Langkau ke kandungan utama

September dan sebuah catatan terbuka untuk Ayako


Barangkali ketika teman-teman sekerja melompat menjerit ceria kerana mendapat surat pengesahan jawatan,aku rasa itu biasa-biasa sahaja Ayako. Tidak sama rasanya keceriaan ketika penonton betepuk sorak dan siulan penonton selepas satu persembahan pentas. Juga tidak sama keceriaan ketika tulisan-tulisan terpampang di dada akhbar dan majalah. Aku barangkali sepertii kamu meremukkan mimpi untuk survival. Barangkali untuk sesuatu yang lebih diredhai Tuhan.

September ini Aya, bulan untuk mengenang daun yang gugur, Harapan yang semakin kabur dan mimpi yang bertabur. Tercicir di celah-celah kesibukan dan kesakitan yang tidak semakin surut.

Pagi ini aku terjaga dan tiba-tiba merindui rasa kedinginan yang membuat aku tertidur enak di dalam keretapi

"O haiyo " Aku seolah terdengar suaramu pagi ini. Senyuman dan lesung pipitmu yang manis!


Ulasan

tasekM berkata…
rindu tulisan2 kamu.
rindu kamu juga.

kakak sihat?



.
Anas Hasanah berkata…
sedihnya baca tulisan akak. sy juga merindu tulisan2 dari akak.. :)
Water Lily berkata…
Aku rndu ko jugak Tas,tapi aku sangat sibuk.

Moga ko baik2 saja.

ps.Hp dah ok ke?


Anas,
Kakak kenal kamu ke? Atau selama ini kamu pembaca 'senyap' blog WL? Mana blog kamu?T.kasih kerana masih ada yang rindu :)
Anas Hasanah berkata…
kak, sy mmg silent reader aje. nak menulis tak pandai berbahasa. yg pandai baca aje.

Catatan popular daripada blog ini

Sekaki Payung Kertas

Foto pinjam

Kala langit muram dan meruntuhkan molekul-molekul H2O; di waktu dingin basah begini, ingatan pun menguakkan pintu ke zaman lalu.

Sekaki payung kertas dalam kenangan. Abah(allahyarham) sering-sering menggunakannya ketika berbasikal di waktu hujan.
Orang kampung juga menggunakannya ketika kehujanan. Atau mengiringi jenazah ke teratak sementara menunggu hari perhitungan.

Biarpun puluhan tahun berlalu, aromanya masih terbau-bau. Waktu itu ia cuma berwarna asli. Coklat kehitaman.

Wangi!!

Saya sering-sering menghidunya. Ketagihan. Umpama penghidu gam. Rasa mau dipatah-patahkan bilah-bilah rantingnya dan diratah-ratah.

Memang gila!

Kini.

Payung kertas berganti nylon. Walau bercorak cantik warna-warna, hilang seri tanpa aroma.
Katanya nylon tahan lebih lama!

Cenderahati yang saya suka

Cenderahati
Coco dengan muka seposen
Buah hati
Biasalah. Sebagai individu yang biasa pergi bekerja, kerinduaan tehadap tempat berkerja pasti ada. Rasa macam kehilangan. Mungkin macam ahli politik pencen, yang kehilangan sokongan dan kata-katanya tidak lagi laku. Langkah terakhir, keluar parti. Ha! Ha! Ha!.

Saya rindukan anak-anak itu. Walaupun telah bertalak tiga dan berkerat rotan dengan bekas boss.

Hari murung dan mendung. Saya asyik berkelubung di dalam selimut. Demam dan hati saya selubung dengan sedih.

Lega tetapi sedih. Semua bercampur-baur.

Alahai.

Lalu tadinya, lelaki saya telah pulang dengan sepucuk surat. Bukan surat cinta ya!. Juga juga bukan surat panggilan temuduga. Bukan juga surat berantai tau.

Ada dua uncang teh Sabah di dalamnya. Mulanya, saya ingat si pengirimnya seorang gadis comel ini hanya mau bergurau-gurau di laman siber.

“Sedap ni” Lelaki saya.

“Oit.oit, bang!!. Jangan minum. Saya mau simpan. Cenderahati tu tau!”

“Cheh!” Dia segara meletakkan kembali uncang teh dan mengam…