Hi awak Akira Suri dan lain-lain
Saya sudah kemaskini blog. Sementara menunggu pelajar datang. Katanya nak bayar yuran makan. Haus gila saya . Mesin tekan-tekan air depan pejabat sudah kehabisan air. Hendak ke dewan makan, saya menunggu orang datang.
Ada ibubapa datang mendaftar anak masuk asrama lagi pagi ini. Jadi saya kena layan. Laporan kerosakan saya kena layan.
Semalam pemantau dari JPN datang saya kena layan. Lantaran datangnya on the spot.
Pagi tadi ,ada pelajar asrama sangkut baju dekat kipas dan bilik gosok pakaian. Saya kena layan. Suruh isi borang salah laku. Kesalahan kecil - akibat besar tau. Buat dia kejung kena renjatan eletrik, siapa mahu jawab. PK HEM? Pengetua ? Cikgu warden? Semua akan kata mereka tiada masa kejadian
Maka saya, saya dan saya perlu menjawab.
Okay rasa nak pelempang orang . Boleh ?
Hmmm.... tarik nafas. Tulis blog dan istighfar banyak.
Pagi tadi saya sesak nafas lagi. Semalam buat blood test orang hospital kata potasium tinggi.
Boleh effect ritma jantung.
So, saya kena rilex sambil tulis blog
Dewan makan? suka hati kamulah nak kurangkan timbangan ke hapa. Suka hati kamu lah ye.
Kamu kan ada 'kabel' besar. Kabel ni bukan rahsia sangat pun. Bila sudah jadi besar macm kes bauksit tu barulah nak kecoh-kecoh melatah.
Yang makan suap sudah kenyang terbelahak.
Syhhh..orang kecil - jangan cakap tanpa bukti. Nanti ke dalam kamu.
Diam. Diam. Diam.
Lapar beb!
Ulasan
aku susah hati pasal kerja. Kau susah hati pasal apa?
Fendi
Hi awak, terima kasih sebab sudi baca :)