Langkau ke kandungan utama

Pada suatu hari..


...yang dirasakan hidupnya tidak menjadi seperti diingini; dia lantas mendongak ke langit dan berkata "Oh! Langit masih cerah dan awan masih cantik"

Sebuah kisah lain.

Bayangkan ketika jam 11.00 pm, seorang makcik yang pelupa menerima panggilan dari kakak pengawal keselamatan "Puan, puan terlupa menutup kipas di pejabat dan kipas tu berpusing laju."

Makcik pelupa pun dengan pantas berkata" Takpe kak, kejap lagi saya ke ofis, offkan kipasnya"

Eh! Jam sudah sebelas
Budak-budak asrama dan warden-wardennya pulang ke kampung.
Makcik pelupa perlu berjalan melintasi pokok besar dan rumpun buluh yang cantik itu (dibaca: menyeramkan)

Ah! Makcik pelupa fikir-fikir. Kalau tidak pergi nanti pejabat terbakar,siapa hendak jawab.

Pergi juga...ah! selamat.
Balik dan menulis entri ini

..dan rasa seram sejuk mahu demam.

(Alasan untuk bercuti sakit)

Ah! Betapa keji

Ulasan

aza ni berkata…
salam lily
tak minta akak guard tu temankan ?
tasekM berkata…
ko berlari tak time lalu tepi pokok buluh tu kak...? he he.



.
Nizam.Ariff berkata…
kak, ada bunyi daun gemersik? ada bunyi batang buluh berkeriut?
hahahaa
Lily Abdullah berkata…
Azani,
Tak minta pula, seganlah haha..

Tas n Nizam,
Aku tak lalu dekat pokok buluh. Aku lalu jalan lurus sebelah pokok besar tu.

Cuba korang bayangkan jam 11.00. Gelap dan ada pula budak bujang Indon reramai bermastautin kat pondok
kecil sebelah bangunan yang baru dibina.

Aku lagi takut yg tu,,,

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...