Kembali menulis blog adalah salah satu kerja 'gila' yang aku buat. Ketika orang lain sibuk dengan fesbuk, twet dan insta. Bertambah lagi 'kegilaan' tersebut , apabila aku tulis ketika aku dalam keadaan yang sangat sibuk,
Sibuk aku ini sepatutnya aku alih ke data SMA, menyediakan maklumat instrumen pemantauan, menyediakan data untuk guru data masukkan data APDM murid asrama atau data disiplin SSDM.
Tapi aku tulis blog semula.
Aku mahu lari sebentar dari kegilaan kerja.
Tapi aku yakin aku tidaklah keseorangan dalam 'kegilaan' ini.
Okay sambung kerja untuk suap makan diri dan 15 ekor kucing
Oh lupa. Tuhan terima kasih untuk kelangsungan nafas. Seorang suami. Ibu dan keluarga serta rakan sekerja dan majikan yang baik. Tidak lupa 15 ekor kucing 'buruk' (di mata orang lain) - semua comel di mata aku.
Ulasan
Aku rasa nak blogging semula. Boleh tulis apa aku suka. Tak perlu nak bermuka2 demi menjaga hati sesiapa.
Aku suka!