September, daun-daun pohon besar di tepi pohon bamboo mula luruh. Rantingnya separa polos, daun-daun yang masih tinggal berwarna kuning keperangan. Daun-daun yang gugur berserakan memenuhi kiri dan kanan jalan ke tempat kerja. Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya masih dengan tabiat kesukaan saya. Setiap kali pergi dan balik kerja berminit-minit akan saya habiskan berhenti sebentar sambil memerhatikan pohon besar itu.
"Saya di sini bersama kamu. Bayangkan saja, pohon yang sedang kamu pandang itu adalah pohon Marple dan daun-daun keperangan yang gugur adalah kita." Entah dari mana-mana suaranya datang. Berbisik ke kuping telinga saya.
Saya berpaling. Suara itu terus hilang. Bersama pagi yang mulai ranum. Cahaya mentari terus bangkit. Kadang saya gagal bangun dari mimpi yang panjang.
Malam nanti suara itu akan larut dalam rintik hujan yang melebat. Hilang dalam pekatan malam yang panjang.
Oh! Saya menipu. Ia tidak pernah larut walau saya rendamkan dalam asid sulfuric pekat sekali pun. Suara itu terus ada dalam di setiap denyut nafas saya.
Saya tidak ingin bunuh apa-apa yang ada. Saya memilih untuk terus hidup bersamanya. Saya mahu ia menjadi sumber inspirasi. Suara itu dan kenangan yang menempel bersamanya mengajak saya bangun dan terus menulis.
Seperti mana saya terus bangun, bersiap seadanya dan keluar berkerja. Kadang niat saya betul, kerana Tuhan. Kadang kerana habuan duniawi semata.
Ah! Betapa sukar. Menjaga seketul daging yang satu ini.
Kadang teguh. Kadang rapuh
PS : Lagu tema bulan ini - Rapuh. Ditujukan kepada Hana Tajimakira. Terima kasih kerana datang beraya di rumah dan memuji keenakan sambal tumis udang saya. Pujilah lagi ::))))
Saya memang pandai memasak. Tajuk entri pun dah ala-ala Hana Tajimakira (harap dia claim royalti ha! ha!)
Ulasan
oh! memandangkan sambal tumis udang kak lily memang sedap & best, mohon masak sambal udang lagi sebagai royalti. hahaha!
Sambal udang tu memang mabeles..hasil experiment yang tak diduga tu ha ha.