Langkau ke kandungan utama

Blog baru

Ya. Saya membuka blog baharu dengan identiti baharu. Saya berharap saya lebih bebas menulis(baca: mungkin memaki dan mencarut) di halaman itu. Malangnya, ia telah ditemui.

Hari ini saya dapati tiga pembaca sedang berada di talian. Terkejut beruk saya.

Dan mereka membaca diam-diam.

Hampes!

Ulasan

Yunus Badawi berkata…
Tak nak baca diam2. Nak tinggalkan jejak hehehe
Rozita berkata…
salam. sy tk baca curi2 ek..nih sy tinggalkan jejak..:P
tasekM berkata…
aku nak baca jugakkkkkk....


.
Makbonda berkata…
Di mana ada gula di situlah ada semut..............kenapa beruk mesti terkejut
Lily Abdullah berkata…
Kak Has,
Gula apanya, gila-gila adalah. :p

TM,
Sebenarnya, aku rasa macam nak tutup blog WL dll. Sb tu aku buka blog baru. Tapi sayang pula. Jadi blog ni akan jadi tempat buat pengumuman je lah hehe..

Rozita dan Encik YB,
Bagus la tinggal jejak. Walau mengutuk sekali pun takpe,kurang2 ada juga respon kan.

TM,
Nanti aku kasi url dia. Aku agak yg 3 orang tu mesti tersesat kut.

Mesti depa gugel bukan2..
contoh :pelacur Kuala Lumpur bacflofen etc..etc..hahaha! :p
ckLah @xiiinam berkata…
Assalamualaikum.....



Pstttt: Hari tu kata nak tuisyen dengan ckLah...kenapa tak datang ambik 'nota'?



:)
DeeN berkata…
ada blog baru? ;)

sabar, sabar, mungkin diorang tak sengaja jumpa tuh. er.. apa address nyer? heheheee..!
Lily Abdullah berkata…
Kak Lah,
Dah praktik ilmu akak tu. Saya kan cepat belajar hehehe..

Deen,

Nanti akak kasi url via fb. Jangan ko promo sudah.

Tm,
aku kasi via sms ye. lambat sikit sebab hp aku rosak le weh.
Rajuna berkata…
aku kalau dapat diupah lompat2 pun ok kat maskara nih.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

"Mari bercerita" kata Cik Ninapop

“Mari bercerita tentang episod kehidupan” kata Cik Ninapop . “Kamu ditag” dia menjerit di peti jerit saya. Hidup kita berepisod-episod, berbabak; kita antagonist dan kita juga protagonist dalam waktu yang lain. Kita tuan sutradaranya. Kadang kala serentak. Saya sudah banyak menulis dan ada waktu memiktifkan sebahagian daripada kehidupan saya. Sudahnya, tidak banyak lagi episod-episod silam yang boleh diceritakan. Hanyalah ini! Episod 1 Saya dilahirkan di sebuah perkampungan yang namanya mungkin tidak tercatat dalam peta Malaysia. Walaupun tempat tersebut jauhnya kira-kira 45 minit ke bandaraya Alor Star. Ketika saya beritahu nama tempat itu, pasti mereka akan bertanya. “Situ banyak pokok limau ek?” Jenuh saya menerangkan tempat asal saya adalah perkampungan sawah padi. Jika ada pokok limau pun, hanyalah pokok limau purut; yang ditanam bertujuan untuk dibuat acar limau, daunnya untuk dimasak tomyam dan buahnya yang gugur juga dipercayai untuk menakutkan ular-ular berkeliaran, terutam