Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2008

Fin yang lagi satu...

Fin yang lagi satu. Fin. Sewaktu di dalam kelas. Rose yang sombong sering membulinya. “Fin senget! Fin senget!!” Jerit Rose sambil bertepuk tangan. Jeritan Rose, disahut-sahut. Budak-budak lelaki bertepuk tangan. Bersorak sakan. Macam ada pesta. Setiap kali Fin berjalan, itulah jeritan Rose. Fin sengih. Tidak marah lansung. Lurus bendul. Macam Saad dan Kasim. Alahai zaman anak-anak. “Apalah yang anak-anak tahu.” Ayat-ayat biasa orang tua. Membela kanak-kanak yang berbuat salah dan nakal. Salah sikit. Tidak mengapa. Nakal saja. Bukan jahat. Sedikit-sedikit. Membesar jadi manusia sombong dan tidak peduli. Macam kebanyakan yang selalu Finn temui atas LRT. Alahai. “Fin senget! Fin senget!!”.Jerit Rose. Sambil melompat-lompat macam ungka. Jeritan Rose, disahut-sahut. Budak-budak lelaki bertepuk tangan. Bersorak sakan. Macam ada pesta. Setiap kali Fin berjalan, itulah jeritan Rose. Fin sengih. Tidak marah lansung. Lurus bendul. Macam Saad dan Kasim. Alahai. “Bodoh! Pemalas!!”Ayat gampang ya...

Finn ada cerita tersendiri....

Finn ke sekolah biasa. Sekolah orang normal. Bukan sekolah khas. Dari darjah satu sampai tingktan enam atas. Kata abah, Finn tidak cacat. Dia tidak perlu ke sekolah khas. Tidak perlu kenderaan khas. Finn yakin dia tidak cacat. Dia cuma kurang upaya. Di sekolah, lain jadinya. Entah apa yang tidak normal tentang Finn. Rakan-rakan mengejek-ngejek Finn. Bermacam gelaran dan label menyakitkan hati. Cikgu-cikgu tidak benarkan Finn buat itu ini. Waktu subject pendidikan jasmani, Finn hanya mampu menjadi penonton. Sewaktu acara sukan diadakan, Finn hanya duduk tepi trek. Menonton juga. Kadangkala dia jadi tukang bancuh air sirap. Finn bosan. Finn kepingin bermain basketball . Finn minta izin teman-teman. Atas dasar apa entah, ada teman-teman membenarkan dia masuk dan bermain. Dia berlari ke sana sini. Cuba merampas bola. Malang, teman-teman sepasukan tidak pernah menghulurkan bola. Dia lansung tidak berpeluang menjaringkan gol. Finn bosan. Sungguh. Akhirnya dia mengerti. Dirinya tidak dite...

Ayat-ayat cinta yang melupus makna....

Hari itu. Tanggal sembilan March . Teh tiba-tiba muncul di halaman rumah emak. Khadijah mempelawanya ke dalam. Teh enggan. “Di luar sajalah kak Jah”. Teh. Macam Khadijah. Dialek utara pekat. Macam aku juga,bila balik utara. Di sini, lidahku sering tergeliat, bila bertutur dialek utara. Jiran-jiranku, majoriti Kelantanese. Lelakiku pun satu, setiap kali aku bercakap dialek utara; aku terpaksa bercakap berulang kali. Ayat-ayat cinta yang sama. Dari ayat-ayat cinta mungkin bertukar ayat-ayat ganas berbau pergaduhan. Sedangkan lidah lagi tergigigit. Alahai. Sebenarnya aku mau bercerita pasal Teh. Bukan pasal aku. Bukan pasal Khadijah. Cerita tentang ayat-ayat cinta yang bertukar menjadi ayat-ayat dusta. Tentang lidah yang tergigit bertukar kepada keganasan rumahtangga. Teh manis, berkulit cerah,tinggi lampai. Giginya putih tersusun rapi. Manis bila ketawa. Siapa kata orang cantik akan selalu bernasib baik. Tidak. Hari itu Teh datang, aku terkejut besar. “Teh ke tu? Beza sungguh” Aku berka...

SALAM MAULIDUR RASUL

Hari ini. Ada ulangtahun kelahiran yang lebih besar dan bermakna untuk ummah. Sayang ajaran-ajarannya telah banyak tidak dihayati. Sunnah dipermain dan dipermudahkan oleh umatnya sesuka hati. Termasuk aku. Ajarannya mengangkat darjat wanita. Dari hamba pemuas serakah, syurga diletakkan di bawah telapak kaki wanita. Ibu diberi ganjaran mulia. Tapi sayang. Hari ini. Wanita sendiri menjatuhkan martabatnya. Rela diserakahi di mana-mana. Tanpa malu. Tanpa sedikit pun silu. Jika engkau melihat ya Rasullallah saw, alangkah....Umatmu kini makin hilang arah. Dari umara' hingga ulama. Si kaya dan si marhean sama saja. Masing-masing dengan dosa mereka. Mereka itu salah seorangnya adalah aku. Aku insaf. Ku akui kekerdilan diriku. Sebelum mata terlena Di buaian malam gelita Tafakurku di pembaringan Mengenangkan nasib diri Yang kerdil lemah yang bersalut dosa Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti Membawa dosa yang menggunung tinggi Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu Agar terlerai kesan...

Tag untuk kali kedua ( sempena musim menge"tag")

Oleh kerana sang permaisuri telah berjanji dengan Pak Bilal, akan menjawab tagnya selepas pru ke 12, maka dengan ini dipersembahkan: Bagaimanapun tag ini mempunyai undang-undang yang agak konsisten selaras dengan budaya Melayu - Islam. Mari kita tengok adat-istiadatnya: Permaisuri kena berkongsi 5 link kegemarannya Mesti BERSIH. Tiada link yang “ gitu-gitu ”. Hanya LIMA link. Perlu memberitahu LIMA individu. Link kan semula kepada individu yang mengetag permaisuri Link tersebut perlulah l ink yang aktif. Sekarang mari kita tinjau pautan-pautan kesukaan permasuri. OUM. Mestilah permaisuri ke sini setiap hari. Itulah kelas online nya dan dia bakal memperolehi 5% untuk markah kerja kursus. Kata tutornya, 5 markah pun amat penting untuk lulus,mendapat gred yang baik dan pointer yang bagus. Jejaka kacak yang pemalu Blog jejaka yang berkongsi zodiac dengan sang permaisuri ini, dilawati 27 kali sehari sebab jejaka inilah tanpa sedar telah memberinya ilham untuk mempertajamkan bakatnya. ...

Jika ku tak bangun esok pagi....

Hidup ini begitu singkat. Ada waktunya kita kehilangan kata untuk menyuarakan sesuatu. Dan kita terpaksa meminjam perkataan orang lain untuk meluahkannya. Demikian juga sang permaisuri. Hari ini dia kehilangan kata-kata. Mungkin setelah tiga puluh lapan tahun dia bernafas atau telah tiga tahun hidup bersama lelakinya. Dia kehilangan banyak perbendaharaan kata yang manis dan enak. Lelakinya juga begitu. Tahun lalu, lelakinya hanya mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran pada saat-saat akhir. Tanpa apa-apa hadiah dan sang permaisuri tidak kisah lagi. Bergelar isteri sudah mencukupi baginya. Yang ada hanya kemaafan dan keampunan untuk dipinta dan diberi. Jika ku tak bangun esok pagi, Sayangku kau jagalah diri, Sentiasa ingatkan hati, Dirimu amat ku cintai. Andainya dihimpit kesusahan, Sujud dan mohon pada tuhan, Agar diberikan bimbingan, Meniti hidup bersendirian. Bila terasa sejuk, Pejamkan mata, Bayangkan dalam dakapanku, Bila terasa rindu, Pejamkan mata, Kita bersua dalam lena. K...

Aku,Khadijah dan tren

Tahun sembilan belas lapan puluh lapan. Aku di tingkatan enam rendah. Khadijah di tingkatan lima. SMGC. Kami kumpul wang belanja sekolah. Pemberian allahyarham abah. Kami menaiki bas MARA. Yang berdinding karat. Penumpangnya hanya beberapa kerat. Dari rumah ke pekan Sungai Petani. Tujuannya tiada lain. Kepingin menaiki kenderaan bergerabak milik KTMB. Destinasi kami pekan Alor Setar. Di situ ada Hankyu Jaya . Dan kami dapat tonton filem Ogy dan Eman. Di situ ada franchise KFC. Nostalgia sungguh. Dan Kak Cik Kamariah, sepupu kami. Pertama kali mendapat gaji. Memperkenalkan kami makanan tersebut. Enak. Kerana kami jarang sekali menjamah ayam. Yang ada dalam menu harian keluarga, kerap kali kangkung goreng belacan dan ikan. Kangkung yang emak pungut dalam sungai belakang rumah. Nostalgia sungguh. Dalam keretapi (waktu itu belum dipanggil komuter),kami bergurau-gurau dan usik-mengusik. Mesra sungguh. Dan. Khadijah akan bulatkan matanya kepada sesiapa sahaja yang asyik merenung aku. Khadi...

Dia, sang permaisuri dan buku

Pagi tadi. Sang permaisuri menerima gajinya untuk bulan ini. Enam ratus empat puluh lapan ringgit tunai. Dan dia gembira tidak terkata. Itulah gaji termaksima yang pernah diperolehinya. Selama lebih kurang tiga tahun menjadi kuli tanpa KWSP. Dia gembira amat. Terasa macam orang kena nombor. Atau apa-apa jenis perjudian halal dalam undang-undang buatan manusia tetapi tetap haram di sisi syariat Pencipta. Sang permaisuri rasa mau melompat. Nilai enam ratus lebih terasa macam enam ribu lebih. Lalu dia mengajak lelakinya ke stor buku bersebelahan Planet Pena. DBP atau Dewan Bahasa dan Pustaka namanya. Lelakinya. Berpusing-pusing tiga empat kali baru menemui jalan masuk ke stor buku tersebut. Tetapi kerana titah perintah sang permaisuri, dia tidak berani merungut-rungut. Apatah lagi setelah sang permaisuri merasuahnya dengan ayam goreng KFC. Dia setia. Menunggu permaisurinya memilih buku rujukan. Dia faham amat. Sang permaisurinya jika memasuki stor buku, pasti lamaaaaaaaa. Dari kedai buku ...