Sepanjang tempoh April sehingga hari-hari terakhir Julai banyak perubahan drastik terjadi dalam hidup saya. Saya kembali berkerja. Kemudian berpindah dan berjauhan dengan orang tersayang. Telefon rosak, ketiadaan kabel internet untuk seketika, kehilangan kucing yang menyerikan hidup saya, kamera digital rosak dan entah apa-apa lagi. Apabila sudah punya sambungan, internetnya pula sering terputus-putus dan lembab macam siput. Kadang. saya sakit dan kepenatan di malam hari. Rasa takut, asing, sunyi dan terpinggir. Jiwa saya kacau. Meronta-ronta mahu ke bengkel penulisan. Mahu kembali menulis. Dan saya sentiasa singgah di blog sifu-sifu saya membaca diam-diam. Dalam senyap sunyi. Di sini, dan inilah cinta saya. Saya penat mengejar waktu. Cuba sedaya upaya mencari jalan pulang. Pulang ke pangkuan cinta hati saya. Menulis!
“I want to sing like the birds sing, not worrying about who hears or what they think.” ― Rumi