Langkau ke kandungan utama

Dari kedua telapak tangan kosong yang ditadah ke langit

Sumber  Foto




Aku adalah aku di mana pun tempatku berada.
Berusaha menjadi diri sendiri di tengah bicara kosong dan dusta mereka
Hidup terasing di tengah kecintaan para ektrimis duniawi
Sedaya cuba menafikan rasa di dalam lubuk hati dan naluri untuk selalu berkata jujur.
Terbalut rapat hedonisme yang telah menjadi kunyahan harian.
Kemunafikan yang meluncuri bibir dari waktu ke waktu.
Aku, barangkali juga kalian terpaksa hidup dalam pembohongan, demi menutup bangkai serakah.

Demi menjaga hati orang,terkorban prinsip dan pegangan diri.
Kadang waktu !

Menghancurkan segala.

Dimulai dari kehormatan diri hingga segala kekayaan hati. 
Sehingga tiada lagi yang tersisa kecuali setitis embun di tengah lautan tinta.
Hati pun bertranformasi. Berubah wajah. Sekeping hati kini, adalah batu karang yang ditutupi lumpur dan lumut. 

Laut, seperti yang kita maklum tidak sebiru yang kita duga. Kita sebegitu berani menerjang ombak besar nan perkasa. Padahal diri hanyalah selonggok bebatuan tanpa erti yang ditinggal pemilikNya.

Pemilik akan selalu kekal abadi. Pemilik menciptakan segalanya dari sesuatu yang manis walau menghampakan di mata kita. Sentiasa memerhati kita dari tempatNya tanpa mengingini suatu apapun.  PandanganNya tajam menembus benteng kehormatan palsu yang diciptakan para pengecut TelingaNya pasti mendengar bisikan-bisikan najis para pendusta. TanganNya menggenggam segenap hati makhluk tanpa terkecuali dengan tenang.  Namun mengapa, si buta tuli nan pincang berani menentang Pencipta.  Tidak pernah sesekali gentar berdusta Terus-terusan mereka dengan kerosakan yang nyata.

Tuhan !
Gantikan aku dengan sesuatu yang tidak akan terlalu mengingatkan pada isi dunia.

Ulasan

Nizam.Ariff berkata…
sebaldi air laut tak biru warnanya.

Ia biru kerana namanya 'Laut'.

Ia akan kekal begitu sehinggalah airnya bertukar kepada darah merah.

ketika itu nanti, rembang hari dan senjakala tak jauh beza warnanya...

Itulah kita, kak.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...