Langkau ke kandungan utama

Tuhan halalkannya untuk kita

Imej
........

Usai sahaja akad, kita jarang sekali bersetuju tentang apa pun. Tapi entah tali-temali apa yang masih mengikat kita sampai kini.

November, bulan dingin nan indah.
Bulan mengikat janji
Bulan mengikat cinta
Terima kasih Tuhan
Kami terikat kerana limpah rahmanMu

........
Nothin' lasts forever
And we both know hearts can change
And it's hard to hold a candle
In the cold November rain

Ulasan

A t i Q a h berkata…
Anniversary ke kak? Huhu.
Kemat berkata…
Doa kami ianya berkekalan.
tulip berkata…
happy anniversary kak...
rudy bluehikari berkata…
tahniah. mg kekal akhir hayat.
Ck berkata…
happy anniversary kak lily.........semoga bahagia .........insyaallah
Cikgooden berkata…
pegang la janji......
Lily Abdullah berkata…
Cik Lah,
Bahasa Arab ke tu? Saya tak faham. Apa2 pun terima kasih kerana mendoakan kami.

Cikgu,
Sentiasa,cuma kadang kala terlepas kata. Adat berumahtangga :)

Emely,
T/kasih.Mudah2an,insyaallah.

Rudy san
T/kasih. Semoga kekal sampai ke syurga :)

Tulip,
Terima kasih.

Kemat,
Moga begitu juga cik Kemat dan awek che'gu :)

Tiqah,
Bila ketemu sesorang nanti,jgn terlalu menggunung harapan padanya. Ye..ye..annversary(malangnya abangmu hanya ingat bil2 dan tarif):D

T/kasih yang memberi ucap selamat.
Amiene Rev berkata…
Everlasting love!
achik berkata…
hepi eniveseri kak lily :)
Amyz! berkata…
indahnya tali yang mengikat itu walaupun seribu rintangan menderu.

tahniah. selamat ulangtahun perkahwinan.

dan saya percaya, tidak bersetuju dengan apa saja juga indah.. :-)
dugongsenyum berkata…
hepi aniversary kak Waterlily!

wah wah.. lagu Gun & Roses tu memang kegemaran saya tu.
cakapaje berkata…
Salam WL,

Out-of-topic ye: 29Nov, bloggers bertemu semula di The Curve, Damansara. Kalau free, join ye. Details kat blog saya.

ps. Pertemuan ini terbuka kepada semua. Tapi, sendiri makan, sendiri bayar ye :)
Bunga Rampai berkata…
Semoga terus kekal dalam ikatan kasih. Semoga terus dicahayai kebahagiaan. Semoga Allah merahmati kalian berdua.

Salam :)
Lily Abdullah berkata…
Bunga Rampai,
Semoga.T/kasih kerana mendoakan kami :)

Shah,
Maaf saya tiada kesempatan untuk itu.T/kasih atas jemputan. Mungkn lain ketika.

En Basri,
Teima kasih. Lagu itu sangat indah.Sekadar mengingatkan kita ttg perhubungan sesama insan punyai had tertentu. :)

Amyz,
Betul tu, kesakitan yang indah selagi ada ruang untuk memahami,menerima dan memaafkan. :)

Achik,
T/kasih. :)

Amiene,
Everlasting love? may be hahahaha! I pray for it every moment.:)

Terima kasih teman-teman maya saya.
Anonymous berkata…
Tuhan Temukan, Tuhan Halalkan, Tuhan Tentukan.

Yang terbaik, yang terindah dan yang ditakdirkan.

Selamat Ulangtahun.

Moga hari ini adalah yang lebih baik dari semalam dan moga hari esok adalah harapan.
kad0k. berkata…
kita berkongsi bulan ulangtahun yang sama..semoga ikatan itu kekal berpanjangan..insya-allah..:)
Yana Ismail berkata…
happy anniversary kak lily;)

moga berkekalan hingga akhir hayat..;)
Unknown berkata…
slamat ulang tahun......he hehe, sikit2 tak setuju tu biaselah kak he he he, orang lelaki nie kadang2 pelik sikit itu care die nak bermanje2....wakakaka
tasekM berkata…
hepi anniversary kak.

bulan ni befday MC juga.
en_me berkata…
ammvoiii akak ittewww.. moga moga berkekalan yerrr..
MDM FARAH FAIZURA berkata…
owh,
nama saya naik lagi
:-)
Lily Abdullah berkata…
Oh..nama cik din memang 'cool' :)

So sweet,apa ke benda yang manis sangat ni Bayan hahaha!

Me,
Amboi..terima kasih le Me.

Tasik,
Terima kasih dan sama2 kasih. Ko hantar le lesung batu kat aku sebijik sebagai hadiah atau toyota alphad ka.Err..doa tutup tv pun boleh hahaha!

Liyana,
Thanks. Moga ketemu jodohya yang baik2.:)

Po,
Wo..teruja saya dengan komentar po. T/kasih.
Lily Abdullah berkata…
Untuk kadok dan kekasih,
Selamat berulang tahun juga.

t/kasih.

ps:kekasih kamu baca ke blog akak ni.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam