Langkau ke kandungan utama

Award?Layankan sahaja.:D

Saya ingin menulis. Sirna ilham. Sudah berhari rasanya tidak kemaskinikan halaman ini. Apa kata, saya pergi ambil award sajalah.

Award yang satu ini dari halaman Aie Akaike. dan yang ini dari laman Cikgu Alya,silent reader blog saya dan saya juga adalah silent reader blog dia.


Bagi mendapat award ini, perlu menjawab sesuatu macam taglah juga. Okay, layankan sahaja

1. Nama panjang : Teratai binti Abdullah (dia cakap nama panjang kan, bukan nama ikut kad pengenalan haha!)
2. Nama sederhana panjang: Water Lily.
3. Nama pendek: Lily (ikut terjemahan pakcik, Liliair, Water - Encik Naga panggil)
4. Berzodiak Pisces, 16 Mac 1970. (Ala, makcik bukan artis nak berahsia pasal umur haha!)
5. Rumah: Yang ni kena rahsiakan.
6. Sukakan gadis yang berwajah, woo akak bukan lesberianlah!
7. Peminat tegar CSI
8. Kerja: melepak layan TV, blog, pokok ros dan kucing
9. Minat yang mendalam pada kesenian menjaga kucing.
10. Pernah bercita-cita untuk menjadi doktor, pakar bedah atau doktor haiwan haha!

Pra syarat untuk award kedua

The winner can put the logo on his/her awesome blog – Okay
Link the person you received your award from - Okay
Nominate at least 7 other blogs – Okay
Put links of those blogs on yours. - Okay, on!
Leave a message on the blogs of those you’ve nominated. – Yes!

The winners are (chewah! Macam AIM pulak)
TM
Nizam Ariff
Pakcik (dia rajin updated)
No Plat XIIINAM, ck Lah pun ok (haha!)
Deen(sebab lama dia tak mai sini haha!)
Amalina dan si bidadari Afiqah.
Adik Botak (sebab dia baru updated blog)

Alaa..cukuplah. Yang nombor satu dan tiga tu,saya yakin,bukan jenis tempek award hahaha!

Okay, selesai!
Dan terima kasih untuk keduanya.

Ulasan

iYda Juhar berkata…
fuyoooooo!!
congrats.
Nizam.Ariff berkata…
Nak buat camne nih? Aku tak tau camne nak dapat award...

KArang aku over-excited dan terpeluk tanpa sengaja semua pompuan kat sebelah aku karang... hahaha
kad0k. berkata…
wah. tambah lagi 2 awards..huhu..kita punya bintang yg sama...pisces..:)
mOEha Aziz berkata…
salam kakakku...

thanks... baru tau tarikh lahir akak... :)
tasekM berkata…
kak, aku akan amik tapi aku nk adjust syarat dia. bulih...? hahaha...

ppssttt... hr tu sapa ntah bg award pun aku blom amik. kecik ati gamaknya adik2 tu... he he.



.
SHIMI berkata…
layan je la kak
kalau saya pun malas gak nak amik award nih,
saya berblog bukan kerana nama
Tanpa Nama berkata…
saya tak dapat, sedihhh....hehehe..saja buat posing2 merajuk.
A t i Q a h berkata…
Fuuuh. Nasib baik tak dapat. Tang award2 dan tag ni memang saya angkat bendera putih. Hee.
Tanpa Nama berkata…
tahniah akak tewww..
boe~ berkata…
saya rasa saya minat juga menulis. tapi blog saya tak berpengunjung. mcmana nak promosi blog ye? untung2 dpt award ni. hehh..
addyaholix berkata…
saya suka komen bang nizam. dapat award terus lupa diri. nak peluk cium segala bagai. jaga-jaga kak. haha!
abuyusof berkata…
..dari stesen aj singgah merayau-rayau.. mencari-cari...
Lily Abdullah berkata…
iyda,
Ala award suka-suka :)

Nizam,
Kalau halal,silalah terpeluk orang sebelah hahaha!

Kadok,
Ye..ye..sama dik.

Adik botak,
Baru tau,patutlah tak pernah wish apa2 pun(dengan nada merajuk) hahaha!

Tasik,
He.he..ko buat juga. Tak sangka aku berjaya mempengaruhi wanita yang jelita bak apam balik seperti kau pst..pst..aku bakar kemeyan daaa..:D

Shimi,
Ala suka-suka shimi,sekadar meraikan rakan blogger :)

Amirah,
Alah..jgn le merajuk yang hahaha!

Tiqah,
Jangan buat2 tak tau, Aie bagi untuk Tiqah juga. Kang merajuk budak hensem tu hahaha!

Zambri,
Rajin-rajin lah berkunjung ke laman lain dan merepek-repek macam saya. (Boleh pakai ke petua ni..)

Me,
Tahniah untuk Me. Ramai pengunjung kanns haha!

Addy,
Rasa macam nak terpeluk ko la dik ahaks!

Encik abu yusuf,
Apa yang dicari. Laman saya ini,penuh kekarutan kadang kala. Salam kenal dan blog saudara akan saya linkkan ke blog yang terang.

T/kasih

Catatan popular daripada blog ini

Aku tidak beretika?

Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil mata menerjah bulat ke layar pc. Aku gugel Ethical issues in workplace . Kemudian Ethical Theories . Bermacam laman dan arikel keluar. Maklumat overload . Melimpah. Uhhhhhhhhhhhhhh ! Susahnya memilih. Rasa macam si Puspawangi memilih dan mengasingkan barangan dari uncang Tok Janggut dalam cerita Musang Berjanggut. Puncanya bukan apa. Aku tak berapa pandai English . Walaupun kamus Oxford yang tebal sentiasa diheret masuk hingga ke kamar tidur. Eternal Law ? Utilitarianism ? Universalism ? Justice Theory dan macam-macam lagi. Entah apa-apa Mana satu satu mahu diadaptasikan ke dalam study case tugasan aku. Aduh! Damn ! Ada satu minah sudah kutuk aku dalam forum. Dia kata aku unethical masa berforum. Hujahnya, aku salin dan tampal informasi di web dan letak dalam forum. Cis ! Selama ni aku buat benda yang sama juga. Bukan aku kata aku punya. Aku tulis sumbernya. Dan pensyarah aku tak pernah kata apa-apa pun. Pada aku selagi, aku nyatakan...

Monolog kecil

Kebarangkalian apabila aku menulis di sini hanya seperti melakon sebuah teater monolog. Ada penonton. Tiada reaksi. Namun bukankah tiada reaksi itu juga satu reaksi? Hi, awak apa khabar? Aku cuma ingat Nizam Ariff dan Art (Atorzy ). Aku cari blog Art. Tak jumpa lagi.

Cerita ini hanya fiksyen okay!

Dulu-dulu. Beberapa tahun yang dahulu. Amy berkenalan dengan Shimada san kerana projek teater tanpa dialog itu. Usai, seisi latihan dan dia akan duduk-duduk bersama Amy. Kadang berdua. Kadang bertiga dengan Lorna. Kadang berempat dengan Petra. Kerapnya mereka berdua. Mereka pun berbual. Bukan pasal babi. Atau pasal politik. Atau pasal duit. Bukan pasal seni lakon. Tapi pasal cinta. Tentang hubungan lelaki dan wanita. Pasal cinta okay ! Suatu hari, Amy bertanya. Sekadar ingin tahu. Lansung tanpa maksud tertentu. Tiada sebarang agenda. Tiada udang di sebalik mee (kata budak-budak nakal yang suka merosakkan peribahasa Melayu). “Shimada san, jika awak jatuh cinta dengan orang kurang upaya, adakah awak sudi kahwini dia?” Terkebil-kebil kedua bebola mata Shimada san. Soalan cepu emas Amy itu, seakan perangkap maut buat dia. Menuntut satu kejujuran yang maha telus. Shimada san tidak menjawab. Sehingga habis berbatang benda berasap toxic itu disedutnya. Dan Amy, menanti jawabannya hingga berc...