Langkau ke kandungan utama

Bolehkah dipercayai?



Ketika saya menggugel kata kunci "Lily Mariana Abdullah" saya bertemu ini
Membuatkan saya menjadi musykil dan tertanya-tanya. Bilakan sajak ini tersiar dan bilakah tarikh saya menerima saguhatinya.

 Mengikut rekod,sajak ini tersiar pada 25/4/2010. Bolehkah pengkalan data ini dipercayai?
Suratkhabar lama..paper lama ...siapa ada. Saya mahu lihat hiks!

,
Yup..yes..biarpun terlambat, saya sudah berjaya membuat print screen pada blog.

Ulasan

tasekM berkata…
kak.
pelangi cinta watanabe tu mmg ada masuk paper la.
darren tunjuk paper tu kat aku dulu...


selamat berpuasa kak.
terawih kita mlm nih...


.
Lily Abdullah berkata…
Tas,
Selamat berpuasa untuk ko,Dereen dan MC jugak. Yup PCW tu aku tau,yang aku musykil sajak tu. Memang aku ada hantar, tp tak pasti betul ke tersiar haha..

Aku tak kisah sgt psl duit tu, cuma aku nak simpan keratan sajak tu jika betul tersiar.
sepa berkata…
kak,
part nih boleh share tak..?
"saya sudah berjaya membuat print screen pada blog"...
Lily Abdullah berkata…
Sepa,
Kalau kat blog, mmg tak dpt punya.
Kalau kat 'paint'boleh le.Lps tu save as....dalam fornat PNG. Upload mcm upload pic jugak.

Bukan dah buat ke?
Nizam.Ariff berkata…
Kak, baik publish dalam blog je kak..

kalau publish dlam paper pun bukan kita tau bila nak keluar... takkan hari-hari nak beli paper...
Cikgooden berkata…
selamat berposa kak...

pandai dah buat pring skering?..hahahah
so'od berkata…
Kak Lily, saya pun pernah terkena camni. Musykil tiba2 sampai je honorarium. Bilanya tersiar, tak tau.
Lily Abdullah berkata…
Ciku,selamat berposa la cikgu.

haha.patutnya aku dah lama pandai sebab amik kursus IT peingkat sijil pun diajar jugak benda ni. Tapi aku jenih pelupa. haha!

Cer kabo no tel hang kat inbox FB aku. Kalau hang ada no Sinaganaga, tulih sekali ye.

Od,
Kak rasa pernah baca puisi kamu sekali. Tak pakai nama pena kan? Pakai nama kamu yang mula dengan huruf A..... H...... tu kan..kan..
Lily Abdullah berkata…
Sepa dan Nizam,

Kak mamai tertinggal komen kamu.

Sepa,
Sama-sama :)

Nizam,
Rasa puisi tu dah publish kat sebelah blog tertutup tu.

Tp nanti kak publish sekali lagi kat sini hehe..

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...