Sumber foto |
Tidak mengapalah saya ada. Masih berdiri teguh dan bersabar. Kamu boleh buat sesuka kamu, kerana segagah mana pun saya berdiri membela diri saya tetaplah seekor kambing hitam.
.
.
Kamu tahu, mengapa saya cenderung bergaul dengan orang bawahan berbanding kamu.
Tidak lain, kerana saya bermula sebagai seorang tukang sapu dan tukang cuci pinggan.
.
.
Namun sesudah berada sedikit di atas, saya masih bersifat dengan sifat kekulian saya. Saya memahami masalah mereka. Namun tidaklah, sampai saya mengabaikan tanggungjawab hakiki saya, menjaga kebajikan pelajar dan pihak majikan.
.
.
Anak-anak sekarang, konon sangat bijak tetapi sebenarnya manja dan mengada-ngada. Kalau kamu mahu tahu, saya pun pernah tinggal di asrama dan saya menyuap apa yang dihidangkan tanpa banyak soal dan komplen. Malah, saya bersyukur dan berterima kasih kepada kakak-kakak dan makcik-makcik-makcik dewan makan yang memasak untuk saya. Walhal di waktu itu, makanan yang disediakan jauh lebih teruk dari apa yang kamu makan sekarang.
Saya faham!
Kamu genarasi baru yang rata-rata kenal IT seawal tadika. Cuma silapnya kamu, IT tidak berjaya mendidik kamu menjadi manusia yang berterima kasih dan memahami kepayahan orang lain.
Malah sebahagian kamu, menjadi manusia yang sangat selfish.
Kelkatu masuk ke dalam makanan pun, kamu buat aduan. Kamu tidak lihat, bagaimana susahnya orang memasak dan membasuh pinggan kamu.
Bukan salah kamu seratus persen; kamu dilatih untuk itu. Bermanja-manja. Ya, barangkali ada di antara kamu sudah terbiasa meninggalkan pinggan gelas, sisa makanan di atas meja.
Dan ibu-ibu kamu pun menjerit " Bibik! Kemaskan meja makan ni ya...."
Ulasan
'mereka' itu tidak pandai bersyukur..
asik la nk basuh pinggan mangkuk.
aku kata tak payah.
memadailah lepas makan pinggan letak dlm sinki.
blom sampai masa nk buat itu semua.
cukup umur sok, memasak pun aku suruh.
haha.
.
Apa khabar? Selamat berpuasa juga :)
Nizamsani,
Yes! Yup..cuma kdg2 letih..teruk akak kan?
Tas,
Aku tau, kau dah didik dia sebaik mungkin. Dan macam Maria cakap anak-anak kadang-kadang cermin ibubapa.
Maria@ Mush,
Yup setuju..certain case. Kadang, anak baik mak bapak macam hantu pun ada. Kadang mak bapak baik, anak pula tak tentu hala.
Entah, orang tak beranak x faham kut. Gua jaga kucing je haha!
Kawan2 gua pakai no tepon lama. Tp no kamu udah hilang. Sila sms @ letak no kamu di kotak FB dan email. Kesudian kamu, sangat2lah dihargai. :)
rindu duduk asrama. makan makanan makcik dining.
pernah complain pun pasal ayam busuk and keracunan makanan. tapi memang agak kotor masa tu. mana taknya, tengah makan dalam dining tikus dan lipas main lari-lari. itupun warden yang complain.
selamat menjalani ibadah puasa kak!
teringin nak buat menantu la kak...
hahaha
ini lah harga untuk kemajuan yang kita kejarkan.