Langkau ke kandungan utama

Nota kecil untuk kamu (yang pernah bertandang hadir)



..................

Kepingin dia
menumpang payungmu
dalam basah dingin hujan
bermusim yang dulu

Sayang
Engkau cuma terpaku
melihat dia
berdiri dingin kaku
jemari hampir kebas membeku

Jika dia gadis ayu
pasti kau pelawa tanpa ragu

................

Ulasan

SHIMI berkata…
hidup tidak boleh terlalu mementingkan diri dan terlalu memilih.
Tanpa Nama berkata…
erm. why so sad.

and hujan bisa undang kesedihan.
Sue Sham berkata…
andainya aku gadisbintang
akan aku sakti semua gadis
mjadi ayu agar tiada yg
basah dlm hujan lg

:-)
tasekM berkata…
lamanya kamu menyepi kak.
kak ja berkata…
Tak tau nak komen, tp rasanya kja faham..
en_me berkata…
sodehnyerrr.. jommm merempit dalam ujannnn.. ihihi
Tanpa Nama berkata…
saya syak 'kau' dalam puisi ini seorang lelaki..ye ke?hehe.

salam ziarah kak lily.. :)
ckLah @xiiinam berkata…
'sediakan payung sebelum hujan'
....kerana kekadang tiada yang sudi membantu di saat kita benar-benar perlukan payung....
sinaganaga berkata…
aku suka gambar paling atas tu. karat adalah warna cinta. :)
pemikir lapuk berkata…
jgn rsis pada rupa para...hehehehe
DeeN berkata…
Salam kak,
Erk.
Sadis.
Sayu.
Basah.

Cantek gambar yg 1st tuh.
Syahdu.
kad0k. berkata…
1st pic tu very outstanding la kak..:)
AieSha berkata…
hujan membasahi pipi. menyertai air matanya yang sudah mengalir tanpa disedari.

hujan, temani dia.
dingin, dakapi dia.
Damaikan hatinya.
jgn biar ia terus berduka...
Rajuna berkata…
gadis ayu tapi perangai teruk seperti jarang membalas sms, pun boleh menyebabkan aku hilang selera.
Nota kecil tapi sangat besar pengertiannya.
'Kau' lelaki yang tipikal. Huh.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...