Nota : Tulisan ini adalah santai-santai, tanpa draf, tanpa suntingan dan sedikit beremosi. Cuba praktikan ajaran Prof Muhaya "Dunia dalaman saya menentukan dunia luaran saya" Oh! Saya juga suka fesyen tudung Prof. - Dunia dalaman saya, menentukan dunia luaran saya -. Cuti sekolah, beban kerja sedikit berkurangan. Siapa cakap? Tuuu.....stok dan inventori bersepah-sepah kau belum rekod perempuan. Saya tengok kawan-kawan ofis, asyik pergi ke Website dan Facebook jual-jual tudung, jubah,tuppaware dan make up2. Saya pula asyik melangkau curi-curi baca blog. Pukul 12.00, saya cabut balik sebab dah tak ada sapa-sapa yang boleh dijadikan kawan. Asrama kosong. Rumah warden kosong. Kakak cleaner bailk awal selepas kerja cuci-cuci tingkap selesai. Secebis fiksi untuk melapangkan hati sendiri. POPPY DAN LELAKI DI KACA TV. Poppy sukakan dia. Lelaki itu. Lelaki di dalam kaca TV. Kaca TV yang digelar sesetengah orang sampah tekono...