Langkau ke kandungan utama

Hidup berstatuskan lebel - pandangan peribadiku.

Di kampung saya, sebenarnya ada ramai orang kurang upaya. Tapi kebanyakkannya tidak mendaftar,mungkin kerana lebel tersebut. ....OKU. Kita memang OKU- apa yang hendak dimalukan....tiada apa yang hendak disorokkan. Tapi manusia tetap manusia,punyai pelbagai ragam dan pandangan. Sewaktu kecil saya juga ada lebel/gelaran yang memalukan saya. Saya rasa diri sungguh "kecil' dengan gelaran yang memalukan....ahhh..zaman anak-anak, banyak yang kita tidak faham kerana mungkin ibu ayah tidak mengajar kita untuk memahami ataupun kita sebenarnya jenis bengap dan degil. Rasulullah s.aw. bukankan pernah berpesan - tidak baik memberi seseorang gelaran yang buruk-buruk, lebih-lebih lagi gelaran yang menyakitkan hati penerimanya. Adakah anda tidak bacakan hadis untuk anak-anak? Uztaz/cikgu bagaimana? Jiran-jiran anda bagaimana?Iya...jawapannya cukup mudah - kita sudah terbiasa hidup dengan gelaran samada ianya positif maupun negatif.
Saya takkan beritau apa gelaran yang saya terima waktu zaman anak-anak dulu. Yang nyata hampir setiap hari saya menangis setiap kali pulang dari sekolah. Kini anak-anak kecil yang mengejek-ngejak saya dulu telah pun dewasa dan mereka masih menetap di situ. Saya ingin ucapkan terima kasih...kerana ejekan,gelaran dan lebel yang mereka berikan dululah membuatkan saya berada di tempat sekarang. Saya dilatih untuk membuktikan bahawa mereka salah....saya dilatih untuk menjadi manusia tabah...alhamdulillah.

Ulasan

Unknown berkata…
Salam,
Terima kasih memautkan blog saya. Comelnya kucing yang jadi penyambut tetamu blog ini.. :)

Sdr bertuah kerana terpilih sebagai insan istimewa. Cobaan dan dugaan itu tandanya Allah sentiasa ingatkan kita dan sentiasa dekat dengan kita. Jika kita sabar dengan dugaan, kurniaan pahala dariNya melimpah ruah..
posmen berkata…
OKU sepatutnya ditukar kepada OEU (orang extra upaya). setahu saya, terlalu ramai yang mempunyai cukup sifat (?) tapi sebenarnya tidak cukup akal malah mereka yg di'label' (sepatutnya 'dianugerahi') kekurangan upaya adalah jauh lebih sempurna keperibadiannya. :)

betul, kucing itu comel..
Salam WL,

Biasalah. Manusia memang suka memberi label [tapi bukanlah semua]. Tapi masyarakat yang berpendidikan dan berfikiran matang hari ini, rasanya dah dapat menerima golongan OKU [saya pun rasa berat juga menggelar 'OKU', kalaulah ada label yang lebih baik...] di dalam masyarakat.

Tahniah, atas ketabahan sdri WL.
Lily Abdullah berkata…
Salam,
Jiwa rasa(JR)
Terima kasih sudi bertandang ke mari. Datang2lah lagi. Terima kasih di atas kata2 yang indah itu.
Kucing comel itu akan sentiasa menyambut kedatangan anda.

Adikku si posmen,
Terima kasih kerana meninggalkan kata2 semangat di sini dan juga di entry lain.
p/s - apa kaitanmu dengan posmen
a. anda seorang posmen
b. anda anak seorang posmen
whatever - posmen masih diperlukan di zaman IT ini.

Saudara Black,
Yup - OKU pun tidak mengapa. Actions more important thoundsand words.

Salam networking.
posmen berkata…
kerana akak telah bertanya..

saya pengepos entri, jd rasa macam posmen.. tu je.. hak hak

p/s: tapi dulu mmg ada cita2 nk jadi posmen
Dr Azwan berkata…
Terima kasih waterlily.

Tak ramai orang faham masalah cerebral palsy. Cikgu (medic) saya selalu cakap, cerebral palsy adalah masalah motor, otak mereka normal malah ramai yang genius di dunia ini - cthnya stephen hawkings. InsyaAllah, kita kena sama-sama beri kefahaman pada masyarakat. Terima kasih kerana melawat blog.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...