Langkau ke kandungan utama

WHAT A DAMM STUPID THING!!! -part 3

Jika saya katakan orang besar(terutama politician dan seangkatan dengannya) memang suka menyusahkan orang kecil,agaknya berapa orang yang akan bersetuju dengan saya? Tak ramai rasanya...

Dua hari lepas saya "berperang" kecil dengan head teacher saya. Puncanya - saya disuruh(diwajibkan) datang bekerja esok dan lusa. Bukan saya seorang,semua pekerja. Bukankah cuti sekolah telah bermula...tapi dek kerana seorang "menteri" ni nak datang...maka sekolah pun dibuka untuk dua hari lagi. Aiseh....menyusahkan saya dan merosakkan segala program yang saya rancang di musim cuti yang saya rasa lebih berfaedah untuk diri saya sebagai OKU daripada tercegat menanti pak menteri tersebut. Bukan dipandang saya pun,saya cuma kuman diseberang lautan.....

Mati-mati head teacher tu nak saya datang siap dengan ugutan lagi. Inilah antara dialognya yang saya hafal:

Saya : Maaf, I need to tell you something.
HT : Haa...ada apa?
Saya: I can't come to school on Mon & Tuesday. I have to attend the seminar.
HT : You nak kerja sini or you nak buat kerja sendiri(suara mula tinggi)
Saya: Of course saya kerja kat sini.
HT : Yang you pandai2 pergi attend seminar tu apahal. Why you tak inform me dulu? What kind of seminar??(tune tambah lagi).
Saya: Why should I informed you. It during school holiday what, I dah registered sebulan yang lalu. Event (Pak menteri tu)I baru tau 2 weeks ago(saya dah mula naik angin). Seminar DET(Disabled Equality Trainnig). I dah reserved accomodation.
Saya: So what?? You want me to cancel my seminar & datang kerja?Okay never mind. Nanti I call someone and cancel it.(mata saya dah berair...gerammmm).
HT diam(fikir kut....dan pandang muka saya).
dan dia kata"Okay go for your seminar...ceh bunyi macam tak ikhlas pun...

Dan saya tak peduli. Esok saya nak ke seminar tu...di sana banyak ilmu saya nak kutip. Lebih baik dari jadi manusia BODOH(baca "bodek") terpacak tunggu pak menteri tu datang. Siapa pak menteri tu?? Dia dari MCA....bacalah akhbar & tengoklah tv propaganda tu nanti..anda pasti tahu siapa dia.

p/s -saya takkan naik gaji atau jadi permenant staff atau bakal jadi tukang cuti atau tanam "anggur". Alah... rezeki di tangan Allah...bukan ditangan manusia.

Ulasan

Salam WL,

Tahniah!

Setidak-tidaknya kita punya pendirian, tak mudah dipergunakan, semata-mata untuk mengambil hati [baca:mengampu] 'orang besar'... Lantaklah, PM nak datang sekalipun, bukan PM yang bagi kita rezeki... Kan?
tokasid berkata…
Salam waterlily:

Memang ubfortunate masih ramai ketua yang bersifat membodek bila menteri nak datang. Mereka tidak peduli susah payah org lain yg terpaksa adjust perkara2 yg telah di rancang samada kursus,seminar atau hal2 keluarga.

I am proud you tegas dalam berhadapan kemelut ini.

Biarlah kita ni org kecil tetapi hati kita tidak kecil apalagi pengecut.
Unknown berkata…
Harap sangat di Hari Akhirat nanti, Puan akan dibangkitkan semula, antara lain, dengan ketegasan ini. Semoga sentiasa di dalam perlindungan dan kasih sayang Allah. Amin..
Lily Abdullah berkata…
Salam saudara BP, Doc TA & Pak Bakaq.

Terima kasih atas sokongan moral. Sebenarnya saya sudah lama hidup dalam ketakutan...jadi saya rasa bosan...tiba2 teringin jadi berani. Seronok rupanya jafi berani...kalau saya tahu dari dulu lagi saya mau jadi berani. Mungkin tiada yang terkilan dalam hati.
Dr. Hamizi berkata…
salam kak waterlily...

lama saya tak surf internet sebab tadak masa & streeamyx kat rumah rosak... ni pun surf kat office jap...

kita jadi berani bila kita benar, bila kita ditindas, bila kita tidak risau lagi dengan akibatnya, bila kita sanggup menghadapi risiko dan yang paling penting bila kita tahu allah yang maha berkuasa...

manusia boleh berkata: "peluang kerja untuk OKU terhad dan anda mungkin bernasib baik kerana dapat kerja ini"... tapi rezeki bukan di tangan manusia...
Lily Abdullah berkata…
Thanks Mizie for dropping by.
Yup....you are right.

p/s: Harap steamyx okay. Dapat update blog. Terima kasih sudi berkongi ilmu.
posmen berkata…
tiada salah berkata benar
tiada salah menghormati pemimpin
tiada salah kensel seminar
asalkan yg datang benar2 pemimpin..

hahahaha

salute kak.. anda menambah perisa dlm hidup saya hari ini.. :)
Dr. Hamizi berkata…
saya baru update blog... saya pun hadapi masalah dgn tempat kerja baru...

kita serupa... :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...