Langkau ke kandungan utama

Cerita di sebalik status Facebook saya hari ini

"Perempuan kata mereka, sedih pun menangis,gembira pun menangis. Tapi hari ini saya pun menangis kerana terguris hati dengan kata-kata " Saya tidak suka dengar alasan tidak tahu". Apa ? Selama ini, dia tidak fikir saya sedang belajar menyesuaikan diri dengan kerja baru saya walau saya tidak menyukainya."
Demikianlah bunyi status FB saya hari. Selain dari reaksi seorang kawan blogger yang pernnah saya temui kerana bersama melawat adik botak di hospital seketika dahulu dan reaksi bekas pelajar saya di tempat kerja lama; tidak pula saya menyangka luahan hati saya itu mendapat reaksi daripada Puan Ainon Mohd. Termalu-malu juga saya jadinya.

Tetapi, ada benarnya bicara Puan Ainon. Kita boleh memilih apa jua perasaan yang mahu kita rasakan.

Entah kenapa,hari ini saya memilih untuk merasa terguris hati. Lalu saya pun menangis semahu-mahunya dari pagi hingga membawa ke tengah hari. Hingga makan pun tidak berselera. Sehingga di dalam solat pun terganggu-ganggu.

Astagfirullah! Saya cuma hamba Allah yang penuh dengan kelemahan jiwa. Saya akui kadang saya kalah dengan perasaan sendiri.

Dek kerana sakit hati dengan kata-kata hamba Allah yang baru beberapa hari mengenali saya itu; dalam menangis-nangis pun saya berjaya menyiapkan minit mesyuarat serta laporan-laporan untuk mensyuarat esok, termasuk laporan bulanan penilaian prestasi kontraktor untuk dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah.

Perkara yang menjadi isu itu, tetaplah saya tidak tahu kerana saya belum bertemu guru untuk bertanya dan masih di dalam proses pembelajaran. Saya pasti akan berusaha untuk tahu.

Jadi, kepada 'dia' yang baru beberapa hari mengenali saya, usah cepat bersangka buruk. Apatah lagi angka usia awak dua puluh tahun lebih muda dari saya dan awak pula seorang guru pelatih.

Habislah awak nanti, jika awak dengan sikap awak yang suka bersangka buruk dengan pelajar sendiri.

Imbang PenuhIni pula sebuah cerita lain

Saya menjadi musykil kenapa ramai sangat pengunjung blog saya datang melalui blog dia. Rupa-rupanya, kerana entri ini.

Entri yang membuat saya kembali tersenyum, tersengih dan ketawa terguling-guling.

Terguling-guling? Melampau kan?

(senyum)

Tas, Terima kasih.

PS: Saya tidak tahu buat print screen kat blog. Tolong ajarkan saya.

Ulasan

ckLah @xiiinam berkata…
Mar...


Semoga dalam perlindungan Allah...


Apakah perkembangan adik botak sekarang? Lama sudah tiada melihat kelibatnya.
Lily Abdullah berkata…
Dia sihat kak. Tapi waktu malam-malam begini kadang asyik kena sawan. Namun, dia tabah kak. Banyak bantu membimbing saya buat tugasan universiti.

Kak, terima kasih kerana selalu membaca & mencoret di halaman saya. Sedang saya, hanya kadang menjengok2 cuma. Pukul 9 kadang sudah tidur terbongkang hehe....
ckLah @xiiinam berkata…
Kirim salam ckLah kepada Adik Botak kalau jumpa ya!!!

...ckLah tak boleh lupa blog ni, kerana 'sicksadcity' lah 'La Tahzan Xiiinam' muncul...tap skrg dah mengada2 tukar nama.... insaf setelah dinasihati si TasikM...x-student sek. ckLah tu...hehe
Nizam.Ariff berkata…
kak Lily, semoga ceria dan bahagia selalu.

kat keyboard tu ada button tertulis 'PrtSc' dan 'Sys Req' pada satu button.

kak Lily, pilih screen baru tekan button tu sekali. dia save kat template.

pastu, boleh bukak 'paint' atau mana-mana program, pastu 'paste' kat situ.
tasekM berkata…
baru nk ajar nizam dh kabor dah.

ooo.... jadi ramai yek...? gua nk upah.

ha ha.

:p




.
Nizam.Ariff berkata…
Tasek.. ah, ko lambat...
akirasuri berkata…
Kak lily yang manis,

apa khabar ek Muha dan abang rempit. Hehe. Lama dah tak jumpa korang. :)
assalamualaikum,pn lily..salam perkenalan..tiada kata2 rasanya yang sesuai kecuali..anda menjadi motivasi saya...
Lily Abdullah berkata…
Nizam

Jangan ler ko mencari gaduh dengan si Tas ni. Akak geenti, dia menang punya.

Tas, nanti gua bayar lu dengan duit siput ni. Baru RM11.49 hshs..


Ati,
Pakwe rempit dan Muhs sihat.
Muha sekarang ok sikit. Tolong menjaga seorang kawan kami yang sakit jantung pulak.

Begitulah hidp kita2 ni :)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...