Pagi itu cerah seperti sekarang. Langit sangat cantik dan biru sekali.
Kami, dua orang perempuan berbexa budaya dan agama berbual tentang cinta dan kehidupan berumahtangga. Entah bagaimana, tiba-tiba dua orang perempuan asing dan baru saling mengenali bercerita tentang hal peribadi yang cukup intim. Hal yang sebegitu jarang diperkisahkan kepada rakan sekerja, jiran tentangga, suadara-mara apatah lagi bos kita.
Tapi kami dua orang perempuan asing boleh berkisah tentangnya.
Kazue, dalam Bahasa Inggeris 'Loghat BBC'nya bercerita panjang. Tragedi yang menimpa dan mengucar-kacirkan zaman remjanya. Dia mempunyai seorang anak perempuan. Anak itu kesan sampingan dan tidak dirancang. Namun selepas bayi itu dilahirkan dia sedaya upaya cuba memberikan yang terbaik.

"Aku bercerai pada tahun kedua perkahwinan. Dia pemabuk dan kaki pukul"
Dalam mada sebak Kazue mmberitahu aku. Matanya berkaca. Seolah kesengsaraan itu baru berlaku semalam walau ia telah 19 tahun berlalu.
Dalam mada sebak Kazue mmberitahu aku. Matanya berkaca. Seolah kesengsaraan itu baru berlaku semalam walau ia telah 19 tahun berlalu.
"Mariani san, kamu merancang untuk punya anak?" Tiba-tiba soalan diajukan padaku dengan sedikit nasihat. Katanya, bukan mudah untuk seorang OKU Cerebral Palsy seperi kami mahu membesarkan anak.
Dia seraya menyambung. Anak akan bertanya dan aku patut bersedia dengan jawapan yang pelbagai. Kadang soalan-soalan anak kecil akan buat kau makan hati. Teluka.
Aku maklum itu.
Lalu,aku katakan padanya. Kadang renung pandang orang dewasa pun buat kita terluka. Terpulang kita bagaimana untuk mengawal dan meminimakan perasaan terluka itu.
Dia berbeza. Tidak seperti Aya. Yang bersembunyi ketika minum arak dan merokok di hadapanku. Perlakuaannya lebih mirip Tomoko Innoe. Tanpa silu, merokok dan minum-minum di hadapan aku.
Pagi ini cerah. Langit biru. Aku rindu. Berjalan-jalan menyusuri kali lima Osaka Castle. Mendengar germercingan loceng yang digantung di ranting-ranting. Meriah sekali bunyinya tika ditiup bayu.
Aku rindu minum-minum orcha dan menjamah sushi. Berbual bersamamu lagi Kazue Kitakado.
Engkau yang banyak betanya tentang pegangan agamaku. Engkau yang begitu kagum dengan rumah Tuhan di Kobe.
Aku rindu minum-minum orcha dan menjamah sushi. Berbual bersamamu lagi Kazue Kitakado.
Engkau yang banyak betanya tentang pegangan agamaku. Engkau yang begitu kagum dengan rumah Tuhan di Kobe.
Ulasan