Langkau ke kandungan utama

Al Fatihah. Semoga kamu aman di sorga kerana di sini banyak penghinaan dan derita

Masih ingat lagi entri saya yang ini? Kassim atau nama sebenarnya Kamal telah kembali ke Rahmatullah semalam.

Penyakitnya sama dengan apa yang saya alami sekarang.

Mulanya kami bergantung kepada ubat-ubatan, suntikan Botox, terapi itu ini. Sampai waktu, kembalilah kita mengadap Allah Yang Esa.

Bezanya saya dan Kamal; saya ada perhitungan kerana saya punya akal yang sihat dan cantik.
Keuntungan pada Kamal saya kira; dia akan ke sorga tanpa ada bicara.

Al Fatihah!

Sedikit kemaskini - untuk rakan FB. blogger dan chatting saya saudara Nafastari atau nama sebenarnya W Ahmad Fadzil W Omar yang jua kembali ke Rahmatullah beberapa minggu yang lalu. Semoga isterinya Mawar dan keluarga tabah selalu. Saya benar-benar tidak menyedari pemergiannya sehinggalah semalam.

Cerita seterusnya di sini

Ulasan

aza ni berkata…
Al Fatihah
Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
akirasuri berkata…
Inna lillahi wainna ilaihi rajiun.

.....
Lily Abdullah berkata…
T.kasih,

Samas-samalah kita bersedekah Al Fatihah,

Kerana di sisi dunia yang tidak kita ketahui banyak hal itu, hanya amal dan doa menjadi bekalan.
Al Fatihah...

Walaupun mereka telah tiada, kisah tentang mereka sentiasa kekal berada dalam jiwa.

Catatan popular daripada blog ini

Aku Marhaein

Aku marhaein. Tidak tahu politik Suapan slogan muluk- muluk Glokal sana wilayah di sini Aku buta ekonomi Tiada kepentingan terhadap projek-projek megamu Tak bermaksud aku boleh engkau Pandir-pandirkan sesuka hati Aku marhaein Tahuku cuma Keluar saban hari Mencari sesuap rezeki Agar hidup kami Tidak perlu jadi penadah tangan di negara sendiri Jangan engkau suruh aku Ubah gaya hidup Kerna aku cuma bermotorsikal Kadangkala naik elarti, besi buruk komuter dan bas Rapid KL Berasak-asak berdiri Setaraf pendatang. Tidak pernah menjejak Suria KLCC Tidak pernah merasa Starbuck coffee Atau berbaju kasut jenama GUCCI dan Jojo Armani Cuma sesekali merasa ayam KFC Dunkin’ Donut jarang-jarang sekali. Jangan engkau bodohkan aku Dengan suapan slogan gila tidak munasabah Berjimat dengan pendapatan yang tidak seberapa Bukan aku pernah melancong ke luar negara Dalam negara pun tidak pernah Mahu balik kampung Pun kadang-kadang terpaksa berkira-kira Kata si cantik seleberiti Kurangkan makan nasi Baik un...

Saya kembali

Rumah kecil tepi sawah yang sentiasa saya rindui I. Oktober dua puluh lima Perjalanan pendek yang kurang menyeronokkan tetapi saya gembira dapat berkenalan dengan saudara mara sebelah dia. Atuk, punyai ramai anak dari tiga orang isteri dan setiap kali berkumpul, kami terpaksa menanti giliran untuk menggunakan bilik air dan tandas. Entah berapa jumlah cucu-cicit atuk saya kurang pasti. Apa yang pasti, kami mempunyai bapa saudara paling bongsu berusia tiga belas tahun. Majlis perkahwinan ipar saya cukup meriah. Tidak seperti majlis perkahwinan kami tiga tahun dulu. Ala kadar dan biasa-biasa saja; tapi saya bersyukur,sekurang-kurangnya saya telah berkahwin. II. September dua puluh lapan Bas saya naiki dari Kajang ke utara tanahair bertukar salin sebanyak tiga kali dan saya terpaksa membayar extra charge . Namun perkhidmatan yang saya perolehi macam palat. Hati saya sekejap-sekejap beristighfar dan sekejap-sekejap menyumpah serahan sepanjang perjalanan. Saya tidak dapat tidur seperti sela...