Saya cuma mahu tersenyum sahaja, apabila terbaca akhbar NST hari ini. Malas, mahu komen panjang lebar. Sekadar mahu bertanya “Dato’-datin, Tan Sri-puan sri (atau mana-mana pak menteri atau pegawai-pegawai berkenaan) apakah kerana kami kurang upaya, kami tidak berhak menikmati hidup?” Apakah perlu, kami borosi hidup kami yang singkat dan terbatas ini dengan tangisan untuk seumur hidup? Dan ustaz-ustazah, apakah kami sahaja yang perlu berzikir dan berada di tikar solat dua puluh empat jam? Apakah kami sangat buta agama, jika berkeinganan seperti manusia lain selayaknya?
Baca sini.
Dan puak-juak suratkhbar tulisan/berbahasa Melayu serta tivi, sudikah kalian ketengahkan isu-isu begini? Dan sepekara lagi, buletin-buletin dari parti pembangkang juga.(Jangan lupa, undi kami juga anda tagih). NGO-NGO, kenapa senyap sepi tidak bersuara?
Baca sini.
Dan puak-juak suratkhbar tulisan/berbahasa Melayu serta tivi, sudikah kalian ketengahkan isu-isu begini? Dan sepekara lagi, buletin-buletin dari parti pembangkang juga.(Jangan lupa, undi kami juga anda tagih). NGO-NGO, kenapa senyap sepi tidak bersuara?
Ulasan
kadangkadang ada hujan.
atau mungkin mereka sudah merasa kemudian sudah lupa perasaan sebegitu.
hati jadi keras.
lupa semuanya cuma pinjaman...
Aku akan dedikasi itu nanti kpd mereka-mereka (secara umum) sempena entry akak yang ni...
Sepatutnya, kita perlu tambah keceriaan bukan menjadikan keceriaan itu satu 'dosa' yang amat besar sehingga boleh dihukum sebegitu!
Aku tak salahkan mereka yang menjadi ejen, aku salahkan orang yang membuat keputusan untuk dilaksanakan oleh ejen-ejen ini.
AKU MENYAMPAH!
Itu namanya nak tolong tapi tak tolong. Dia benarkan untuk terus hidup tapi hidup dalam kebosanan.
Dengan kata lain, itu satu penyeksaan (kala ini, aku terbayangkan mereka itu ketawa mengejek kerana puas menyeksa orang yang kekurangan).
Dengan kata lain, ada satu makhluk akhir zaman je yang perangai macam ni. Cuma pada masa ni, dia datang bawak RM200 di tangan kanan dan Astro di tangan kiri, kemudian dia suruh pilih salah satu je...cis!
Mungkin depa-depa nih nak kena merasa jadi orang OKU baru terbuka minda kot
ini kerana masyarakat kita memang suka hidup ber-kroni.
kenapa perlu double standard nih...? haih~
.
"HUH!"
Memang "HUH!"
pssst: TiQah, ckLah pun pernah mimpi berpasangan dengan Waterlily mengacarakan sebuah Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah.....apa makna nya ye...?
Salam ziarah.
Kenapa mereka tak kata "barangsiapa ada tandas di rumah, maka bantuan ditarik balik."
Begitulah lumrah manusia yang tak pernah ada empati.
Ko baca akhbar,Sharizat kata syarat akan dikaji semula(termasuk orang miskin yang ada kereta,pun akan dipertimbangkan umtuk bantuan. Kaya bebenor kjaan gamaknya. Pada aku,cadangan tu baik,tapi tengok by case la. Jangan main borong semua.
En. Tajudin,
Mudah-mudahan.Ameen!
wahyudimy,
Dunia memang plastik. Telankan sahaja,kita cuma mentimun masakan terlawan dengan durian.
Amal,
Belum berkesempatan melawat rumah awak,doktor sudah warning, saya hnaya boleh mengadap komputer dalam jam yang paling minima. Keadaan kesihatan,tidak begitu mengizinkan. :)
addy,
Entahlah siapa yang membezakan,mungkin tangan yang memberi itu merasa dirinya cukup besar,dan yang memerlukan bantuan cukup hina.
Cikgu,
Baca la,bila sampai time berita politik yang memualkan berhenti sebelum hang termuntah haha!
Me,
Apakan daya,itulah nasib orang minoriti.
Rozais,
Entah la,masih wujud benda2 camtu. Dulu2 waktu saya memohon biasiswa sekolah,cikgu kata,"Ala,kamu dua beradik saja. Takkan bapa tak mampu." Sedangkan kawan-kawan saya(yang keluraga berkemapuan,dapat kerana adik beradik ramai;bapa tak mampu konon,tapi anak-anak belanja KFC dari duit biasiswa untuk kawan2 mereka)
Itulah,pihak berkuasa patut tgk by case;bukan main borong segala.
Mungkin,mengikut pengalaman saya yang datang dari keluarga tidak ada2 ini,kadang kala saudara mara sedekahkan kami tv,peti ais terpakai dll.
Lan,
Katanya akan dikaji semula,biasalah dah menteri campurtgn. Kalau tiada campurtgn menteri,agak2 tak boleh fikir kut pegawai2 tu.
Alina
Doa-doakan bila kita mendapat nikmat,jgn jadi macam mereka :)
Amalina,
Apa lagi mau dikata Amal,hanya kitalah yang mengerti sesama kita.
Mugi,
Lupa, boleh dimaafkan. Sengaja buat2 lupa tu yang payah.
atiqah
Sampai termimpi2 akak. Ko biar betul dik,apalah istimewanya kak lily sampai termimpi nih hehe..
Yanaz
Mudah-mudahan,kita tidak begitu
Nizam,
Panjangnya komen ko dik haha!Berapi-api lagi. Apakan daya,marah kat blog ja la kita ni.
Shimi
Kalau OKU pun,yang berasal kelaurga senang,tak banyak masalah/cabaran. Akak pernah mengajar anak bekas menteri dari MCA,tgk dia datang sekolah dengan van maha canggih,ditemani driver dan pembantu Indon bersilih ganti. Yang tak ada2 ni lah,yang selalu merasa ditindas.
Purp
Sesekali beleklah,tinggalkan berita ampu-mengampu yang memualkan. Pilih yang boleh dicerna minda :)
Zambri,
Sungguh tv/astro tu melalikan. Terpulang individu,dia mahu dulukan hiburan atau tggjawab kepada Tuhan.
Nik,
Kroni? Tak payah cakaplah. Kerana kronisme,salah satu sebab jabatan kerajaan menjadi lemah/lembab. Tinggal hanya yg mahu kerja untuk gaji, bukan ynag benar2 ingin berbakti.
Encik Ubi,
Entahlah,tapi itulah hakikat yang ditempohi marhain macam kita,
Aie,
Bagimana kamu dapat membantu dan bagimana akak dapat membantu kamu. Mau tulis cerita pasal EPC(Elaun pekerja cacat).Ada kawan2 akak,yang dah lama memohon,tapi tak dapat2. Tapi susah,nak pujuk mereka interview,takut cari pasal dengan pegawai JKM kata mereka.
Tasik,
Cuba ko tanya KG ko, Najik Rajak hahaha!
Kak Lah,
Apa hal yang termimpikan saya pulak ni...oh..saya tak boleh cakap kat pentas, gigil saya haha!
Macm Kak Lah, dalam blog memang peramah siap tepuk tampar lagi. Kat luar saya pemalu.
Sugguh! haha!
T/kasih.
Jika betul2 kamu nak ketengahkan isu ini,akak ada kawan yang sangat petah. Namanya Muha Aziz. Tengok blog, Anak Pak AZiz. Dia berani dan lantang bersuara. Tapi untuk masa terdekat ni,mungkin tak dapat sebab dia masuk hospital. Brain cancer dia dah bertambah terok.
saya pun marah bila dengar berita nih...