Minggu itu, untuk kali keduanya aku terkedang semula di pembaringan. Tangan di sebelah kanan rasa seakan mahu lumpuh. Aku mencapai pen dan sekeping kertas; cuba-cuba menulis menggunakan tangan kiri. Di atas katil, aku cuba menulis sesuatu.
Satu demi satu abjad; adalah amat tersiksa cuba-cuba membiasakan diri menjadi kidal.
Hidupku kini sangat perlukan marshmallow
Untuk memaniskan hari-hari yang slow
Sambil-sambil aku teringatkan Lorna, yang selalu membawakan kami marshmallow yang manis berkrim semanis wajah kacukan “Chinese Japanese”nya.
Hidupku kini sangat perlukan marshmallow
Untuk memaniskan hari-hari yang slow
~THE END~
Buat julung kalinya, aku terasa puisiku umpama kempen mendekati penyakit kencing manis pula.
Heh!
Ulasan
aku dok tepeng dah la...coti, kak!
org ckp tngan kiri tngan sytan :(
apa pun ia,
manisnya,
terasa lama,
dan kau pasti gembira,
saat menelannya,
=)
moga kamu terus sihat kak!
ade gelatin
Macan tu,boleh panggil puisi ke hehe..
Cikgu,
Hang asal coti aja,tepeng. Asal tepeng aja coti. Haih..apa aku tulih ni. Kak hang baik2 saja. Takat deman dan krem2 jari tu,dah biasa cikgu. Moh le,bawak orang rumah datang sini.
Shimi,
Akak manis ke?haha...dulu ya. Dah masuk 40 ni,tak de nak manis2 dah :)
ab,
Tangan mana pun,anugerah Tuhan. Tangan yang asyik buat dosa,tu tangan syaitan yang sebetulnya.
Me,
ye..manis kannnnnnns? haha.
Wahyu,
Lain macam ja puisi ni..iu yang tak publish kat blog sebelah lagi haha..
Alina,
Temankan akak kunyah marshmelo dan bila2 senang kita ketemu lagi dan mabuk2 caffien haha..
Zaid,
Gembira saat mengunyahnya,kerana Lorna sentiasa berikan percuma. :)
Amal,
Honey,ya lagi berkhasiat.:)
Aloy,
Aku tak kenal marshmellow sehinggalah aku sampai ke kota KL ni. haha..sungguh kekampungan aku.
Addy,
T/kasih untuk doa dan harapan yang manis.:)
Joe,
Kamu dekat mana tu..kat sini entahlah,halal ke tidak...rasanya halal. Entahlah,belum lagi berkilo akak makan.
Dan manis.
kak, marshmallow tu bukan depa kata ada minyak tett tu ka? aku tanya.
harap kamu baik2 ya kak. cekguden dah balik tepeng pulak. nizam hang pi tgk2kan kakak aku tu sat.
.
Detui ka ada minyak teet tu..aku ada check ngan pakcik gugel,tgk resepi dia ada masuk gelatin la..haiyaa!
Dulu-dulu,aku makan sebab Lorna selalu bawakan. Zaman2 jahiliah tu,mana aku sempat check. Ohh..bulan lepas,Lorna datang,nasib baik dia tak bawa dah. Yang kat M'sia ni pun tak halal jugak ka Tasik?
Zambri,
Emping melinjo? Emping jagong dan beras saya tau..nanti nak gugel kut ada gambar dia.
Ahmad,
Ya. Semoga begitu juga untuk kamu dan Mawar.
Nizam,
Memang cun rupa marshmelo ni. Gambar tu pakcik gugel bagi pinjam hehe..
Encik ubi,
Betul. Yang pahit itulah penawar
T/kasih
menjadikan setiap ruang di sisi kamu...
menjadi manis...
dan lazat...
Hidup ini memang bes kalau ada marshmellow.
Apalagi bila dibuai lagu nyanyian Melli Go Slow :)
muka manis, senyum manis, bermulut manis.
kecing biar pahit~
erk!
.
Betul ke? Marshmallow,sekadar perlambangan cuma :)
Tasik,
Aku tak mo makan dah.
Mugi,
Kencing? Entah,tak pernah rasa hahaha!
Akhi Shah,
Yes, Melly go slow hahaha! Lagu dia yang mana satu? :)
Kak Lah,
Terima kasih di atas doa dan kata-kata yang indah.
Membaca entri ini membuat saya tersenyum semanis marshmallow, mengindahkan pagi saya yang agak pahit (kerja bertimbun!).
Moga WL setiasa dalam lindunganNya.
Kalau si Lorna datang,tidak pernah aa lebih. Tak cukup,ada laaa haha!
BRampai,
Semoga Allah swt, mempermudahkan urusan saudari juga :)
Maksu,
Meminjam kata-kata Taf Teh,jika Encik Jones mengulas puisi ini,maka menempah kerandalah saya haha!
Nazra,
Salam kenal,datang lagi ke space akak. Marshmalow itu sngat kiut :)
T/kasih utntuk yang membaca diam2 juga.