Langkau ke kandungan utama

Telah aku pelajari luka-luka silam yang menendang setiap detak jantungku. Dan aku berhasil, kadang tidak kawan!


~Telah aku pelajari luka-luka silam yang menendang setiap detak jantungku. Dan aku berhasil, kadang tidak kawan! ~

*******

Berbekal mantra dan do'a dari kitab suci yang paling suci dan buku-buku ensiklopedia psikologi, telah aku tukarkan segala menjadi serum yang mampu menghanyutkan segala pedih, mengelupas segala duka yang menyesak denyut nafas. Serum itu juga membuat binasa segala rasa putus asa yang telah lama berlonggok berbonggol di dalam dada.

*********.
Namun aku ini hanya manusia biasa kawan! Apabila diri terasa dihina dan diludah maruahku di hadapan khalayak, jangan kau suruh aku bersabar dan berdiam. Telah lama; berabad rasanya aku berdiam dan tahu aku menangis cuma.

*************
12 Julai, jam sebelas pagi berlokasikan kaunter bayaran sebuah pasaraya aku bertemu makhluk betina yang paling kurang adab sebagai manusia. Puncanya, sebesar kuman sahaja. Dan aku mengakui kekhilafanku; mengambil barang tanpa melihat wang di kocek sama ada mencukupi atau tidak.

Malangnya, cara aku dilayani macam pengemis. Macam pencuri. Walaupun diminta menanti sementara suami bergegas ke bank berhampiran; semua barang-barang yang dikira dikeluarkan satu persatu sehingga genap jumlah wang yang dibayar.

Tidak cukup dengan itu, kau makhluk betina penjaga kaunter sempat lagi mengeluarkan kata-kata keji di khalayak umum.

“Dah tahu tak cukup duit, ambil barang banyak-banyak”Sambil bibir merahmu mencebik. Tika itu, aku melihat kau sekecil semut api. Mahu sahaja aku lenyek mampuskan.

Aku tahu, jika aku seorang Rosmah Mansor atau isteri jelita Dato’ K atau isteri cantik Asmawi Ani tentu kata-kata dajal itu tidak keluar dari mulut kau bukan?

Minggu ini, aku juga berada dalam mood yang kurang ummphh perempuan kaunter! “Kau ingat laki aku tak berduit. Jaga mulut kau sikit perempuan. Kau tu cashier saja. Mentang-mentang aku macam ni, kau ingat aku bodoh. Kau tu yang bodoh!”
Oh! Sungguh tidak kuduga sama sekali. Tiba-tiba mulut aku yang diam terkunci, boleh menjadi begitu kurang sopan (bacaan sebenar: kurang ajar). Dan tidak pula aku rasa menyesal.

“Nah! kau angkat semua barang-barang ni, dan pulangkan duit aku” Tiada lagi istilah adik-kakak. Bukan masanya nak ber’cik-puan’ atau ber’saya-awak’ dengan dia.

Seorang lelaki (mungkin penyelia dia) menghampiri aku. “Maaf puan, kita settle aja. Kami minta maaf!” Berbunyi nada yang paling ramah dan ikhlas.

Jika tidak kerana kesuntukan masa, mengenangkan kucingku dan kucing-kucing liar yang perlu aku suap makan; barang-barang itu sudah aku pulangkan. Silap-silap, ku baling percuma sekampit whiskas ke muka comel betina yang meletakkan otak celah t**********t itu.

********
Bagi kebanyakan mereka, kami manusia Cerebral Palsy hanya manusia kelas dua. Kamu dan kamu dan kalian yang telah lama bersedih; ayuh! mari belajar bahagia bersama kami.

P.S. ~Telah aku pelajari luka-luka silam yang menendang setiap detak jantungku. Dan aku berhasil, kadang tidak kawan! ~

Ulasan

ibundo berkata…
salam pagi. adui.. boleh bayangkan sakitnya hati. kadang-kadang mulut pekerja diorang ni memang celupar. dahlah mahal senyum, cakap pun ada yang kesat. Nasib baik ko tak pergi jumpa manager dia. Silap2 dia dah halimunan dari kaunter tu pada masa akan datang.
Amalina berkata…
Amal speechless di sini, tp kalu ada di tpt kejadian, mau ku laser itu cashier.
tasekM berkata…
hanginnya aku kakkkkkkkkkkkkkk!







psstt... cantik cat baru! :)
zhfrz berkata…
cashier tu ada masalah jiwa kut. kesian dua-dua, dua-dua jadi mangsa cakap tak sopan.

hehe
DeeN berkata…
Isk! Kuang hajor sungguh. Kalo ada masalah sekalipon takkan nak kuarkan ayat camtuh kat customer! Takpa kak, dia belom jumpa dgn orang2 yg sama kuang hajo cam dia! Aku tetap sokong dgn ayat2mu tu kak. Kasik peringatan sket!
reverie berkata…
Jangan begitu kak. Mana ada istilah manusia kelas kedua. Dia kurang kesedaran agaknya. Dunia masih adil dan masih ramai yang memahami. Doa yang terbaik untuk kamu dan saya.
sUe berkata…
sungguh tak sopan sekali cashier tuh. geram pulak saya...

memang patut pun apa yg kak lily cakap tu..supaya diorg sedar yang diorg dpt gaji pun dengan duit customer.
SHIMI berkata…
salam kak lily,
dah lama saya tak kesini dek kerana kejauhan dan kesibukan tempat baru.

sedih bila saya dengar luahan akak tu. Kenapa masih ada manusia yang biadap sebegitu kat malaysia.
SHIMI berkata…
salam kak lily,
dah lama saya tak kesini dek kerana kejauhan dan kesibukan tempat baru.

sedih bila saya dengar luahan akak tu. Kenapa masih ada manusia yang biadap sebegitu kat malaysia.
Nizam.Ariff berkata…
Mari aku tolong letakkan mukanya di celah-celah *********************
********************************
*******************************






(wuih! panjangnya aku mencarut)
Basuh Baju berkata…
nak gua basuh cashier tu tak? haha
Tanpa Nama berkata…
sabar je kak lily tewww.. aderlarr rahmat tewww.. salamm dr me dikejauhannnns
Lily Abdullah berkata…
Kawan-kawan terima kasih semua. Saya sudah okay. Kalau tak okay pun buat2 okay jugalah hahahaha!

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...