Langkau ke kandungan utama

Catatan-catatan kosong tentang diri

Ada banyak faktor untuk saya percaya bahawasanya halaman saya sudah tidak lagi ditatapi ramai orang. Trafik dan komentar mungkin salah satu petanda.

Saya semakin menjadi suka hati, untuk menulis suka-suka hati saya. Bila masa pulak kau tulis hebat-hebat wahai makcik he he he..

Jam 4 petang. Saya mencuri sejam dari waktu kerja saya dengan membaca halaman kawan-kawan. Halaman Hana Tajimakira misalnya atau halaman MakBonda dan Puan TM kita yang terabai salah satu blognya itu.

Saya sangat letih. Sejak kembali bekerja selepas kemalangan yang membuat saya rasa hampir hilang nyawa, saya buatnya dengan bersungguh-sungguh sehingga terlupa saya ini ada isu kesihatan yang serius. 

Kerja 2012 belum selesai. Kerja bulan Januari pun begitu juga. Kerja bulan Februari bakal menyusul. Mengisi maklumat pelajar dalam data Sistem Maklumat Asrama amat memenatkan jiwa raga. Mahu mengeja nama generasi baru  adalah di antara benda-benda yang buat saya jadi sangat-sangat geram. Itu belum dikira lagi dengan borang dan surat tawaran yang tidak cukup maklumat. Lagi-lagilah buat saya geram tahap cipan.

Saya tabik dengan guru data sekolah, jika mereka tidak mengomel-ngomel sendirian ketika mengisi maklumat pelajar yang beratus ribu itu.  

"Cuba hang zikir kak,.." Entah dari mana suara Khadijah tiba-tiba datang menembusi gegendang telinga saya.

Enam bulan sudah berlalu sejak kemalangan tersebut. Setelah mengalami patah tulang ala-ala Dato' K, saya semakin mengerti makna patah hati. Barangkali istilah patah hati itu, datang dari pengalaman kepatahan tulang atau mana-mana anggota badan yang bertulang (agaknya).  Patah satu, lumpuh seribu.

Pengalaman pahit dan amat menyakitkan. Namun apalah sangat jika hendak dibandingkan dengan penduduk Gaza yang rumah-rumah mereka dibom Israel tidak mengenal jam.

Makanya, saya membuat kesimpulan tentang diri yang mungkin berbunyi agak riak. Jadi tidak perlu tulis di sini, (senyum)

Terima kasih Allah. Terima kasih kepada musibah yang menimpa. Mulanya saya rasa mahu patah hati, tapi entah dari mana-mana Tuhan hadirkan kekuatan. Terbaring 3 bulan di katil, makan minum dibantu, segalanya dibantu membuatkan saya berfikir dan bermusabah tentang diri.

Saya sudah batalkan banyak impian yang mengarut-ngarut dan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih bermakna.

Terima kasih Tuhan.

Ulasan

~Emaa Hasnah (^_^)~ berkata…
salam ziarah sini..n follow. Alhamdulillah..semuga water lily kuat n tabah..=)
sepa berkata…
akak nih seorang yg tabah. kagum saya. :)
Nizam.Ariff berkata…
kadang2 pahit tu nikmat...


peria misalannya

aau panadol misalannya bila demam, panadol yang pahit adalah nikmat
tasekM berkata…
bila hang accident kak...? nnti buat satu n3 na...



masih suka dgn tulisan2 kamu.

:)


.

akirasuri berkata…
Kak, tak ada orang baca pun saya tetap peminat nombor satu sedunia kak lily! Hehe.

Tulis terus, terus tulis.

Ati,
Ha ha..baca la. Makin banyak repekan yang nak tulis. Tapi kadang tak tertulis kadang-kadang :)

Tas,
Ye..ye..tulis pasal xsiden tu - aku segan la hihi..cukuplah berkias-kias.


Nizam,
Bukan ubat kalay tak pahit ye dak

Sepa,
Tabah memanglah..tapi bak kata sang penyair yg satu tu - penyu menangis adik tak tahu -

Allahyarham J>M Aziz kan?

E Hasnah (nak pamggil apa ye)
Terima kasih. Kata2 yang baik itu doa buat saya.

Terima kasih yg membaca dalam diam2..dan yang masih komen.

Hanya kamu.

Catatan popular daripada blog ini

Sekaki Payung Kertas

Foto pinjam

Kala langit muram dan meruntuhkan molekul-molekul H2O; di waktu dingin basah begini, ingatan pun menguakkan pintu ke zaman lalu.

Sekaki payung kertas dalam kenangan. Abah(allahyarham) sering-sering menggunakannya ketika berbasikal di waktu hujan.
Orang kampung juga menggunakannya ketika kehujanan. Atau mengiringi jenazah ke teratak sementara menunggu hari perhitungan.

Biarpun puluhan tahun berlalu, aromanya masih terbau-bau. Waktu itu ia cuma berwarna asli. Coklat kehitaman.

Wangi!!

Saya sering-sering menghidunya. Ketagihan. Umpama penghidu gam. Rasa mau dipatah-patahkan bilah-bilah rantingnya dan diratah-ratah.

Memang gila!

Kini.

Payung kertas berganti nylon. Walau bercorak cantik warna-warna, hilang seri tanpa aroma.
Katanya nylon tahan lebih lama!

Hari minggu yang kelabu

Hi awak, saya on laptop konon nak siapkan takwim, jadual balik kampung dan laporan kerosakan untuk dihantar ke PPD esok. Takwim asrama dah masuk setengah bulan masih tidak dapat disiapkan dengan sempurna dan jayanya. Orang dewan makan sudah 2 minggu memasak. tapi jadual menu mingguan masih belum saya print out. Pelajar asrama - sudah balik ke kampung pun saya masih belum siapkan.
Laporan kerosakan yang saya janji dengan Puan Pengetua nak siapkan minggu lepas pun gagal juga disiapkan. Maaf inilah saya - dan puan perlu terima seadanya saya.
Takwim asrama - sebenarnya adalah list tugas warden. Oleh kerana semua rakan sekerja saya yang sihat walafiat membuatnya, maka saya juga kena buktikan yang SAYA BOLEH!
Sekarang puan itu arahkan belajar membuat kewangan asrama - MESTI BOLEH! kata dia. Ya - mestilah saya akan cakap yes mem - walaupun saya masih  terkial-kial dengan kutipan yuran makan dan struggle dengan resit rasmi yuran makan tahun lepas yang belum ditulis.
Ya- airmata ini sudah kering m…