Langkau ke kandungan utama

Cerita bahasa dan sekeping sijil yang terkurang nilai


Ini adalah sebuah cerita luka. Luka yang pedih sehingga saat kisah ini ditulis. Cerita sekeping kertas bernama sijil yang terkurang nilai.

Tahun 1987, saya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Berbekalkan lapan matapelajaran yang diambil, enam daripadanya saya telah perolehi kredit dan gagal sepenuhnya untuk dua lagi. Metematik dan Bahasa Inggeris. Walau berjaya memperolehi pangkat satu, sijil itu tidak berjaya membawa saya ke mana-mana. Ketika rakan-rakan seusia berjaya ke universiti, maktab perguruan, politeknik, atau ITM (waktu itu); pilihan yang saya ada hanyalah berhenti sekolah atau memasuki tingkatan enam. Malangnya, keputusan STPM saya juga kurang memuaskan dengan satu principal, saya hilang arah tujuan.

Namun saya bukan jenis yang mudah berputus arah. Sampai kini, saya masih belajar, berusaha agar tidak ketinggalan. Tahun hadapan merupakan tahun terakhir untuk saya mengisi borang SPA. Perkerjaan terbaik yang pernah saya perolehi ialah bekerja sebagai pembantu guru dengan elaun harian RM30 sehari dengan lima hari berkerja dalam seminggu. Jika cuti umum atau cuti sekolah, pendapatan saya bertambah mengecil.

Sebelumnya, saya pernah berkerja di kilang, kedai makan dan amah. Sekali pernah, saya dibayar gaji hanya RM80 sebulan. Saya redha. Saya tahu, saya tidak boleh memilih. Saya terpaksa bersaing dengan mereka yang lebih berkeupayaan dari saya.

Dan pernah sekali, saya hilang akal selepas balik dari temuduga. Saya mencapai sekotak mancis dan hampir-hampir membakar sijil-sijil yang saya miliki. Nasib baik, Khadijah menyabarkan saya dengan kata-kata yang saya kenang sampai kini “Kak, bukan kertas ini, yang memberikan kita rezeki”.

******
Bersekolah waktu di tingakatan tiga, keputusan Sijil Rendah Pelajaran(SRP, sekarang PMR); keputusan saya agak memuaskan dengan aggregate A14. Semua subjek mencapai keputusan sekurangnya kredit empat ke bawah kecuali subjek Metematik. Menyedari keputusan itu kurang bagus, ditambah dengan tangan saya yang terketar-ketar pertama kali masuk ke makmal subjek Kimia, seorang guru menasihatkan saya bertukar aliran. Cara dia memberikan”nasihat”sampai kini, menjengkelkan saya setiap kali dikenang. Maka, belajarlah saya bersama pelajar-pelajar tercicir, ponteng kelas dan seribu satu kenakalan di kelas aliran Sastera sewaktu berada di tingkatan empat dan lima. Kelas untuk pelajar "bodoh" kata mereka. Guru-guru pula pelbagai ragam. Misalnya, ada yang masuk kelas berceramah poltik, tabligh dan yang paling “bagus” guru Metematik. Sehari hanya satu soalan latihan untuk kerja rumah. Guru Bahasa Inggeris, mengajar dalam Bahasa Malaysia.

Kepada guru-guru yang saya kasihi (samada yang masih ada atau telah tiada), semoga Tuhan mengampuni kalian kerana mengkhianati amanah.

*****
Saya tidak menafikan kepentingan Bahasa Inggeris. Dalam masa yang sama, saya tidak mahu meludah dan memijak bahasa ibunda saya. Apabila sampai ke pusat pemulihan untuk orang kurang upaya, saya secara sukarela masuk ke kelas asas Bahasa Inggeris. Seorang guru, mengajar kami pun secara sukarela selepas tamat syif kerjanya yang sebagai pembantu perubatan Hospital Kajang. Mulia sungguh hati lelaki, yang kami panggil cikgu Syah ini. (Beliau kini, berada di Australia, melanjutkan pelajaran di bidang perubatan)

*****
Di tempat kerja lama saya, Bahasa Inggeris digunakan secara meluas termasuk dalam mensyuarat, surat-menyurat, menulis laporan dan lain-lain. Lihatlah bagaimana bahasa penjajah ini, telah memijak lunyai bahasa kebangsaan Negara.

*****
Tahun pertama dan kedua, modul-modul subjek teras di sebuah universiti di mana saya menyambung pelajaran sekarang menggunakan bahasa kebangsaan. Kemudian ditukar pada tahun berikutnya, dengan alasan untuk graduan yang konon lebih berdaya saing. Kelas saya,pada asalnya ada empat lima orang (termasuk saya) yang berumur "makcik-makcik"ramai telah berhenti. Tutor, yang tugasnya cuma membimbing, kini terpaksa menjadi penterjemah modul sewaktu di kelas. Itu jenis yang bersikap baik hati. Yang selainnya "lantak engkau le, kalau nak pandai".

*****
Sekarang, saya cuba menjadi realistik. Saya tidak mungkin membina blog, menukar ‘template’ jika saya buta lansung bahasa ini. Tapi pada waktu yang sama dan entah kenapa saya merasa ‘sakit’ dan ‘malu’ melihat bahasa kebangsaan negara dipijak-pijak lunyai dan diludah oleh bangsanya sendiri di atas tiket ekonomi, kemajuan dan pembangunan.

Kera-kera bahasa ini disusukan pemerintah, dan anak-anak bahasa kebangsaan seolah merempat kebuluran di tanahair sendiri.
"Penyertaan dan menyamaan penuh peluang untuk orang kurang upaya". Slogan ini pun, kadang-kadang buat saya rasa mahu termuntah.

Ulasan

. berkata…
teringat ucapan seorang pensyarah bahasa melayu berbangsa perancis tak lama dulu. katanya yang menjatuhkan bahasa melayu ialah orang melayu itu sendiri.
| a t i q a h | berkata…
Menurut fakta, saban hari akan ada bahasa yang pupus akibat penuturnya beralih untuk menuturkan bahasa lain. Adakah itu masa depan bahasa ibunda saya? Hmmm....
Nizam.Ariff berkata…
Pagi tadi, semasa merawat perasaan sambil memacu kuda api, aku sempat terfikirkan benda ni:

Setiap syiling punyai 2 sisi.
Setiap kejadian punyai pasangan.

Mungkin pasangan BM adalah BI?
Mungkin pasangan Malaya ialah penjajah?
saad berkata…
aku dengan English memang tak serasi. Tak tahu la kenapa.
Aloy Paradoks berkata…
sebagai org melayu,, dokonglah bahasa kita..
The Purple Cat berkata…
Sekeping sijil tu bukan segalanya. Sdri waterlily punya kebolehan menulis secara kreatif. Mungkin itu kah haluan yang perlu tuju? Tepuk dada tanya selera :)
Pa'chik berkata…
esok mai blog aku naaa... :P
tasekM berkata…
kak, pakcik nk jawab tag kot tu.... :)


.
Nafastari berkata…
Saya setuju semuanya dengan apa yang anda tulis!
reverie berkata…
Menyentuh hati sungguh entri ini. Serius.
abuyusof berkata…
sekalung tahniah untuk seorang gadis yang cekal..
Sara Z. berkata…
takpe.
Tuhan akan selalu menolong hambanya yg dlm kesusahan.
cabaran & dugaan dtg dariNya, bersabar lah ya.

english digunakan swaktu pbelajaran maybe sbb lately ramai foreigners dtg belajar kat malaysia.
kita kena bangga ada juga warga asing MAHU belajar di sini.
diorang pun belajar cakap bahasa kita.
at least bahasa kita boleh pergi jauh bila diorang pulang ke tanah air masing-masing, bukan begitu?

=)
sha sha =) berkata…
=D

have faith in life.
touch ma heart la dis entry.
credit to reverie cos share dis blog..
h2t11 berkata…
semoga Allah memudahkan perjalanan hidup anda dimasa hadapan.
terus usaha,doa dan bertawakal karana sekeping sijil bukan visa untuk endapat rezeki dari Allah..
kad0k. berkata…
saya dulu pon BI setakat lulus aje kak..tp bila masuk IPTA tu..semua nya dalam BI..terkejut beruk juga saya...kena belajar dari scratch..al maklumla..orang kampung..huhuhuhuu
setiakasih berkata…
Kak.. saya berasa amat sedih atas apa yang berlaku terhadap akak dan khususnya bahasa kita.

semoga saya tidak tergolong dalam kalangan pendidik yang pernah melukakan akak dan anak2 bangsa yang lain. Bukan niatku... Amin
ckLah @xiiinam berkata…
"...entah kenapa saya merasa ‘sakit’ dan ‘malu’ melihat bahasa kebangsaan negara dipijak-pijak lunyai dan diludah oleh bangsanya sendiri ..."
(Petikan entri waterlily)



"Jagalah penggunaan bahasa Melayu kita. Langgamnya, ejaannya, sintaksisnya, simantiknya. Meski mahu bercanda, meski mahu berkecindan, meski mahu bergurau, meski mahu melampias rasa. Tanpa merosakkannya, tanpa mencabulnya, kita masih mampu menyalur mesej. Ya, bahasa Melayu itu indah....Siapa lagi yang harus cakna, kalau bukan kita sendiri? "

Errrr...ini petikan ucapan cklah sempena pelancaran Bulan Bahasa di hadapan murid-murid pagi tadi sebenarnya....
DeeN berkata…
Salam kak,

Saya akui memang saya bukan hebatgilersampaicakapberabuk bahsa Inggeris neh. Saya lebih prefer bahasa Melayu dari saya kenal A B C sampai la skang. Oleh itu, saya 'terpaksa' berusaha memperbaiki bahasa Inggeris sebab dikatakan punya dayasaing yg sangat tinggi. Sangat penting kerana semua orang ingat ianya satu2nya bahasa ilmu.

Hmm.. apapun tak salah kalo belajar kan. Tp tak yah la sampai hina dan anaktirikan bahasa dan pengguna bahasa ibunda sendiri. Apa nak jadi la.
AL-BIMA SAKTI berkata…
orang kita
selalunya berdiri atas kata-kata
terlunjur duduk sebelum bersila.
AL-BIMA SAKTI berkata…
orang kita
selalunya berdiri atas kata-kata
terlunjur duduk sebelum bersila.
boe~ berkata…
'bukan kertas tu yg beri rezeki'
dan bukan juga majikan.
dan bukan juga jenis pekerjaaan.

sebenarnya kita dah dapat yg terbaik untuk kita. Insya Allah.
nuyuljana berkata…
1987 tahun sy lahir.

1987 tahun akak ambil spm.

:)

nota : template kita sama la. mst kita ada chemistry kan? muahaha.

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...