Langkau ke kandungan utama

Sepasang tangan ini


Sepasang tangan. Di antara anugerah Allah SWT yang paling nikmat. Kalau anda kehilangannya; atau keduanya tidak berfungsi seperti yang anda inginkan anda akan tahu bagaimana rasanya.

Sebagaimana Tie, Siti, Neesa, Alia(dan lain-lain yang tidak saya sebutkan namanya di sini).
Kerana saya mengerti sepasang tangan seorang manusia Cerebral Palsy juga begitu.

Saya hanya mengetik askara menggunakan dua jari untuk menghasilkan ini.

Terima kasih untuk Sifu Azmah Nordin
Rakan-rakan AVA yang mendorong
Puan Nisah Haron
Rakan-rakan blogger yang mengunjungi blog di waktu terang dan di waktu kelam
Terima kasih untuk Encik Marsli N.O. yang di awal-awal pagi mengirimkan saya sekalung tahniah.

Ulasan

ibundo berkata…
salam waterlily. lama dah tak ke mari. sihat?
tasekM berkata…
tahniah ye kak. aku nk pi cari berita harian hr nih...

:)



.
Putri Lily berkata…
Salam WL,

Tahniah dari lily juga. Semakin bersemangat lily hantar karya tapi entahlah... semuanya senyap je. Entah terima entah tak? :(

~Putri Lily~
tulip berkata…
kak, saya baru membacanya tadi... tahniah.
Mawar berkata…
Salam Sdr Lily,
tulisan yang cantik! tahniah dan salam kenal.
rudy bluehikari berkata…
tahniah drpd saya. awal pagi tadi saya baca nak ucap tahniah xsmpt login pc sbb berkursus. Tahniah! nampaknya tagline kat blog ni dah kena ubah ehehehee.... dah boleh bersuara di media perdana gitu.
Lily Abdullah berkata…
Encik Rudy
T.kasih. Tukar tagline belum boleh lagi rasanya. Suara saya di media perdana masih 'lemah':)

Dr. Mawar yang saya hormati,
Terima kasih di atas kata-kata semangat dan peransang. Saya budak tua yang baru nak belajar. Salam perkenalan jua. :)

Tulip,
T.kasih kerana membaca. :)

Adinda Putri Lily,
Bersabarlah. Bukan bukan rezeki. Cerpen kak Lily ini juga terperap selama 3 bulan. Mungkin tiada rezeki di situ dan rezkinya di BH.
Bersabar dan jangan berputus asa :)

TM,
Ya..ya..aku tau kau penyokong nombor wahid aku. Kadang bila aku bicara dengan kau, hilang rindu aku pada adik aku, Khadijah :)


Kak Pah,
Saya pun dah lama tak tgk anak-anak comel akak. :)

T.kasih kepada yang tidak jemu ke blog ini secara diam-diam. Kadang entah apa yang saya repekan & marah2. Maklum, blog ini lahir bukan kerana saya mahu menulis. Saya mau marah2 sebab tidak puas hati dengan diskriminasi.

T.kasih
aza ni berkata…
salam lily
tahniah
MATMIN berkata…
Salam, Tahniah Puan Lily...
puding roti berkata…
kakak..besnya besnya. tahniah kakak :)
Nisah Haji Haron berkata…
Salam.
Tahniah. Hati saya berbunga ketika membuka halaman ini pada pagi sabtu itu. Teruskan!
Lily Abdullah berkata…
Puan Nisah,
Terima kasih di atas tunjuk ajar serta bimbingan. Insyallah, selagi terdaya dua jari ini akan terus menetik askara. :)

King,Mat Min, Adik Punding Dan Encik Azani,
T.kasih. Ini baru permulaan. Perjalanan masih jauh lagi. Dan saya sedang cuba mengekalkan motivasi. :)
Artozy berkata…
kau istimewa buat aku, kak! tiap kali kau ke maskara, aku akan berselisih di belakang kau memberi salam (dalam hati)
kuchalana berkata…
lama xsinggah sini.. smoga waterlily terus sihat dan dipermudahkan rezki..

ole..
makissa berkata…
salam kak lily... btul sgt2. adeq faham akak sebab adeq pon alami situasi yang sama. tapi, tetap syukur dipanjatkan.
Lily Abdullah berkata…
Art,
Kenapa tidak zahirkan salam & perkenalkan dirimu? :)

Kuchalana,
Lama menghilang :)

Adik,
Benar hanya kita yang mengerti.
Senyumlah walau hari mendung :)

T.kasih
Azmah Nordin berkata…
salam water lily :) saya ada permintaan ini; jika tak keberatan, boleh tak siarkan cerpen Pelangi Cinta Watanabe tu di blog anda, supaya peserta bengkel yg lain boleh dtg dan membacanya di sini?

salam sayang selalu

az
Lily Abdullah berkata…
Insyaalah akan saya siarkan di atas permintaan sifu.

Jika ini permintaan sifu,mudah-mudahan ada manafaatnya untuk rakan-rakan seperjuangan.

:)

Selamat berhujung minggu!
Pa'al berkata…
tahniahhhhh utk lily.

salam sayang dr pa'al :-)

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...