Langkau ke kandungan utama

“Music expresses that which cannot be put into words and that which cannot remain silent” —Victor Hugo



Mereka kata perempuan terlalu bercakap tentang perasaan.
Kadang untuk isu yang  remeh temeh dan leceh. ' Lekeh' kata orang Utara. Kecil dan nampak bodoh.  Tiada isu besar. Rubbish.  Kurang cerdik. Whatever.....!

Pedulikan!

Aku kan perempuan.

Ulasan

akirasuri berkata…
Oh! Saya suka jadi perempuan! :D
sepa berkata…
kak,
sedang pompuan bercriter tentang 'intrinsic',
lelaki pulak ttg 'extrinsic'...
:)

*suka quote tuh. :)
Hamka namanya bermula dgn H dan ada 5 huruf. Ada sebab
namanya saya tak pilih, sebaliknya Hatta.
oya, jugak Hasif.
hehehe...
Lily Abdullah berkata…
Atie,
Kakak pun suka :))))

Sepa,
Oh..gitu ye..patut la kita kat Malaya ni tak ada seorang pun SASTERAWATI. Paling hebat pun Puan Azmah Nordin - SEA Write Award.

Alisha,
Salam perkenalan dan terima kasih. Biarlah saya berterus terang. Saya bukan blogger yang jenis bertukar-tukar rangkaian. Sesiapa saja adalah BEBAS membuat pautan ke halaman saya dan saya juga BEBAS membuat pautan ke halaman mereka. Bukan saya mahu meminggikan diri, malah ada blog yang saya pautkan link pun saya tak sempat pergi dan kadang memang saya tak suka pergi pun.

Maafkan saya jika tersinggung. Saya cuma berterus terang. Insyallah akan cuba meluangkan masa melawat blog saudari.


T.kasih sekali lagi.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...