Langkau ke kandungan utama

Laut,terlerai separuh rindu padamu




Laut, ia menyimpan seribu rahsia. Mencium aromanya, tergetar rasa cinta bercambah membunga. Kalau saya pandai melukis, akan saya lukis betapa indah ayu wajahnya laut. Merenung menatap wajah laut dalam pelbagai posisi, terasa hati mahu pergi ke kaki langit. Namun semakin didekati terasa,semakin jauh destinasi dan saya rasa tidak akan pernah sampai-sampai ke penghujung sana.

Sang pujangga berkata kepada gadisnya “Oh kekasih! cintaku padamu tidak pernah bertepi,bagai lautan” Saya kata itu pembohongan semata. Cinta sesama manusia pasti ada limitasi. Kalau cinta punya pasang surut bagai air laut, itu boleh diterima pakai.

Saya merenung seorang anak muda yang sedang leka bermain pasir sendirian. Dia tersenyum memandang saya. Mungkin benar, dalam diri seorang lelaki, terperangkap jiwa keanak-anakan di dalamnya. Entah! Mungkin lelaki sahaja yang ada jawapannya. Dan, saya melihat lelaki yang menikahi saya; beria-ria dia mau mengajak saya bermain jet ski. Setelah puas berkompromi, akhirnya saya bersetuju mengikut dia menaiki bot berpusing-pusing keliling pantai.

Saya melihat gelagat manusia yang pelbagai. Seorang lagi anak muda sedang menimbus pasir di atas kaki pasangannya. Di permukaan air yang kemasinan itu, ada pasangan mandi sambil mesra berpelukan tanpa merasa sedikit malu pun.

Dan, saya pasti laut tidak lagi berwarna biru. Kelabu dan kehitam-hitaman mungkin.

Ah! Akhirnya saya berpaling. Sebelum hati saya menjadi lebih sebal. Saya lebih rela melihat anak-anak kecil bermain pasir. Mereka sangat comel dan suci. Saya sekadar menjadi pemerhati. Memerhati indah ciptaan Tuhan dan memerhati gelagat manusia yang mengaku hambaNya, sambil mencatat sesuatu dalam buku nota kecil saya. Sejak saya menulis secara fiktif di jurnal bernama blog, saya membawanya ke mana-mana sahaja saya pergi.

Kemudian, saya menghabiskan seperempat lagi bacaan saya, “Kuroi Ame(Black Rain)”(diterjemahkan ke Bahasa Malaysia sebagai “Hujan Hitam”) hasil karya Masuji Ibuse; salah sebuah buku pemberian Taf Teh (yang sudah menutup blog dan menulis buku ha!ha!). Tahniah untuk dia.

Saya hanya mampu, menikmati pemandangan indah ciptaan Tuhan. Mahu turun bermain air, rasanya keadaan kesihatan belum mengizinkan.

Saya sekadar ingin berkongsi apa yang saya lihat di sini dan selebihnya di sini. Saya membuka blog baru, menggantikan akaun Flickr yang akan dipadam tidak lama lagi. Segala foto-foto yang tersimpan di sana akan dipindahkan ke blogspot.

Pantai Teluk Kemang
11 April 2009

Ulasan

SHIMI berkata…
Salam kak,
lama juga saya tidak kesana (teluk kemang)

pantai memberikan inspirasi yang bermacam pada kita manusia. Kadang2 disitu satu keputusan penting dibuat dan mungkin juga satu kenangan pahit berlaku

sekali ombak memukul, sekali pantai berubah
Nizam.Ariff berkata…
Hujan satu pantai Barat tapi akak dapat cahaya terang... hmmm akak ada 'baca' apa-apa ke? hehehe
ckLah @xiiinam berkata…
ckLah pun alergik dengan laut....
asal tengok laut je....mesti nak buat sajak...
he...he...he...
rozais al-anamy berkata…
Salam ziarah, Teratai.
Laut dan ombak tak dapat dipisahkan
namun ombak yang sama menyapa kaki di pantai sini
juga mencumbui pantai seberang sana, bukan?
Ungku Nor berkata…
last akak p PD masa carik cengkerang dulu.

lama dah tak ke sana..huhuuu
Kenanga Biru berkata…
apa pendapat kamu tentang buku hujan hitam itu. dengar citer, karya itu telah memenangi pelbagai awards.
mugiwara berkata…
sonoknye bercuti...
selain pantai...saya juga suka pada hutan, bukit, gunung ganang...
pendek kata, saya suka alam semulajadi~
tenang jiwa.
kad0k. berkata…
lama sungguh x pergi pantai kak..sy x suka pantai sebenarnya walaupon ia ubat penghilang stress..:)
addyaholix berkata…
saya suka laut. cuma kadang-kadang laut buat saya takut. airnya yang kadang tenang kadang menggila buat saya fikir ada sesuatu di dalam sana yang cuma menunggu untuk terkam saya. pelik kan. haha!

bercuti ke kak?
Rajuna berkata…
indahnya hidup berpasangan

chais!
A t i Q a h berkata…
Woah. Honeymoon yeh. ;D
ubilepih berkata…
liliair,saya cadangkan kalau ada kelapangan dan rezeki cuba2 lah melancong ke Tioman,Perhentiam atau Redang...cantik tempat tu.Insy puan tak akan kecewa di sana
sinaganaga berkata…
Dek, Black Rain by Masuji Ibuse aku dah pernah baca, tapi dah lupa... eh, tu cerita pasal bom atom tu kan?
Lily Abdullah berkata…
Bang Naga,
Yup,itulah ceritanya. ceritapasal bom atom di Hiroshima. Dan betapa kejamnya perang!

Encik Ubi,
Insyaallah,jika dimurahkan rezeki. Jangan ber'puan' dengan saya. Saya segan haha!

Tiqah,
Honeymoon? Ye..ye..naik motor dari Bangi tu dik oii! haha!

Juna,
Ko bila lagi dik? Ada yang tak indah,kita diam2kan ajalah hehe..

Addy,
Takut hantu air ke?haha!

Kadok,
Abih tu,suka apa? Air terjun,atau hutan..

Mugi,
Woo..sama le kita.Jom gi deting haha!

Nik,
Belum abis baca lagi,nanti saya rebiu spesel untuk awak hehe.

Alak, masa lalu kat Seromban tu,teringat kat akak. Ingat nak call, tapi hujan lebat gila hari tu. Lain kali boleh tak nak g umah akak hehe..

Rozais,
Salam kenal. Ya,begitulah sifat ombak. :)

Kak Lah,
Dah banyak sangat orang tulis pasal laut. Saya kelu kata-kata,bila melihat laut hehehe..

Nizam,
Baca?baca apa? Baca "Bismillah" aja hahaha!

Shimi,
Ya,betul tu. Sesekali ombak menghempas,pantai pun bertukar rupa,suhu dan udaranya :)


pst..pst..Tasik pasal ko tak komen entri ni hahaha!

T/kasih untuk 'silent readers'!
tasekM berkata…
kejap. aku rasa aku dh komen semalam. mana pulak hilang ni kak?

hehehehehe....

ah! kamu... dalam sakit2 sempat lagi beronggeng segala. aku yg sehat ni haram tak ke mana haih~

aku jeles ok. he he...
ubilepih berkata…
oppssss.. blum puan!!! maaf

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...