Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

Poppy dalam kenangan

Aku hampiri Poppy.  Bertanya padanya dalam nada yang paling tinggi dan aneh."Bertahun sudah kita bersama . Mengapa mahu pergi?” Poppy tersenyum.  “Ruang dalam hatiku ini sudah menjadi terlalu sempit untuk kuberi padamu, atau mana-mana lelaki pun.” Ucap Poppy separa berbisik.  “Maaf, jika kau terluka. Jangan terlalu lara. Maaf, aku terpaksa!.”Poppy menyambung. Renungan kosongnya jatuh ke lantai kusam kamar tidur kami yang sempit. “Kalau perlu dengan kejam!” Poppy tersenyum lagi. Senyuman yang tidak pernah menyahjauhkan dirinya dari lelaki selurus aku. "Ada penggantimu dan suatu hari nanti akan ada penggantiku untukmu " Poppy bersuara lagi. jujur. Penuh keyakinan. Tiba-tiba dia menjadi tukang ramal yang sebegitu optimis.   Aku tertanya-tanya siapakah yang bakal menjadi penggantiku. Aku telah menemani Poppy dengan setia selama beberapa musim ini.  Tiba-tiba aku rasa tercabar kejantanan. Mahu aku memaki dia sepuas hati. Aku, lelaki yang telah membersih...

Bukan sesiapa

Bukan kejora bukan neon jauh sekali permata sentiasa sirna walau dalam remang sore dalam redup senja dalam rintik hujan dalam kelam malam dan kabus pagi Malam ini  berdoa langit terang  dan ada baki bintang untuk aku hitung Souces

12.30 pm

Pada pukul 12.30 adalah waktu makan dan waktu rehat para kuli kerajaan. Namun untuk kuli seperti saya, kadang tiada kesempatan untuk berbuat demikian. Saya harus berada di dewan makan. Memantau kalau-kalau ada perkerja yang menyendukkan lauk pelajar kadang 3 ketul daging dalam sup. Takut tidak mencukupi. Dakwa mereka. Eh Adik Manis,  Kalau timbangan boss engaku tu mencukupi maka mustahillah makanan pelajar tidak mencukupi. Macam mana kau belajar hukum Metematik. Sedangkan saya yang tidak lulus SPM subjek Matematik pun mudah faham. Ditampalkan hadis, segala mak nenek kata-kata motivasi tentang agama. Memang bagus. Tapi kenapa saya rasa sangat-sangat hendak termuntah setiap kali memandangnya. Oh! Ada sesiapa boleh tolong carikan ayat-ayat Al Quran atau Hadis berkaitan hukum penipuan dalam timbangan atau memakan harta secara bathil. Saya pun rasa mahu menampal jugalah. Manalah tahu, kalau-kalau di dalam harta tersebut ada sedikit hak untuk anak-anak yatim. ...

“Music expresses that which cannot be put into words and that which cannot remain silent” —Victor Hugo

Mereka kata perempuan terlalu bercakap tentang perasaan. Kadang untuk isu yang  remeh temeh dan leceh. ' Lekeh' kata orang Utara. Kecil dan nampak bodoh.  Tiada isu besar. Rubbish .  Kurang cerdik. Whatever .....! Pedulikan! Aku kan perempuan.

Perkongsian kecil

Sempena penghulu segala hari, aku kongsikan sebuah catatan lama.  Barangkali dalam roh yang masih serupa. SAJAK KECIL UNTUK KUCING LIAR Sementara menanti dua puluh lima haribulan untuk setiap purnama aku cuma punya beberapa keping roti lupus tarikh untuk dikongsi bersama 10.41 am 25/6/2009 FOTO HIASAN : MEOW-MEOW SAYA

Wordless Wednesday

Untuk hari kekurangan kata-kata barangkali sebuah lagu bisa menyatakan sebahagiannya

Seorang Dewi dalam fiksi kelam

“Malam adalah efek perpisahan yang mengesankan.” kata Dewi sambil menjentik abu pada puntung nikotin yang disedut. Perlahan. Hembusan toksik berasap tempias mengenai wajahku. Kemudian dia diam. Bungkam. Aku, temannya harus selalu menjadi pendengar yang baik lagi setia. Di luar, cahaya perang keemasan berkilatan pada kaca jendela gedung-gedung bertingkat Kuala Lumpur. Bagai diselebungi bebayang seekor orge. Seolah digerakkan tangan-tangan dewa, awan gemawan pun menyisih pergi. Cahaya kuning matahari melesat-lesat. Membias pada gerak jalanan yang mendadak berubah bagai tarian. Membias pada papan-papan reclaimed. Membias pada percik gerimis dari pancutan air buatan. Membias di antara keunguan mega-mega. Maka langit bagaikan dilukis waktu. Bagai digerak ruang, yang segera hilang. Cahaya kuning senja yang makin lama makin jingga menyiram aspal, menyiram segenap perasaan yang merasa diri celaka. “Dewi, mengapa kau enggan berhenti dari upacara kehidupan yang macam daj...

Mungkin begini

Bagaimana harus saya menulis tentang dia tanpa menilai dan menghukum?  Mungkin begini. Lelaki berkecelaruan identiti (bukan identiti, mungkin seksual.Ya.Lebih tepat barangkali) itu mengirimkan saya satu  teks khidmat pesanan ringkas didahului dengan ucapan salam yang ditaip penuh. Seterusnya bertanya khabar tentang saya dan disudahi dengan mengirimkan salam kepada suami saya.  Dia seorang kawan dan pekerja yang baik. Tidak pernah culas ketika berkerja serta ringan tulang. Malangnya, kawan saya ini dipecat kerana kecelaruan identitinya.  Menerima hakikat, bahawa kita mempunyai kawan yang ada kecelaruan identiti bukan perkara mudah. Sukar untuk percaya, tambahan pula si empunya diri tidak mengaku malah mendakwa dirinya  difitnah.  Dalam sms yang dikirimkan kepada saya  dia mengadu tentang kesusahan dirinya selepas dipecat  dan si isteri pula menuntut cerai kerana tidak mahu menjadi alat untuk dia menutup kecelaruan identitinya it...

Tanpa tajuk

Barangkali aku hanya angin hanya debu hanya para korban dalam dunia kamu Ya memang salahku kerana acap kali berputus harap Biarlah aku hanya angin hanya debu hanya para korban dalam dunia kamu Biarlah untuk waktu ini Di waktu lain Barangkali akan ku sambut cabaran tika aku bersedia untuk sepak terajangnya ps: Tolong fikirkan tajuk untuk aku.  Otak  tertinggal di dalam peti ais dewan makan asrama sebentar tadi. Atau terjatuh kerana lantainya licin sekali pagi ini.