Sakit
Rasa yang tidak mampu diungkapkan dengan kata. Kadang tersenyum. Menyimpan rusuh dan derita dalam diam.
Pagi
Sudah mula menampakkan separa senyuman. Mata masih enggan pejam. Otak ligat berfikir bagaimana mengatur timbunan tugasan ketika matahari celik keesokannya
Laut
Menyukai kamu. Tapi fobia dengan pasang surutmu. Gelora yang tidak terjangka. Lalu, aku hanya duduk memandang. Mencari garis sempadan di antara engkau dan langit. Namun yang kelihatan hanya kabus. Berbalam-balam.
Sangat menyukai kamu. Tapi sekadar mampu berdiri di gigi air masin, menguis pasir. Sekali dipaksa terjun dan berenang terasa nafas sesak. Menggigil bukan kerana kedinginan. Tapi kegugupan melawan ombak kadang menggoyah harapan.
Bertahanlah wahai diri yang kerdil dan tidak pernah terlepas dari khilaf!
Ulasan
.