Langkau ke kandungan utama

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui


I. Oktober dua puluh lima

Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin.

II. September dua puluh lapan

Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge. Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti selalu. Seluruh badan saya sakit dan kejang. Saya terlupa mengambil ubat-ubatan saya. Namun semua kesakitan seakan hilang apabila melihat Khadijah dan suami datang menjemput saya.

Saya pulang untuk menyiapkan tugasan saya. Melawat emak dan Khadijah. Pelbagai cerita yang saya dengar tentang perkembangan di kampung yang terpencil dari kemajuan tapi semakin glokal dan cerita tidak enak tentang keruntuhan moral manusia. Bukan cerita selipar hilang dari masjid; tapi cerita jiran-jiran menjual air daun ketum. Juga cerita tentang kabel/wayar telefon yang terpaksa dipasang di bawah tanah. Jika di atas pasangnya, alamat siang pasang, malam dikerat. Macam-macam.

“Kampung kita sudah glokal” kata Khadijah. “Yang tua-tua, pengunjung surau bersama allahyarham abah, telah tiada.”

Saya melihat surau itu sepi kecuali waktu Maghrib dan Isya’ yang jemaahnya beberapa kerat cuma. Tiba-tiba hati jadi sebak. Terbayang-bayang di mata bagaimana allahyarham abah mengayuh basikal ke situ.

Emak sudah tua. Kadang kala sangat sensitive. Emak kita sudah tua Khadijah! Sama-samalah kita menjaga hatinya. Menjaga kebajikannya. Selepas abah pergi kita seharusnya memahami kesepian hatinya. Dia cuma punya kita Khadijah! Sabar. Perkataan senang disebut dieja, tetapi tidak mudah dipraktikkan.

III. November satu

Paginya, saya naiki bas jam sebelas. Saya menelan ubat-ubatan saya dan tertidur sepanjang perjalanan. Saya fikir-fkir mau mengajak dia ke Maskara Shorties.

Saya sampai di rumah dalam keadaan yang amat letih. Hati masih mahu pergi Maskara Shorties. Rupanya jam delapan baru terpisat-pisat bangun.

“Nasib baik, tak pergi. Jika tak, awak tertidur atas motor sape susah” dia

Hari ini saya ponteng kelas pula. Sangat sakit. Sangat penat. Tapi saya rindu untuk mencoret-coret sesuatu. Di laman rumah saya. Dan menconteng-conteng sepatah dua di dinding rumah kalian. Rakan-rakan maya yang saya hormati.

Ulasan

Cikgooden berkata…
yey...kakak aku dah balik...deng deng deng...

Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge. Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat<---tahap ke berapa kak?..ha ha ha.

moga cepat sembuh. Dan, jangan terlupa lagi utk makan ubat.

aku bangga jadi org pertama komen sini..
achik berkata…
bestnya sawah.. teringin nak merasa turun bendang..

mak saya pun makin lama makin sensitif skang ni.. huhuhu..
Ck berkata…
seronok kan kak pulang kekampung............sambil update cerita org kampung.
SHIMI berkata…
Salam dan selamat kembali ke dunia kita ini. Rindu coretan kak Lily.
A t i Q a h berkata…
Wah. Lama gak akak balik kampung ye. Huhu. Rehat ye kak. ;)
Ungku Nor berkata…
kalau awak tertidur atas motor..ehehehe..

dia la yang susaaahhh!!
Anonymous berkata…
seharusnya sawah bendang itu menjadi inspirasi.

..dan menjadi pengingat yang amat setia.

kan?
ckLah @xiiinam berkata…
...ada yang menyentuh rasa saat saya menghayati entry ini.......




Selamat kembali WLiliy.....

ckLah dah intai-intai residansi Mar masa berkunjung ke Bandar Baru Bangi....Tiqah kata di situ!
kad0k. berkata…
saya pon dah lama x balik kg..rindu rasanya...mingu depan balik la...:)

selamat kembali kak..
Selamat kembali kak.

September atau Oktober?

Apapun ya, berjiwa... :)
tasekM berkata…
aku pun dah lama tak pergi MASKARA.

weh kak... next MASKARA kita pergi ok.... :)





.
along berkata…
tenang dan damai..tengok pemandangan sawah tu,,
Lily Abdullah berkata…
Along,
Betul tu, udaranya segar amat.:)

Tasik,
Aku memang frust tak dapat pergi Shorties tu..mungkin lain waktu.

Purp,
Salah bulan hahah! Terima kasih sebab memberitahu. Gitulah update kadar segera & dalam keadaan letih.

Kadok,
Balik jangan tak balik hehehe..

Cik Lah,
Dah tau jgn intai2 aja. Singgah aja la. Minta no phone saya ngan Tiqah. :)

Po,
Saya asal tepi sawah,tapi jarang turun ke sana. Serius! hahahaha!
Tapi saya pernah merasai bagaimana peritnya gigitan agas,nyamok dan lidah.

Kak Ungku,
Perjumpaan Geng Jurnal nih kita pergi ek...teringat fist time ke sana..tak kenal sesapa pun.

Tiqah,
Takde la lama. Salah tarikh entri akak nih. 25 Okt- 1 Nov aja. Nasib baik bro BP tegur hahahaa!

Shimi dan Elmely
Terima kasih kerana sudi menjawab tag. Ya, dunia kita yang indah & kadang tidak kenal rupa sekali pun berselisih di jalanan.:)

Achik,
Sangat seronok..kat sini juga seronok sebab ada tenet hahaha!

Cikgu,
Hang pengomen pertama entri ni...kak hang tak dak award nak bagi...Terima kasih saja noo..

Terima kasih yang membaca dalam diam juga.:)
Rajuna berkata…
biar penat
tapi kasih
tetap terjalin

peh!
BuRuuj berkata…
kampungku nan permai;)

smga cpt sembuh=)
violet berkata…
slmt kembali kak Mar.

semoga cepat sembuh sakit2 bdn tu.
Coco sihat?

*sy dh upload gmbr Comey. sudi2kan la tgk gmbrnya ye! :)
Tanpa Nama berkata…
wah. penceritaan nya seperti iklan hari raya lah kak!

tak apa. nanti kita jumpa di maskara yang lain ye. teringin benar nak jumpa seorang yang bernama waterlily ini.
Layla Haq berkata…
Alangkah bagusnya jika semua orang menghargai sesuatu sebelum kehilangannya.

Hargailah apa jua yang kita ada. Masa ini. Sebelum kita rasa kehilangannya. akan datang. Mungkin esok. Kita mana tahu.
13may berkata…
sejuk mata memandang :)
Yana Ismail berkata…
cantiknya pemandangan;)

alaahai.yana pun tak g. exam!huh;p
Lily Abdullah berkata…
Yana,
Tak pegi exam..apasal? sakit ke?

May,
Yeye..sejuk sampai malas nak mandi pagi hahaha!

Bayan
Betul tu. Hargai apa yang kita miliki hari hari ini.

Lina
Iklan raya Yasmin tu ye hehehe..

Vee,
Dah tengok. Memang comel :)

Buruuj,
T/kasih kerana mendoakan.

Juna,
Berfalsafah pulak ko dik.
Peh! boleh tahan

Terima kasih.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam