Langkau ke kandungan utama

Huh!

Saya cuma mahu tersenyum sahaja, apabila terbaca akhbar NST hari ini. Malas, mahu komen panjang lebar. Sekadar mahu bertanya “Dato’-datin, Tan Sri-puan sri (atau mana-mana pak menteri atau pegawai-pegawai berkenaan) apakah kerana kami kurang upaya, kami tidak berhak menikmati hidup?” Apakah perlu, kami borosi hidup kami yang singkat dan terbatas ini dengan tangisan untuk seumur hidup? Dan ustaz-ustazah, apakah kami sahaja yang perlu berzikir dan berada di tikar solat dua puluh empat jam? Apakah kami sangat buta agama, jika berkeinganan seperti manusia lain selayaknya?

Baca sini.

Dan puak-juak suratkhbar tulisan/berbahasa Melayu serta tivi, sudikah kalian ketengahkan isu-isu begini? Dan sepekara lagi, buletin-buletin dari parti pembangkang juga.(Jangan lupa, undi kami juga anda tagih). NGO-NGO, kenapa senyap sepi tidak bersuara?

Ulasan

saad berkata…
sungguh tidak patut. bagai dikata, mungkin jiran2 yang menghadiahkan set tersebut
Lan Bingka berkata…
harus dikaji semula...sungguh tak patut
hegira berkata…
entahlah mereka ini bila rumah mereka terlalu berhawa dingin, mereka lupa panas mentari di luar.

kadangkadang ada hujan.
mugiwara berkata…
mereka belum rasa...
atau mungkin mereka sudah merasa kemudian sudah lupa perasaan sebegitu.
hati jadi keras.
lupa semuanya cuma pinjaman...
Amalina berkata…
omg... alasan dia sgtla ridiculous
A t i Q a h berkata…
Tak tipu. Tidur tengah hari saya tadi, saya mimpikan akak. Kita duduk tengok tivi. Tapi tak pasti la pula Astero atau tivi biasa. Huhuhu.
Nizam.Ariff berkata…
"Tolonglah, lepaskan aku ke dunia..."

Aku akan dedikasi itu nanti kpd mereka-mereka (secara umum) sempena entry akak yang ni...

Sepatutnya, kita perlu tambah keceriaan bukan menjadikan keceriaan itu satu 'dosa' yang amat besar sehingga boleh dihukum sebegitu!

Aku tak salahkan mereka yang menjadi ejen, aku salahkan orang yang membuat keputusan untuk dilaksanakan oleh ejen-ejen ini.

AKU MENYAMPAH!

Itu namanya nak tolong tapi tak tolong. Dia benarkan untuk terus hidup tapi hidup dalam kebosanan.

Dengan kata lain, itu satu penyeksaan (kala ini, aku terbayangkan mereka itu ketawa mengejek kerana puas menyeksa orang yang kekurangan).

Dengan kata lain, ada satu makhluk akhir zaman je yang perangai macam ni. Cuma pada masa ni, dia datang bawak RM200 di tangan kanan dan Astro di tangan kiri, kemudian dia suruh pilih salah satu je...cis!
S.YanaZ berkata…
"Mereka" akan sentiasa lupaaa...
SHIMI berkata…
letih la la kak dengan ragam orang yang ada-ada kedudukan di Malaysia nih.

Mungkin depa-depa nih nak kena merasa jadi orang OKU baru terbuka minda kot
Owh. Saya sudah lama tidak membaca akhbar arus perdana.
boe~ berkata…
diorg ni akal sempit. rm200 bukan bnyk. kalau bg je pun tak luak mana duit kerajaan kalau nak dibandingkan dgn pembaziran yg dilakukan oleh mereka. rm200 pun mau kira ka...? mgkn benar tv dan astro itu boleh melalaikan. tapi bukan isu 'kelalaian' yg mereka gunakan sebagai alasan, tetapi mereka fikir kalau ada tv dan astro, mereka kira dh mewah. oi org yg berkenaan, mat bangla yg duduk mcm sardin kat rumah kedai pun ada tv la..
Kenanga Biru berkata…
pada aku, tentang ketidakperihatinan atau sikap dounble standard ini dah lama terjadi dalam masyarakat. kita akan selamat hanya bila berada dalam golongan 'kroni'

ini kerana masyarakat kita memang suka hidup ber-kroni.
ubilepih berkata…
sis mereka ini kurang upaya akal dan budi,dah tak layak jadi manusia.
AieSha berkata…
akak kena bantu saya ketengahkan isu ini. bantu saya kak!
tasekM berkata…
bangang!

kenapa perlu double standard nih...? haih~



.
ckLah @xiiinam berkata…
cikLah pun nak kata;


"HUH!"



Memang "HUH!"






pssst: TiQah, ckLah pun pernah mimpi berpasangan dengan Waterlily mengacarakan sebuah Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan di sekolah.....apa makna nya ye...?
rozais al-anamy berkata…
Kiambang,
Salam ziarah.
Kenapa mereka tak kata "barangsiapa ada tandas di rumah, maka bantuan ditarik balik."

Begitulah lumrah manusia yang tak pernah ada empati.
Tanpa Nama berkata…
veryy derr larr diaorang kan kanns..
Cikgooden berkata…
lama tak baca paper..
addyaholix berkata…
pada Dia, kita semua sama. langsung tiada beza. jadi siapa kita untuk membezakan sesama kita?
akmaliz@r berkata…
hi..wlily...saya sukerr ade persamman. baca blog awak..rasenye ade persamaan..saya peminat sastera..amt jth cinta ngan sastera..mujur ade org2 spt ini...salam...
w berkata…
Haih. plastiknya dunia. Tapi, demikianlah.
tajudin berkata…
Moga Allah melimpahkan rahmat yang berpanjangan dari dunia sampai akhirat kepada kita semua dan tidak menjadikan kita manusia yang hipokrit, talam dua muka, kelingking berkait dsb.
Pa'chik berkata…
pekerja welper ni... ada gak yang songlap duit bantuan... amek duit penerima bantuan yang dah mati... hohoho...
Lily Abdullah berkata…
Susahlah pakcik aku nak komen pasai ni, kang cakap lebih2 ISa,AKTA HASUTAN,AKTA pelinkup orang terinaya. dll.

Ko baca akhbar,Sharizat kata syarat akan dikaji semula(termasuk orang miskin yang ada kereta,pun akan dipertimbangkan umtuk bantuan. Kaya bebenor kjaan gamaknya. Pada aku,cadangan tu baik,tapi tengok by case la. Jangan main borong semua.

En. Tajudin,
Mudah-mudahan.Ameen!

wahyudimy,
Dunia memang plastik. Telankan sahaja,kita cuma mentimun masakan terlawan dengan durian.

Amal,
Belum berkesempatan melawat rumah awak,doktor sudah warning, saya hnaya boleh mengadap komputer dalam jam yang paling minima. Keadaan kesihatan,tidak begitu mengizinkan. :)

addy,
Entahlah siapa yang membezakan,mungkin tangan yang memberi itu merasa dirinya cukup besar,dan yang memerlukan bantuan cukup hina.

Cikgu,
Baca la,bila sampai time berita politik yang memualkan berhenti sebelum hang termuntah haha!

Me,
Apakan daya,itulah nasib orang minoriti.

Rozais,
Entah la,masih wujud benda2 camtu. Dulu2 waktu saya memohon biasiswa sekolah,cikgu kata,"Ala,kamu dua beradik saja. Takkan bapa tak mampu." Sedangkan kawan-kawan saya(yang keluraga berkemapuan,dapat kerana adik beradik ramai;bapa tak mampu konon,tapi anak-anak belanja KFC dari duit biasiswa untuk kawan2 mereka)

Itulah,pihak berkuasa patut tgk by case;bukan main borong segala.
Lily Abdullah berkata…
Encik Saad,
Mungkin,mengikut pengalaman saya yang datang dari keluarga tidak ada2 ini,kadang kala saudara mara sedekahkan kami tv,peti ais terpakai dll.

Lan,
Katanya akan dikaji semula,biasalah dah menteri campurtgn. Kalau tiada campurtgn menteri,agak2 tak boleh fikir kut pegawai2 tu.

Alina
Doa-doakan bila kita mendapat nikmat,jgn jadi macam mereka :)

Amalina,
Apa lagi mau dikata Amal,hanya kitalah yang mengerti sesama kita.

Mugi,
Lupa, boleh dimaafkan. Sengaja buat2 lupa tu yang payah.

atiqah
Sampai termimpi2 akak. Ko biar betul dik,apalah istimewanya kak lily sampai termimpi nih hehe..

Yanaz
Mudah-mudahan,kita tidak begitu

Nizam,
Panjangnya komen ko dik haha!Berapi-api lagi. Apakan daya,marah kat blog ja la kita ni.

Shimi
Kalau OKU pun,yang berasal kelaurga senang,tak banyak masalah/cabaran. Akak pernah mengajar anak bekas menteri dari MCA,tgk dia datang sekolah dengan van maha canggih,ditemani driver dan pembantu Indon bersilih ganti. Yang tak ada2 ni lah,yang selalu merasa ditindas.


Purp
Sesekali beleklah,tinggalkan berita ampu-mengampu yang memualkan. Pilih yang boleh dicerna minda :)

Zambri,
Sungguh tv/astro tu melalikan. Terpulang individu,dia mahu dulukan hiburan atau tggjawab kepada Tuhan.


Nik,
Kroni? Tak payah cakaplah. Kerana kronisme,salah satu sebab jabatan kerajaan menjadi lemah/lembab. Tinggal hanya yg mahu kerja untuk gaji, bukan ynag benar2 ingin berbakti.

Encik Ubi,
Entahlah,tapi itulah hakikat yang ditempohi marhain macam kita,

Aie,
Bagimana kamu dapat membantu dan bagimana akak dapat membantu kamu. Mau tulis cerita pasal EPC(Elaun pekerja cacat).Ada kawan2 akak,yang dah lama memohon,tapi tak dapat2. Tapi susah,nak pujuk mereka interview,takut cari pasal dengan pegawai JKM kata mereka.


Tasik,
Cuba ko tanya KG ko, Najik Rajak hahaha!


Kak Lah,
Apa hal yang termimpikan saya pulak ni...oh..saya tak boleh cakap kat pentas, gigil saya haha!
Macm Kak Lah, dalam blog memang peramah siap tepuk tampar lagi. Kat luar saya pemalu.

Sugguh! haha!

T/kasih.
Lily Abdullah berkata…
Untuk Aie,
Jika betul2 kamu nak ketengahkan isu ini,akak ada kawan yang sangat petah. Namanya Muha Aziz. Tengok blog, Anak Pak AZiz. Dia berani dan lantang bersuara. Tapi untuk masa terdekat ni,mungkin tak dapat sebab dia masuk hospital. Brain cancer dia dah bertambah terok.
zizie ali berkata…
makanya, rakyat malaya patut nikmati astro dengan percuma. depa dah kaya dengan duit iklan.
kad0k. berkata…
begitu lah lagak MEREKA kak..memang begitu. haihhh!!!
a.b geldofg berkata…
NGO2 tgh lena tu...bru lepas kutip drma
13may berkata…
memang tak patut!

saya pun marah bila dengar berita nih...

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam