Langkau ke kandungan utama

Kamu dan dia


Sejak mengenali kamu, dia sudah tahu. Dia jatuh cinta padamu. Hari ini, kamu mati. Dia terasa kehilangan.

Sebahagian dari jiwanya telah hilang.

Lalu, dia meneruskan kehidupan ini seadanya.

Bangun pagi. Lakukan rutin-rutin yang perlu. Keluar berkerja menyara kehidupan.

Esok pun sama. Lusa juga begitu. Hari-hari seterusnya barangkali begitu.

Bosan?

Ya..memang membosankan

Hingga suatu hari. Dia ketemu cinta baru.

Dan hilang lagi. Suku jiwanya pun mati lagi.

Dia mengulang semula rutin yang ada.

Bangun pagi. Bersolek seadanya. Barbaju sekadar mentup auratnya.

Dalam usia empat puluhan, apa sangat yang perlu difikirkan.

Selain melihat bunga layu

...dan daun gugur!

Dan bersedia apa yang perlu untuk kembali.

PS: saya berharap pembaca blog ini menjawab soalan udian di sebelah.

Terima kasih.

Ulasan

Makbonda61 berkata…
Bunga layu,
...dan daun gugur!
lalu jatuh ke bumi,
mereput lalu mengurai,
mesra alam.

Menyuburkan benih-benih yang baru,
bagi memandirikan sepesis,
terus dan terus,
generasi ke genersi.
assalam. suka entri ini kerana sangat setuju, mengerti,...
aza ni berkata…
salam water lily.

ada soalan undian? mana, tak nampakpun?
aza ni berkata…
oh Nuffnang polls...ok nampak ..dah jawab.
tasekM berkata…
dah jawab beb..


.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...