;hanya tahu membaca dan menulis. Dia punya sedikit kemahiran di bidang elekronik dan mencanting batik yang dipelajari di pusat ini.
3. Layakkah dia mengisi boring SPA dengan mengambil kira kelayakan akademiknya dan juga keadaan fizikalnya( dicampurkan lagi dengan cabaran accesiblity dan persaingan dengan golongan yang sihat walafiat)
4. Aku tertanya-tanya mengapa masih ada pekerja OKU bertaraf kontrak di sini dan di mana-mana pusat OKU yang memberikan kami peluang perkerjaan. Bimbang barangkali kami habiskan duit kerajaan kerana kami kerap bercuti sakit. Tapi tidak risau pulak, duit dihabiskan untuk menyambut pesta-pesta porah dan keraian-keraian orang besar.
5. Aku tertanya-tanya. Hanya dalam diri. Lalu aku taipkan. Di entri ini.
Dan aku boleh merapu-rapu bercakap dengan sesiapa saja,apa-apa saja termasuk dengan Presiden Bush (quote : V.K.Linggam)
Forum #$$@@*** ini juga buat aku geram tahap isk..isk(malas nak tulis,nanti aku pun sama #$$$@@*** macam mereka juga. )
Ulasan
Macam sangat arif mengenai kucing. Ada pernah dengar mengenai baka kucing Madura..?
arwah adik saya juga oKU dan saya faham segala yang dirasa walaupun mungkin tiada perkataan sesuai nak gambarkan unggulnya perasaan..
semoga dipermudahkan segala urusan dan segala susah payah dan usaha itu mendapat ganjaran.
Cerita kucing: Wkend lepas hampir2 nak pergi tgk kucing dkt kedai pet. Tapi hubby nak tengok badminton pulak. Aisey! Bestnya pakwe akak bawak dating tengok kucing hensem:D. Masa sy dok sana, dekat UM takde pulak pameran kucing kat MV, aiseyy!
Wassalam.
errr...ubat sakit kepala ada??? hahha :D
Ttg puisi kat blog tu, tu berkenaan dgn Byl.
Aku = Byl
=)
Tersentuh membaca tentang Man itu. Tapi berat jiwa yang merasa bila membacanya, tentulah berganda-ganda lagi berat jiwa yang menanggungnya.
Retorika memang mudah. :)
O, yang gambar terakhir itu bukan kucing ruanya. Baru saya maklum. :D
nenek sas suka bela kucing ni... kebanyakannya baka parsi...
Salam Kenal.
silap2 dia yg patut kesian kt saya
haw3
Peliknya dulu orang tidak pula mengaggap serong ipar duai tinggal serumah.
Dulu kita pakai singlet, seluar katok, skirt pendek, main segala macam mainan sehinga ke tahap ganas cubit-cubitan, gomol-gomolan sesama sepupu lelaki tidak pula jadi apa-apa eh.
Mardhiah
p/s: saya juga hensem dan single. opss promosi pulak..
Abg Tam,
Saya tak tau banyak pasal kucing. Saya dari kecil hingga dewasa hanya mengutip dan membela kucing2 yang marhaen(yang tak bertuan dan terbuang serta berkurap).
Noor,
Mudah-mudahan Allah permudahkan urusannya.
Kak jie,
salam kenal. Mungkin akan tulis satu lagi cerita ttg adik Man. Saya pun menangis mendengar cerita yg dirahsiakan dari semua itu.
Lina,
Terima kasih. Mudah2an urusan menjaga Afiqah juga dipermudahkan insyaallah.
May,
Ubat apa nak? takat paracetamol kak Lily tak main la. Nak baclofen, mefenamic acid he..he...sakit hati pun boleh pulih. :D
adik BYL,
puisi mmg indah..terapi rohani :)
Johari & Faisal,
Salam kenal. Singgah2lah lagi. Terima kasih kerana memahami dan mendoakan.
Purp & Sas (kombinasi yang baik) :D
Mmg kasihan pada keadaan Man, tapi macam yang kak Noor cakap simpati tak mencukupi. Emapati juga perlu(harap2 org yang berkuasa di atas itu ada simpati dan empati)
abeming,
Salam kenal. Ya..itu mungkin pilihan yang terbaik untuk dia & saya.
Ying,
Terima kasih atas doa itu.
Dik Posmen,
Jangan simpati pada kak Lily juga sebab kak Lily masih berkaki cuma sukar bertutur :D
Mardhiah,
Ya,itu dulu2. Sebelum manusia dilanda wabak kemodenan. Sekarang serumah dengan mahram sendiri pun belum pasti selamat.(dari fitnah)
Najb,
Moga tabah selalu. Nasib kita lebih beruntung dari Man kerana kita berpeluang belajar hingga peringkat tinggi. Tapi Man tidak bernasib baik seperti kita. Salam sayang dari kak Maria & abg.(yang hensem).
ps: promosi2 jgn tak promosi:D
Terima kasih semua.
man kata dia pegi dua tiga hari ? dah balik belum ?
alahai propaganda, propaganda. dah tiap2 malam jugak saya nonton. yang paling peliknya, kenapa sekarang wahai tv3suku? bukan ke masalah OKU ni dah lama wujud, dah terlalu lama ditindas dan dah terlalu lalu lama dibiarkan masyarakat OKU susah. kita ambik je kisah adik Man kita tu. susah tapi demi meneruskan hidup terpaksalah bersusah jugak.
propaganda yang dipekik setakat dipekik. sekuat mana desibel dipekik dilolong kalau action tarak, boleh simpan je laporan2 tersebut. pordahhhhhhh...!!
TQ meninggalkan jejak di entri ini. Belum berkesempatan menyambung entri ini. Bukan tadahan simpati yang kami cari. Cukup jika ada yang mau ambil tahu dan mengerti.
Danny Bro,
akak juga perasan sejak akhir-akhir ini. Prihatin sugguh mereka itu - sebenarnya bukan pada KITA tapi pada KETUA/PEMBESAR mereka. Adakah itu tanda RAYA sudah mampir..akak nak ucapkan HAPPY CHINES NU YEAR to CSY and the gang.
Bang Naga,
Itulah MALAYA kita ha..ha..ha. Serius aku katakan di sini.
sedih mama baca n3 ni...
ketulusan hati seorang adik dan keikhlasan seorang kakak...
kak lily,kuatkan semangat...
tuhan tu maha adil...
~ semoga lily sentiasa kuat dan tabah ...
terima kasih kerana mampir lagi. Ya setakat itu saja yang kak Lily termampu menolong adik Man. Jika dapat ingin bantu lebih lagi
Riani,
Terima kasih juga. Kita jua sam-sama kehilangan seorang bapa. Datang2lah lagi. Cantik rumah Riani :)