Langkau ke kandungan utama

Who is this guy?

Pagi tadi kali merupakan kali kedua saya bertemu anak muda berusia 26 tahun ini. Tidak banyak yang saya tahu mengenainya....tapi saya cukup tertarik dengan sopan santun,keceriaan dan keramahannya.....saya nak jumpanya lagi. Banyak yang saya ingin tahu tentangnya....Cuma yang pasti - tulisan-tulisan dalam blognya senada dengan saya....tapi kami menggunakan ayat yang berbeza. Adikku, maafkan kakak.- mencuri photomu untuk dipaparkan di sini. Tiada ku tahu apa ceritamu...tapi aku tahu kau akan tabah selalu.

Ulasan

Salam sdri WL,

Saya baru singgah di blognya. Semoga dia terus tabah, dan kuat semangatnya. Semoga dia sembuh, dengan izin-Nya nanti. Amin
cakapaje berkata…
Salam WL,

Saya ada beri link awak dan kerp kat seorang bapa yang mempunyai dua anak istimewa. Yelah, mana tahu di dapat menimba semangat dari awak. Harap awak tak marah ye.
Lily Abdullah berkata…
Sdr Black,
Mudah-mudahan dia akan terus tabah.

Shah Talk only,
Terima kasih. Mudah-mudahan bapa itu tabah seperti allahyarham ayahanda saya. Anak-anak istimewa selalunya dilahirkan dalam keluarga istimewa. Allah takkan menguji seseuatu yang di luar kemampuan hambaNya....Salam networking. :)
Pegawai Khalwat berkata…
Tq singgah blog saya.

Saya gembira orang gembira baca entri saya.

harap berkunjung lagi.
Qaseh Bidadari berkata…
salam ziarah..bepa add adik kita seorang ni?mama nak g jenguk jap...
Sastri berkata…
salam kak... semoga dia tabah dan terus kental semangatnya...
Lily Abdullah berkata…
Salam sas & mama ranggie,
Terima kasih & datang2 lah lagi. Semoga tabah.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...