Barangkali ketika teman-teman sekerja melompat menjerit ceria kerana mendapat surat pengesahan jawatan,aku rasa itu biasa-biasa sahaja Ayako. Tidak sama rasanya keceriaan ketika penonton betepuk sorak dan siulan penonton selepas satu persembahan pentas. Juga tidak sama keceriaan ketika tulisan-tulisan terpampang di dada akhbar dan majalah. Aku barangkali sepertii kamu meremukkan mimpi untuk survival. Barangkali untuk sesuatu yang lebih diredhai Tuhan.
September ini Aya, bulan untuk mengenang daun yang gugur, Harapan yang semakin kabur dan mimpi yang bertabur. Tercicir di celah-celah kesibukan dan kesakitan yang tidak semakin surut.
Pagi ini aku terjaga dan tiba-tiba merindui rasa kedinginan yang membuat aku tertidur enak di dalam keretapi
"O haiyo " Aku seolah terdengar suaramu pagi ini. Senyuman dan lesung pipitmu yang manis!
Ulasan
rindu kamu juga.
kakak sihat?
.
Moga ko baik2 saja.
ps.Hp dah ok ke?
Anas,
Kakak kenal kamu ke? Atau selama ini kamu pembaca 'senyap' blog WL? Mana blog kamu?T.kasih kerana masih ada yang rindu :)