Hari ini saya bercuti sakit. Rasa macam nahu tercabut kaki dan pinggang hanya untuk mengambil sijil cuti sakit, Kalau setakat mahukan paracetamol atau piriton, di dalam peti ais saya sudah bersepah. Walau saya menunjukkan kad OKU, segala itu tak de maknanyeeee Di sini, saya terpaksa bersaing dengan warga emas dan bayi-bayi.
***
Setiap Ahad, saya sentiasa kehujanan. Tapi saya tetap bersemangat untuk ke kelas kerana semester ini saya mendapat tutor-tutor yang terdiri daripada lelaki-lelaki yang berpengalaman.
(senyum)
Eh! Jangan salah faham. Saya maksudkan mereka tahu cara mendekati pelajar dewasa (dibaca: tua). Bukan tutor yang hanya membaca modul dan menterjemahkannya. Mereka bersedia memberikan input dan maklumat baru serta berkongsi pengalaman dan panndangan.
Saya suka kelas. Walau saya tidak begitu sihat dan keletihan saya masih bersemangat mahu ke kelas.

I say to you today, my friends, that in spite of the difficulties and frustrations of the moment, I still have a dream ~Martin Luther King.Saya juga terdengar cakap-cakap belakang di kalangan para guru di sini. Kata mereka, buat apa belajar, bukan boleh jadi cikgu pun.
Ya! Saya mengerti itu. Dalam situasi "speech difficulties" ini mana mungkin saya bisa menjadi sepetah kalian. Walau bagaimana pun, terima kasih kepada yang sudi bertanya. Jika saya perlukan bantuan mereka ini; akan sedia membantu.
Siapalah yang mengerti. Saya bukan mahu menjadi guru. Saya sekadar mahu melunaskan mimpi masa silam yamg tidak kesampaian.
Izinkan saya!
Siapalah yang mengerti. Saya bukan mahu menjadi guru. Saya sekadar mahu melunaskan mimpi masa silam yamg tidak kesampaian.
Izinkan saya!
Ulasan
T.kasih untuk doa :)
rudy bluehikari
Semoga terus berjuang untuk menuntut ilmu.. InsyAllah.. setiap kepayahan pasti ada kemanisan di hujungnya.. Tertarik dengan blog ini.. minta izin untuk add ke blog saya ye kak ;)