Langkau ke kandungan utama

Hari-hari yang dalam kesakitan yang teramat sangat, aku terpaksa berhenti menulis untuk beberapa ketika dan aku tiba-tiba teringat menulis juga adalah


Hari-hari yang dalam kesakitan yang teramat sangat, aku terpaksa berhenti menulis untuk beberapa ketika dan aku tiba-tiba teringat menulis juga adalah terapi kepada kesakitan.

Ya. Hari itu tanggal dua puluh empat March, kami ke HKL. Dan misi-misi comel, tidak menarik perhatian aku okay!(Mungkin menarik perhatian lelaki yang sudi membawa aku dalam hujan yang begitu lebat menggila) Ah! Sukahatinya, aku tiada kuasa melarang matanya daripada memandang misi-misi cantik lagi ayu itu.

Dan doktor berkata ubat-ubatan secara oral tidak lagi memberi menafaat padaku. Dia mula mengurangkan dos segala mak nenek ubat-ubatan yang diberikan sebelumnya. (Dan dia tidak tahu, aku terlebih dahulu mengurangkan dos tesebut berdasarkan kepakaran dan pengalaman aku sebagai pesakit Spasmodic Tortillis. Jangan ditanya aku tentang penyakit itu dan nama saintifiknya yang entah betul entah salah ejaannya. Aku pasti ia lebih menyakitkan dari sakit gigi, sakit kepala atau cirit-birit.

Hingga mahu sujud mengadap Tuhan pun sakitnya amat, apatah lagi hendak mengadap pc macam selalu-selalu.

Puan doktor berbangsa Tionghua itu berkata “Saya cadangkan awak mengambil Botox.” Bukan pertama kali aku mendengar saranan tersebut.

“Botox?”

Yay! Aku akan kembali muda remaja macam kak Nita Serawakian. Ha! Ha!

Hari-hari yang dalam kesakitan yang teramat sangat, aku terpaksa berhenti menulis untuk beberapa ketika dan aku tiba-tiba teringat menulis juga adalah terapi kepada kesakitan.
Alhamdulillah, hari ini aku rasa lebih sihat.

Ps: Mohon maaf, komentar kalian akan dijawab bila aku sihat sepenuhnya.

Ulasan

a.b geldofg berkata…
tmpat jatuh lagikan dikenang
Tanpa Nama berkata…
betul, menulis itu juga terapi..
kad0k. berkata…
botok tang sana..botok tang sini..akak cepat2 sembuh ye..:)
ubilepih berkata…
semoga,cepat sembuh...sakit itu satu kifarah mengapus dosa2 kecil.
Nizam.Ariff berkata…
Botox?

Ooo.. ada kegunaan lain rupanya...
SHIMI berkata…
rehat bila perlu.
semoga cepat sembuh ye kak..
ckLah @xiiinam berkata…
Doaku mengiringimu Mar...




Encik Razak...
Jaga dia baik-baik ye.....
tasekM berkata…
tak botox pun kamu dh cantik kak. :)

doa aku moga kamu cepat sembuh. kalau tidak macam mana kita nk mabuk2 kopi di pesta buku nanti.



.
mugiwara berkata…
doktor pun boleh bg cadangan cmtu?
bahaya doktor2 skrg ni...

saya pun nk ke pesta buku kak tasik!!!
tp boleh pegi hari ahad saja lah~
didoakan moga sembuh dengan segera ... Tuhan lebih mengetahui
addyaholix berkata…
ya. menulis juga terapi terbaik buat manusia yang hidup diliputi aksara-aksara asing yang dicantum-cantum.

dan moga kamu selalu peroleh kesihatan yang baik. doa saya selalu buat kamu kak. ya, moga cepat sembuh segala. dan moga kamu terus kuat!
hegira berkata…
saya doa akak sembuh. saya doa akak sihat.

saya doa akak happy.

happy.
Nafastari berkata…
Semoga cepat baik. Syafaakillah.
tajudin berkata…
cuba gunakan tangan yang satu lagi (tangan yang sihat), taip satu-satu pun tak pe...
Ck berkata…
sabar kak............
Artozy berkata…
aku juga dalam sakit. yang amat.
AieSha berkata…
tuhan ada untuk membantu akak...
Kay berkata…
Janji Allah dalam sabda Rasulullah SAW,
"Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya."
(Hadis Riwayat Bukhari)
Semoga kita semua sentiasa bersabar, mengingati Allah dan berdoa selalu di dalam menghadapi apa saja bentuk ujian yang mendatang.
PERCAYALAH sesungguhnya Allah menyayangimu…

take very good care!
The Purple Cat berkata…
Take care, waterlily...sedih sangat-sangat apabila saya terbaca entry ni. Semoga Allah meringankan penderitaan waterlily. Supaya sembuh sihat walafiat. Amin.
Wolfis Black berkata…
semoga cepat sembuh
tasekM berkata…
mana ko hilang lama ni kak? dah sihat blom nih...?



.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...